Orang munafiq ialah orang yang cakap tidak serupa bikin dan orang yang tidak menunaikan janji-janjinya. Inilah sifat Pakatan Harapan dan sifat yang sangat dibenci oleh Islam. Oleh kerana itu Allah sesatkan mereka dan mereka gagal untuk menemui jalan yang lurus. Mereka akan sentiasa meraba-raba di dalam kegelapan dan akhirnya mereka akan terjunam ke dalam gaung.NO HOLDS BARREDRaja Petra KamarudinSeorang Islam dalam sehari lima waktu sembahyang diwajibkan membaca Surah Al-Fatihah sekurang-kurangnya 17 kali atau lebih kurang 6,200 kali setahun. Sekiranya kita hidup sampai ke umur 80 tahun, maka kita akan membaca lebih kurang sebanyak 400,000 kali Surah Al-Fatiha
Satu juta kali baca Al Fatiha tidak bermakna sekiranya orang itu munafiqAyat ke-enam Surah Al-Fatiha ialah “Ihdinā ṣ-ṣirāṭ al-mustaqīm” atau pun “tunjukkan kami jalan yang lurus.”Lima ayat yang pertama dalam Surah Al-Fatiha ialah pengakuan kita tentang siapanya Allah atau sifat Allah. Pengakuan ini bukan saja deklarasi kita tentang siapanya Allah, tetapi deklarasi kita untuk taat kepada Allah dan menerima sifat-sifat Allah. Pada ayat ke-enam pula kita memohon pertolongan dari Allah untuk memberikan kita petunjuk ke jalan yang lurus atau jalan yang akan membawa kita kepada keredhaan dan keberkatan Allah
Al Fatiha di bibir dan bukan dari hati tidak membawa berkatDisebabkan itu, orang seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan ramai lagi pemimpin-pemimpin politik yang beragama Islam masih tidak jumpa jalan yang lurus atau yang benar. Allah tidak memberikan mereka petunjuk. Jadi mereka akan sentiasa sesat dalam jalan yang bengkok dan berliku. Ini kerana hati mereka sebenarnya tidak ikhlas, jadi mereka tidak akan menerima hidayat, keredhaan dan keberkatan dari Allah|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |