Sebab Utama Pemimpin Pakatan Harapan Mahu Gagalkan Penyatuan Ummah
Rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu Islam bersyukur kerana setelah menunggu hampir 40 dekad, akhirnya, ibarat mimpi jadi nyata, penyatuan ummah bagi masyarakat Melayu Islam menjadi kenyataan setelah termeterai Piagam Penyatuan Ummah yang digerakkan oleh 2 parti Melayu Islam terbesar di Malaysia, iaitu UMNO dan PAS...
Piagam Muafakat Nasional yang menjanjikan hak setiap kaum dipelihara dan dihormati selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, sepatutnya disambut baik oleh semua pihak tanpa mengira kaum dan fahaman ugama...
Kegagalan kerajaan Pakatan Harapan menjalankan tugas, tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat untuk mentadbir urus negara dengan baik telah menyebabkan kegelisahan terlampau di kalangan rakyat marhaen...
Keadaan ekonomi yang semakin menekan kehidupan marhaen, ketegangan antara kaum akibat permainan politik puak ultra kiasu, pencerobohan Kedaulatan Undang Undang yang dilakukan tanpa segan silu, penghinaan terhadap ugama Islam yang menjadi ugama rasmi Malaysia dilakukan tanpa tindakan susulan yang tegas, penghinaan terhadap Raja Raja Melayu yang menjadi payung negara, kedaulatan negara diperdagangkan dengan penjualan MyKad dan banyak lagi kalau nak disenaraikan...
Maka, Piagam Muafakat Nasional yang ditawarkan oleh 2 parti politik, UMNO dan PAS, yang mempunyai pencapaian yang cemerlang selama berdekad-dekad dalam mentadbir urus negara telah membuatkan kebanyakan rakyat marhaen menyambut baik dan menaruh harapan yang tinggi kepada kedua-dua parti politik tersebut...
Tapi di sebalik lafaz kesyukuran rakyat marhaen, ada suara-suara sumbang yang menyatakan bantahan malah memberikan gambaran seolah-olah penyatuan ummah yang digerakkan oleh UMNO dan PAS akan bawa bencana yang besar kepada rakyat Malaysia...
DAP
Bagi admin, kalau suara sumbang tu datangnya dari DAP, ianya bukanlah satu perkara yang pelik...
Sebab sebagai parti ultra kiasu, DAP pastinya akan menentang dan seboleh-bolehnya mahu menggagalkan penyatuan masyarakat Melayu Islam...
Apatah lagi pemimpin DAP banyak terlibat dengan salah laku yang membabitkan undang-undang negara telah berselindung di sebalik kuasa yang rakyat berikan...
DAP yang secara total survivornya bergantung pada sokongan masyarakat Cina telah melemparkan berbagai tuduhan dan fitnah terhadap usaha penyatuan ummah...
DAP cuba menakut-nakutkan masyarakat Cina, kononnya, kalau PAS dan UMNO berkuasa maka masyarakat Cina Malaysia akan ditekan dan ditindas...
Hakikatnya, tidak ada seorang pun dari masyarakat Cina yang dizalimi oleh UMNO atau PAS sama ada di negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS atau pun sewaktu Malaysia diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional...
Apa yang DAP takutkan ialah realiti mereka akan kehilangan kuasa bila 2 parti Melayu Islam bersatu sedangkan banyak lagi agenda DAP yang belum dapat mereka laksanakan (BACA DI SINI)...
PKR
Di awal kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU 14, PKR dilihat antara parti yang boleh membawa agenda memperkasakan masyarakat Melayu Islam kerana PKR diterajui oleh pemimpin Melayu Islam...
Tapi disebabkan kerakusan merebut kuasa, akhirnya pengaruh PKR dilihat tidak lebih seperti buih di lautan...
Walau pun kelihatan banyak tapi tidak mampu mendatangkan apa-apa kesan...
Pertelingkahan dalaman PKR tidak lagi menjadi rahsia dalaman parti...
Memburukkan keadaan, bila kedua-dua pemimpin utama PKR, Anwar dan Azmin terbabit dalam kegiatan seks luar tabiee...
Keyakinan dan kepercayaan masyarakat Melayu Islam terhadap PKR semakin hati semakin terhakis dan hanya menanti kemunculan satu entiti yang mampu mereka sandarkan harapan mereka...
Gerakan penyatuan ummah UMNO dan PAS dilihat PKR sebagai satu ancaman besar kehilangan sokongan masyarakat Melayu Islam terhadap mereka...
Dengan gabungan umarak dan ulamak dalam kerjasama antara UMNO dan PAS telah memberikan keyakinan kepada masyarakat Melayu Islam dan inilah mimpi ngeri pemimpin PKR...
Piagam Muafakat Nasional bukan saja menyebabkan sokongan masyarakat Melayu Islam terhadap PKR berpaling arah, malah sokongan masyarakat kaum lain juga semakin rancak berpaling arah...
Nyata Piagam Muafakat Nasional telah membawa PKR semakin hampir ke penghujung kuasa...
PPBM
PPBM ialah Dr. Mahathir dan Dr. Mahathir ialah PPBM...
Nama-nama seperti DS Zahid, DS TG Hj. Hadi, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, DS Najib adalah nama-nama yang tidak boleh dan mungkin dilarang keras disebut depan Dr. Mahathir...
Nama-nama tersebut boleh menyebabkan penyakit barah hati Dr. Mahathir semakin membusuk...
Siapa saja dalam PPBM yang berani membuatkan barah hati Dr. Mahathir semakin membusuk, pasti akan 'menderita dan mati kekeringan' dikerjakan oleh Dr. Mahathir...
Sewaktu DS Najib menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir hampir-hampir 'check in' di Sg. Buloh kerana skandal FOREX...
Cuma kuasa Perdana Menteri yang Dr. Mahathir pegang telah selamatkan dia (BACA DI SINI)...
Sebenarnya banyak lagi skandal-skandal salah guna kuasa yang ada dalam 'waiting list'...
Dr. Mahathir TIDAK BOLEH kehilangan kuasa sebab hanya itulah satu-satunya penyelamat...
Piagam Muafakat Nasional hanya akan membuatkan kerinduan penghuni Sg. Buloh pada Dr. Mahathir semakin menebal dan 'by hook or by crook', Dr. Mahathir 'WAJIB' menggagalkannya!!!
PAN
Satu-satunya parti yang tak ada halatuju perjuangan...
Asalkan DAP sedia 'melabur', halatuju PAN akan jadi semakin lebur...
Kalau DAP berkubur, pasti PAN akan turut bersama ke kubur...
Begitulah 'wallak' pemimpin PAN pada DAP!!!
Majlis Tandatangan Piagam UMNO PAS Bukanlah Penghujung Sebuah Perjuangan Tetapi Adalah Permulaan Sebuah Perjuangan
Untuk pemimpin, penyokong setia UMNO dan PAS serta rakyat Malaysia, mesti sedar, kejayaan merealisasikan Piagam Muafakat Nasional bukanlah hanya atas hasil usaha manusia tapi ianya atas rahmat dan nikmat Allah SWT (BACA DI SINI)...
Untuk pemimpin dan penyokong setia UMNO dan PAS, kejayaan majlis menandatangan piagam tersebut bukanlah penghujung kepada sebuah perjuangan tetapi ianya adalah permulaan kepada sebuah perjuangan yang panjang...
Belajarlah dari kesilapan-kesilapan kita yang lepas...
Belajarlah dari sejarah supaya kita tak dihukum sekali lagi oleh sejarah...
Bersama-sama kita cari titik persamaan dan kecilkan jurang perbezaan...
Pemimpin dan penyokong UMNO mestilah mengadaptasi semangat keIslaman PAS dan pemimpin serta penyokong PAS pula mestilah mengadaptasi semangat keMelayuan UMNO...
Dengan semangat mesyuwarah, simpol yang rumit pasti boleh diuraikan, gelora yang ganas pasti boleh diredakan...
Jangan lagi diungkit kesilapan yang lepas tapi bersedialah dengan cabaran dan dugaan yang menanti dihadapan...
Ingat kata-kata Al Marhum Tun Razak, kejujuran dan keikhlasan adalah kunci kerjasama antara UMNO dan PAS...
Bersama-sama kita menyimpul mati kerjasama antara UMNO dan PAS demi agama ,bangsa dan tanahair..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://theunspinners.blogspot.com/2019/09/sebab-utama-pemimpin-pakatan-harapan.html