Batuk Berkahak Tak Hilang Walau Diberi Ubat Demam Panas Nafas Laju Berbunyi Anak Mungkin Pneumonia


Batuk berkahak, demam suhu tinggi, lemah & nafas laju. Mama papa tolong jangan ambil mudah dan lengahkan masa mendapatkan rawatan!
Radang paru-paru atau pneumonia boleh menyerang sesiapa sahaja pada pelbagai peringkat usia. Kanak-kanak juga tidak terkecuali. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kematian sebanyak 920,936 orang kanak-kanak bawah lima tahun di seluruh dunia pada tahun 2015.
Menurut Dr. Foo Chee Hoe, Pakar Pediatrik, Pantai Hospital Ampang, pneumonia adalah sejenis jangkitan kuman pada paru-paru yang boleh terjadi pada semua peringkat usia. Jangkitan terjadi pada pundi-pundi udara di dalam paru-paru. Mujurlah penyakit ini boleh dielakkan dan dirawat. Atas sebab ini, anda perlu peka dan sentiasa keadaan si manja.
ELAK JANGKITAN DI TEMPAT AWAM
Pneumonia disebabkan oleh kuman virus atau bakteria. Antara kuman-kuman yang biasa dijumpai pada pesakit yang dijangkiti pneumonia ialah virus Respiratory Syncitial Virus, Influenza, Adenovirus dan bakteria seperti pneumococcal dan mycoplasma pneumoniae. Kuman ini disebar melalui pelbagai cara seperti berikut;
Kanak-kanak menghidu udara yang telah dijangkiti kuman penyebab pneumonia atau bakteria tertentu. Kanak-kanak mengalami jangkitan pada sistem pernafasan seperti selesema. Kanak-kanak mengalami komplikasi akibat penyakit lain seperti cacar air atau campak. Kemungkinan terjadinya jangkitan pneumonia lebih tinggi di tempat awam dan tadika di mana kanak-kanak yang banyak bergaul bersama. Daya tahan badan kanak-kanak yang lemah juga memudahkah mereka diserang oleh kuman penyebab jangkitan pneumonia ini.

SIMPTOM PNEUMONIA 
Pneumonia menunjukkan simptom apabila menyerang si kecil. Semasa jangkitan kuman pneumonia, salur pernafasan dan tisu-tisu peparu akan mengalami keradangan. Ekoran daripada itu, kanak-kanak akan mengalami simptom-simptom seperti berikut;
Batuk berkahak. Hilang selera makan. Bernafas laju. Berdehit atau wheezing semasa bernafas. Ada sesetengah kanak-kanak akan mengalami keletihan. Ada di kalangan mereka turut mengadu sakit perut berdekatan tulang rusuk. Sesak nafas. Namun bagi kanak-kanak yang berumur lebih daripada tiga tahun, mereka berkemungkinan tidak mengalami sesak nafas walaupun dijangkit pneumonia. Simptom-simptom ini dikenalpasti oleh doktor selepas pemeriksaan doktor. Diagnosis boleh diperkukuhkan melalui ujian X-ray dada, ujian darah, ujian cecair kahak,lendir tekak dan hidung.

AWAS! NAFAS LAJU TANDA SERIUS
Demam, batuk dan susah nafas adalah tanda utama bagi pneumonia. Jangan ambil ringan dan berlengah untuk mendapatkan rawatan segera bagi menyelamatkan nyawa si manja.
Tanda-tanda pneumonia yang serius ialah kadar pernafasan yang sangat laju, keadaan si kecil yang amat lemah dan demam yang dialami bersuhu tinggi. Walau pun sesetengah kanak-kanak yang dijangkiti pneumonia masih aktif dan tidak mengalami kerumitan bernafas dan kelihatan tidak kritikal, jangan ambil mudah. Anak anda tetap memerlukan rawatan hospital untuk memastikan pesakit sembuh secepat mungkin.

RAWATAN PNEUMONIA
Doktor selalunya akan mengamalkan strategi ini sebagai rawatan utama pesakit pneumonia kanak-kanak ialah termasuk;
Menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan ini dengan menggunakan ubat antibiotik yang sesuai. Menolong pesakit yang kurang selera mendapat hidrasi yang mencukupi, yang hilang selera makan akan diberikan intravenous drip. Membantu mereka yang sesak nafas untuk mendapatkan bekalan oksigen yang mencukupi. Mama dan papa perlu difahami bahawa pesakit jangkitan pneumonia biasanya akan batuk teruk, tetapi ubat batuk bukanlah ubat utama. Menghentikan batuk bukan strategi utama dalam rawatan kerana batuk adalah cara badan untuk membuang kahak yang mengandungi kuman.
DAPATKAN RAWATAN SEGERA, JANGAN BERLENGAH
Anda boleh membantu anak dengan sentiasa peka kepada perubahan anak dan tanda-tanda yang menunjukkan anak mungkin dihinggapi penyakit ini. Bertindak awal dengan membawa anak jumpa doktor boleh membolehkan pesakit sembuh lebih awal dan elakkan komplikasi yang tidak diingini.
Bantu anak untuk memastikan mereka mengambil ubat-ubatan mengikut dos dan arahan doktor. Selain itu, kanak-kanak yang menghidapi pneumonia kerap kali akan hilang selera makan. Pujuk mereka untuk makan dan minum bagi memastikan air dalam tubuh yang mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi.
CARA ELAK PNEUMONIA
Pneumonia walaupun kerap berlaku dan doktor mempunyai ilmu untuk merawatnya, ia masih sejenis penyakit yang serius dan berpotensi membawa maut. Mencegah lebih baik daripada merawat.
Pastikan anda tidak culas memastikan si kecil mengambil vaksin! Vaksin pneumoccoccal dan influenza boleh mencegah jangkitan kedua-dua kuman ini yang boleh menyebabkan pneumonia. Menjaga kebersihan tangan supaya tidak tercemar dengan kuman bakteria dan virus. Ajar anak anda untuk mengamalkan amalan membasuh tangan setiap kali sebelum makan, minum dan selepas menyentuh kemudahan awam. Hindari anak daripada punca asap daripada rokok dan tempat memasak. Menguatkan imuniti badan anak dengan mempertingkatkan nutrien dalam diet anak. Ini kerana kanak-kanak yang tidak mendapat cukup zat boleh melemahkan sistem imunisasi sekali gus meletakkan mereka sebagai kumpulan berisiko tinggi dijangkiti pneumonia.
The post Batuk Berkahak Tak Hilang Walau Diberi Ubat, Demam Panas, Nafas Laju & Berbunyi. Anak Mungkin Pneumonia appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/batuk-berkahak-tak-hilang-walau-diberi-ubat-demam-panas-nafas-laju-berbunyi-anak-mungkin-pneumonia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Panas Selain Ruam Batuk Berkahak

Bila Panas Selain Ruam Batuk Berkahak

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 493 hits
Apabila cuaca panas selain ruam anak akan kena batuk berkahak Kadang kadang tu sampai semput Kejadian ini akan berulang dan berulang Apabila cuaca panas kita akan pasang kipas kuat Angin yang kuat akan buat tekak kering seterusnya jadi batu...
Petua Menghilangkan Panas Dalam Badan Secara Semulajadi Apabila Demam

Petua Menghilangkan Panas Dalam Badan Secara Semulajadi Apabila Demam

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 429 hits
Apabila demam panas dalam badan sebenarnya bukan penyakit tetapi merupakan suatu keadaan di mana berlaku ketidakseimbangan suhu di dalam tubuh namun jika tidak diatasi maka panas dalam boleh menjadi semakin parah dan dalam beberapa kes pana...
Nafas Bayi Berbunyi Ingatkan Biasa Rupanya Ada Masalah Take Note Mama

Nafas Bayi Berbunyi Ingatkan Biasa Rupanya Ada Masalah Take Note Mama

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 473 hits
Bila anak dah tidur kita selalu dengar ada dengkuran dan nafas berbunyi Kadang kala kita rasa bunyi biasa Tapi bila sudah terlalu kerap sesekali kita kena bawa anak kepada yang pakar Ada sebabnya Menurut doktor telinga hidung dan tekak nafa...
Bila Anak Buat Hal Mak Ayah Wajib Tarik Nafas 3 Kali Untuk Cepat Tenang Dan Sabar

Bila Anak Buat Hal Mak Ayah Wajib Tarik Nafas 3 Kali Untuk Cepat Tenang Dan Sabar

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 454 hits
Anak pada fasa individuating sememangnya sangat mencabar kesabaran ibu bapa terutamanya buat ibu bapa muda Umur anak fasa individuating adalah sekitar 1 tahun 6 bulan hingga 3 tahun 6 bulan Antara situasi yang mencabar ibu bapa adalah apabi...
Ibubapa Rayu Cari Anak Perempuannya Yang Hilang Sejak 2017

Ibubapa Rayu Cari Anak Perempuannya Yang Hilang Sejak 2017

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 410 hits
JERANTUT Sepasang suami isteri merayu anak perempuannya yang menghilangkan diri sejak Disember 2017 agar kembali ke pangkuan keluarganya dengan segera Raihan Syafina Mohd Robie 19 yang berasal dari Taman Cempaka di sini dikatakan keluar dar...
Quot Tak Tahu Niat Mereka Mungkin Quot Haqiem Rusli Tarik Balik Respon Panas Muzik Video Spoof Drama Band

Quot Tak Tahu Niat Mereka Mungkin Quot Haqiem Rusli Tarik Balik Respon Panas Muzik Video Spoof Drama Band

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 294 hits
Hiburan Menampilkan karakter mirip Haqiem Rusli dalam muzik video terbaharu Drama Band situasi itu mencetuskan ketegangan dalam kalangan peminat penyanyi muda itu Bagaimanapun penyanyi yang popular dengan lagu Tergantung Sepi itu tampil mem...
Black Ayah Penyayang Pantau Suhu Anak Setiap Jam Bila Demam Kongsi Cara Redakan Demam Tanpa Jumpa Doktor

Black Ayah Penyayang Pantau Suhu Anak Setiap Jam Bila Demam Kongsi Cara Redakan Demam Tanpa Jumpa Doktor

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 586 hits
Biasanya bila anak demam mamalah orang yang paling resah dan susah hati Takut nak tidur malam dan sebagainya Bimbang juga suhu anak tiba tiba naik mendadak dan risiko pada masalah lain ketika demam Namun bagi Black dia mengambil alih kesemu...
Anak Anda Sukar Tidur Malam Mungkin Mereka Tergolong Dalam Golongan Kanak Kanak Insomnia

Anak Anda Sukar Tidur Malam Mungkin Mereka Tergolong Dalam Golongan Kanak Kanak Insomnia

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 317 hits
Insomnia adalah gangguan tidur yang menyebabkan individu itu mengalami kesukaran untuk tidur dan cenderung untuk berjaga sepanjang malam Golongan kanak kanak juga tidak terkecuali daripada kondisi ini dan kebiasaannya mereka akan mudah terj...
Petua Mudah Air Garam Boleh Rawat Sakit Demam Batuk Sakit Tekak Dan Selsema Ini Caranya

Petua Mudah Air Garam Boleh Rawat Sakit Demam Batuk Sakit Tekak Dan Selsema Ini Caranya

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 643 hits
Petua Mudah Air Garam Boleh Rawat Sakit Demam Batuk Sakit Tekak Dan Selsema Ini Caranya Dengan cuaca yang agak panas sejak dua menjak ini ramai yang mengalami penyakit penyakit seperti demam sakit tekak dan batuk Adakalanya penyakit ini bol...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap

Masjid Sri Sendayan Keindahan Keunikan Seni Bina Masjid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Orang Bunian Mystiska V Senden I Den Malaysianska Urskogen

Usd Cad Ulasan Dan Analisis

Dakwaan Projek Rumah Pahang Gagal Dan Terbengkalai Fitnah Kdmi Buat Laporan Polis Terhadap Adun Kuala Sentul

Penjawat Awam Antara 13 Ditahan Disyaki Terbabit Dengan Kartel Pindah Milik Tanah Secara Tidak Sah

Sila Cermin Diri

Pi Kwc Fashion Mall Pulak