Daging Masak Kicap Pedas Dan Aulawiya
Saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang berkenaan aulawiya. Tanya diri sendiri dengan umur umur kita yang tua ini, dengan rambut penuh uban, apa aulawiya kita sekarang. Tak kan lah buka akaun tiktok dok menari. Umur 60 buka akaun tiktok. Kita dah buka akaun lain. Kalau Allah panjang kan umur saya, pasti rentak saya berbeza.
Saya tak akan berperwatakan macam orang muda, yang rasa masih panjang umurnya. Kita sekarang berada pada garis merah. Bila bila masa boleh berlaku. Maka aulawiyat saya ketika itu ialah kepada perkara yang boleh membangun agama saya, roh dan jiwa saya kepada perkara kesungguhan. Saya juga akan memilih kawan kawan yang boleh membangkitkan semangat beragama saya setiap masa.
Saya tak akan tidur macam orang muda tidur, mungkin tidur saya sudah berkurangan. Saya tak akan makan macam orang muda makan. Makan sudah berkurangan, mungkin puasa menjadi keutamaan. Baca Al Quran menjadi keutamaan saya. Ini yang Allah sebut jangan kamu sekali kali melakukan demikian dek kecuaian kamu melakukan perintah.
Ada orang cuai sebab kufur, ada cuai sebab buat maksiat, ada yang cuai sebab dia patut pada kedudukan ini melakukan ibadah ini tapi dia meninggalkan ibadah. Patut umur 60 qiamullail lah lebih sikit, ini Subuh pun tinggal. Dari kedudukan umur macam tu, tak patutlah.
Tak kan umur 50, nak tidur macam bayi 16 jam. Berubah lah, ini bukan zaman kita bayi. Zaman kita nak bersungguh sungguh menuju jalan akhirat. Biar kita sampai dengan cemerlang. Allah dah sisihkan kita dengan orang orang yang dekat dengan kita. Kawan kawan kita dah tak jumpa supaya kita dapat bergerak sendiri dengan sungguh sungguh.
Anak anak dah tak ada komitment dengan kita. Anak pun dah tak balik. Rumah kosong ini peluang untuk kita perbanyakan ibadah. Jangan panggil anak balik. Nanti anak balik menyusahkan kita pula nak kena masak untuk dia. Ini peluang untuk kita perbanyakkan ibadah.
Dari sudut aulawiya atau keutamaan, Allah suruh kita fikir kecuaian apa yang kita buat hari ini dan dengar umur, harta dan peluang yang ada sekarang ini. Allah berkata kebanyakan manusia itu cuai dalam melaksanakan perintah Allah.
Saya hari ini menyediakan daging masak kicap pedas. Jika suka warna lebih gelap, tambahlah lebih kicap. Jika kurang kicap, kuah akan menjadi sedikit kemerahan seperti lauk saya hari ini.
Nampak minyak macam banyak kan. Tapi biarkan sahaja kerana nanti ianya akan kering. Lagi pun minyak macam tu digaul gaul dengan nasi putih panas panas ni sedap. Hahaha.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….
Daging Masak Kicap Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:500 gram daging 1-2 sudu besar sos tiramKicap manis secukupnya½ sudu besar serbuk kunyit
Bahan kisar:1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih1 inci halia
Bahan lain:1-2 sudu besar cili kering kisar - ikut pedas disukaiGaramGula/serbuk pati ayam1 biji bawang Holland - hirisCili merah/cili padi - hiris
Cara cara:Perap daging dengan semua bahan di atas. Biarkan 30-45 minit.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga masak dan terbit minyak.
Masukkan daging yang diperap. Masak sehingga daging empuk, jika perlu masukkan sedikit air. Nota: air akan mengeluarkan air.
Masukkan garam gula dan bahan perasa. Tambah kicap, jika belum cukup gelap.
Akhir sekali, masukkan bawang Holland, cili merah dan cili padi. Kacau rata sehingga separuh layu, boleh tutup api.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2025/08/daging-masak-kicap-pedas-dan-aulawiya.html