Wanagyl Pakatan Harapan Gila Tidak Tahu Urus Ekonomi



KEGILAAN PAKATAN HARAPAN YANG SEMEMANGNYA TIDAK TAHU MENGURUSKAN EKONOMI NEGARA DAN MENGHARAPKAN TUN MAHATHIR YANG SUDAH TUA DIMAMAH USIA.
1. Kita semua tahu, salah satu penyebab kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14 adalah atas faktor Tun Mahathir. Biarlah bagaimanapun mereka katakana tidak sepenuhnya tetapi kita semua tahu bertapa kuatnya pengaruh Tun Mahathir yang pernah digelar sebagai bapa Permodenan Malaysia.


2. Malangnya, apa yang Pakatan Harapan tidak tahu adalah seseorang itu tidak akan kekal hebat selamanya serta mempunyai hadnya. Itulah yang terjadi kepada Tun Mahathir pada hari ini, negarawan terbilang yang semakin hari semakin ditelan usia. Saya doakan upaya beliau terus dikurniakan kesihatan yang baik dan kembali waras di dalam membuat keputusan-keputusan yang melibatkan kesejahteraan rakyat.
3. Kita juga tahu bahawa Menteri Kewangan kita, Lim Guan Eng juga bukanlah manusia yang hebat seperti yang dikatakan. Kehebatannya ketika mengetuai kerajaan negeri Pulau Pinang adalah satu rekaan semata-mata malahan kredibiliti beliau sebagai seorang bekas Ketua Menteri yang mempunyai latar belakang bidang perakaunan dan kewangan amatlah meragukan. Sesiapa sahaja boleh memperbaiki keadaan ekonomi sesebuah negeri dengan cepat menggunakan kaedah penjualan aset. Tetapi Lim Guan Eng  lupa bahawa kaedah itu mempunyai harga yang perlu dibayar. 
4. Ekonomi negeri tidak akan berkembang di tahap yang optimum dan seterusnya tiada limpahan ekonomi ke kawasan sekitar. Menggunakan kaedah yang sama di dalam menguruskan kewangan negara adalah satu tindakan yang amat bodoh dan kini merugikan rakyat dan negara. Habis semua aset negara dijual dengan alasan membayar hutang negara tinggalan Barisan Nasional, sudahnya, hutang negara tetap tidak berkurangan.
5. Azmin Ali yang dijulang-julang sebagai Menteri Besar yang hebat juga tidaklah seperti yang diberitakan. Menjadi seorang Menteri Besar negeri yang sekaya Selangor dengan ekonominya yang rancak dan terancang hasil daripada pentadbiran Barisan Nasional seterusnya Tan Sri Khalid Ibrahim yang merupakan tokoh korporat yang disegani dan bijak merupakan satu karpet merah buat Azmin Ali. Sepanjang 10 tahun menjadi Menteri Besar Selangor, tiada yang baharu buat negeri Selangor. Sekadar mewarisi apa yang sudah terbina bukanlah sesuatu yang sukar. 
6. Mengapa saya sebut ketiga-tiga pemimpin ini adalah kerana mereka adalah figura-figura yang amat penting di dalam membuat keputusan di dalam merencanakan ekonomi negara termasuklah pengurusan aset-aset yang memberi keuntungan kepada rakyat. Melihat kepada prestasi ekonomi negara selepas PRU14, saya khuatir akan kemampuan ketiga-tiga mereka amatlah tidak sesuai di dalam melonjakkan ekonomi negara dalam tempoh masa yang singkat.
7. Tun Mahathir dengan kenyataan-kenyataannya yang amat bercanggah antara satu sama lain termasuklah kenyataan beliau berkenaan Khazanah Nasional menunjukkan sama ada beliau benar-benar sudah tua dan lupa atau, ada tangan-tangan lain yang memanipulasikan Tun Mahathir dan mengambil kesempatan di atas kelemahan dan keuzuran Tun Mahathir. Kita sedia maklum Tun dikelilingi oleh ramai golongan-golongan kapitalis yang tamak dan sekadar ingin mengaut keuntungan. Tidak lupa mereka-mereka yang dulunya kecewa dengan UMNO kerana gagal mendapat peluang mencipta kekayaan. 
8. Jadi adalah tidak pelik bila banyak kenyataan dan tindakan Tun seolah-olah memihak kepada kroni dan keluarga beliau. Walaupun ia tidak benar sekalipun, tetapi itulah persepsi rakyat terhadap segala keputusan beliau yang melibatkan aset negara. Persoalannya adalah, adakah benar persepsi rakyat terhadap kroni dan ahli keluarga Tun Mahathir? Kes Opcomm, Sime Darby Property, MAHB, Sepang Circuit dan BHP di bawah Boustead adalah antara kes-kes yang saya boleh katakan amat mencurigakan.
9. Ini belum termasuk isu Pharmaniaga yang henda diberhentikan kontraknya dan khabarnya akan diberikan kepada Caring. Kita juga tahu bahawa Tan Sri Vincent Tan juga kini sedang menambah bilangan saham beliau di dalam Caring. Yang peliknya, Pharmaniaga yang milik kerajaan dikatakan mahal dari segi harganya, maka perlu di tamatkan kontrak atau dibuka kepada pesaing yang lain. Alangkah bodohnya alasan yang digunakan bilamana kerajaan sudah pasti dapat mengawal harga ubat-ubatan kerana Pharmaniaga adalah di bawah seliaan kerajaan.
10. Terbaru adalah penjualan pegangan saham MAHB dan juga penjualan pegangan saham Prince Court Hospital kepada IHH yang juga terjual di awal pentadbiran Pakatan Harapan. Bila ditanya kepad Tun Mahathir, dikatanya untuk bayar hutang negara dan yang pastinya, hutang negara semakin meningkat. Aset dah banyak terjual, tak masuk lagi Samurai Bon. Itu belum kira lagi pengurangan Rizab Negara yang entah tinggal berapa. 
11.   Entah apa nak jadi dengan negara ini. Nampaknya dah jadi seperti kompleks Sogo yang hari-hari ada Sale! Azmin pula diam seribu bahasa. Lim Guan Eng sibuk kira-kira berapa banyak lagi aset nak dijarah dan dijual..jangan lupa peranan Tony Pua dalam Kementerian Kewangan. Apa fungsi beliau? 
Saya serahkan kepada anda semua untuk menilai dan membuat keputusan. 
M might not be for Malaysia, perhaps for Madness Mahathirsime.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://thekl-chronicle.blogspot.com/2019/09/wanagyl-pakatan-harapan-gila-tidak-tahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakatan Harapan S Election Manifesto Was A Huge Blunder

Pakatan Harapan S Election Manifesto Was A Huge Blunder

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 283 hits
Hence the only way Pakatan Harapan can deliver its election promise of giving Sabah Sarawak Terengganu and Kelantan 20 oil royalty would be to bring back the GST As long as there is no GST then the oil royalty has to remain at 5 In short th...
Sebab Utama Pemimpin Pakatan Harapan Mahu Gagalkan Penyatuan Ummah

Sebab Utama Pemimpin Pakatan Harapan Mahu Gagalkan Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 849 hits
Rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu Islam bersyukur kerana setelah menunggu hampir 40 dekad akhirnya ibarat mimpi jadi nyata penyatuan ummah bagi masyarakat Melayu Islam menjadi kenyataan setelah termeterai Piagam Penyatuan Ummah ...
Pakatan Harapan S Latest Scam Shared Prosperity Vision

Pakatan Harapan S Latest Scam Shared Prosperity Vision

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 324 hits
Just brace yourself tighten your seat belt put your head between your legs and kiss your ass goodbye as Malaysia crashes and burns And Malaysians deserve this fate because of their sheer stupidity NO HOLDS BARREDRaja Petra Kamarudin Putraja...
Melihat Kebijaksanaan Pemimpin Pakatan Harapan

Melihat Kebijaksanaan Pemimpin Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 437 hits
Adakah kita sedang mengadakan jualan murah hartanah PULAU PINANG Persatuan Pengguna Pulau Pinang mempersoalkan sama ada wujud aktiviti jualan murah dalam sektor hartanah negara selepas pemaju secara langsung menarik pelabur khususnya dari H...
Deb Hanya Menguntungkan Orang Kaya Kata Pakatan Harapan

Deb Hanya Menguntungkan Orang Kaya Kata Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 259 hits
Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan dan sepatutnya tamat pada tahun 1990 kini digunakan untuk memanfaatkan segelintir elit Melayu kata Nik Nazmi Nik Ahmad Anggota Parlimen Titiwangsa itu berkata DEB bukan sahaja ...
Pakatan Harapan To Sell Rm100 Billion Houses In China

Pakatan Harapan To Sell Rm100 Billion Houses In China

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 324 hits
Putrajaya may organise another Home Ownership Campaign only this time for buyers in China and Hong Kong said Housing and Local Government Minister Zuraida Kamaruddin But she said only high end homes will be sold to them I was thinking of th...
Senarai Bantuan Terkini Kerajaan Pakatan Harapan 2019

Senarai Bantuan Terkini Kerajaan Pakatan Harapan 2019

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 429 hits
Senarai Bantuan Terkini Kerajaan Pakatan Harapan 2019 Kerajaan Pakatan Harapan komited membantu rakyat berpendapatan rendah khususnya golongan B40 Menerusi PH kini telah mengumumkan beberapa bantuan dan insentif yang efisyen bagi membantu m...
Yang Menggelegakan Hati Pakatan Harapan

Yang Menggelegakan Hati Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 450 hits
MELAYU ISLAM DAH BANGUN TIDOR Menanti naratif baru politik Melayu di bawah Umno PAS Diterbitkan Hari ini 8 30 malam Dikemaskini Hari ini 8 30 malam ULASAN Orang Melayu dan umat Islam pastinya tertumpu kepada detik sejarah yang akan menyaksi...
Slight Edge For Pakatan Harapan In Tanjung Piai Analyst

Slight Edge For Pakatan Harapan In Tanjung Piai Analyst

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 302 hits
Pakatan Harapan will have the advantage of incumbency in the impending Tanjung Piai by election As the ruling federal government Pakatan has the machinery and influence to go into the by election in a confident manner political analyst Khoo...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025