Allahuakhbar Inilah Surah Dalam Al Quran Yang Nilainya Sepertiga Al Quran Rileks Media
Sudah tentu anda tahu bahawa nilai pahala jika membaca 3 kali surah ini adalah bersamaan dengan anda membaca Al-Quran dan isinya. Adakah kenyataan ini benar dan mengapa sebegitu besar nilainya?
Surah al-Ikhlas. Antara surah yang terpendek hanya mengandungi 4 ayat. Namun, manfaat dan pahalanya disisi Allah S.W.T sangatlah tinggi. Sudah tentu anda tahu bahawa nilai pahala jika membaca 3 kali surah ini adalah bersamaan dengan anda membaca Al-Quran dan isinya. Adakah kenyataan ini benar dan mengapa sebegitu besar nilainya?
Sabda Nabi Muhammad mengenai surah Al-Ikhlas
1. Pada satu malam, seorang sahabat telah mendengar temannya yang sedang membaca surah al-ikhlas dan diulangnya berkali-kali. Sahabat tersebut memberitahu kepada Rasulullah S.A.W pada keesokan harinya, dengan seperti merendah-rendahkan amalan temannya itu. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda:
وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ
“Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, surat al-Ikhlas itu senilai sepertiga al-Quran.” (HR. Bukhari 5013 dan Ahmad 11612).
2. Dari Abu Darda’ RA, Rasulullah S.A.W pernah bertanya kepada para sahabat,:
أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ فِى لَيْلَةٍ ثُلُثَ الْقُرْآنِ
“Sanggupkah kalian membaca sepertiga al-Quran dalam semalam?” Lalu para sahabat bertanya, “Bagaimana caranya kita membaca 1/3 al-Quran?”. Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan:
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) يَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ)
“Qul huwallahu ahad senilai sepertiga al-Quran.” (HR. Muslim 1922).
Mengapa bernilai sepertiga Al-Quran?
Di dalam Al-Quran secara keseluruhannya, terdapat 3 pembahasan utama iaitu:
1.Hukum (perintah, larangan, halal dan haram)
2.Janji dan anca man (berkenaan syurga dan neraka, pembalasan dan kesengsaraan)
3.Penceritaan mengenai Allah (Nama dan sifat Allah)
Jadi, jika dilihat kepada makna surah al-ikhlas, ia membahaskan masalah tauhid iaitu menceritakan mengenai siapakah Allah S.W.T.. Disebabkan oleh ia merangkumi satu daripada 3 pembahasan utama Al-Quran, maka nilainya adalah sepertiga Al-Quran.
Ianya disokong oleh keterangan al-Hafidz Ibnu Hajar,
قوله ثلث القرآن حمله بعض العلماء على ظاهره فقال هي ثلث باعتبار معاني القرآن لأنه أحكام وأخبار وتوحيد وقد اشتملت هي على القسم الثالث فكانت ثلثا بهذا الاعتبار
Menurut beliau, “bernilai sepertiga Al-Quran” seperti dalam sabda Rasulullah S.A.W itu difahami oleh sebahagian ulama akan makna zahirnya. Ulama-ulama tersebut menerangkan bahawa surah ini bernilai sebegitu kerana dipandang dari sudut kandungan makna Al-Quran. Oleh kerana isi al-Quran itu adalah hukum, berita dan tauhid, dan surah al-ikhlas membentangkan penceritaan tauhid, berdasarkan tinjauan ini, ia bernilai sepertiga Al-Quran. (Fathul Bari, 9/61)
Surah al-Ikhlas sama nilai pahala dan bukan sama nilai amal Al-Quran
Perlu diingat, walaupun membaca 3 kali surah ini pahalanya bersamaan seperti membaca keseluruhan Al-Quran itu sendiri, namun ia hanya senilai dengan PAHALA, dan bukan sama nilai AMAL. Harus kita membezakan antara al-Jaza’ dengan al-ijza’.
Definisi:
Al-jaza’ : sama nilai dalam pahala yang dijanjikan
Al-ijza’ : sama nilai dalam amal yang digantikan
Dalam hal ini, ia memenuhi definisi al-jaza’. Jadi, jika anda membaca 3 kali surah al-ikhlas yang membawa pahala seperti membaca Al-Quran, ia hanya bersamaan nilai pahala dan bukan nilai amal. Untuk memudahkan pemahaman, kita lihat pada contoh ini:
Jika anda bernazar untuk membaca satu Al-Quran jika hajat anda tercapai, maka anda tidak boleh menggantikan nazar anda ini dengan hanya membaca 3 kali surah al-ikhlas walaupun pahalanya adalah sama. Membaca 3 kali surah al-ikhlas walaupun pahalanya sama tetapi belum dianggap seperti membaca keseluruhan Al-Quran. Jadi ini beza antara senilai pahala dan senilai amal.
Syaikhul Islam berkata :
“Jika seseorang membaca surat al-Ikhlas, dia mendapat pahala senilai pahala sepertiga al-Quran. Namun bukan berarti pahala yang dia dapatkan sepadan dengan bentuk pahala untuk ayat-ayat Quran yang lainnya. Bahkan bisa jadi dia butuh bentuk pahala dari memahami perintah, larangan, dan kisah al-Quran. Sehingga surat al-Ikhlas tidak bisa menggantikan semua itu.” (Majmu’ al-Fatawa, 17/138).
Satu lagi contoh, jika anda solat di Masjidil Haram, pahalanya adalah 100,000 kali ganda solat di tempat lain. Ini tidak bermakna bahawa anda tak perlu lagi solat untuk 100,000 kali waktu, ia hanya bermaksud pahala yang anda dapat ketika solat di Masjidil Haram adalah 100,000 kali ganda.
Manakala al-ijza’ pula adalah seperti, jika anda bermusafir dan tidak berkesempatan untuk menunaikan solat jumaat, maka anda dibolehkan untuk menggantikan dengan solat Zuhur. Atau jika tidak mempunyai air untuk berwudhu, maka anda boleh bertayammum. Bermakna, amalan anda bersamaan dengan nilai amalan yang digantikan.
Wallahualam.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber limaumanis
Source link
The post Allahuakhbar, Inilah Surah Dalam Al-Quran Yang Nilainya Sepertiga Al-Quran – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rilekslah.my/allahuakhbar-inilah-surah-dalam-al-quran-yang-nilainya-sepertiga-al-quran-rileks-media/