Alhamdulillah Sempat Balik Kampung Berbuka Bersama Nenek
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Alhamdulillah Sempat Balik Kampung Berbuka Bersama Nenek. Last weekend mujurlah Mrs. A sekeluarga teringin nak balik kampung dan sempatlah berbuka dengan mak a.k.a nenek sebelum rentas daerah tidak dibenarkan lagi dan terpaling sadis bila PM umum PKP 3.0 seluruh negara bermula esok. Haish! malas nak fikir lagi
Pada sebelah pagi Saturday tu Mr. A pergi jemput Along dahulu di IKTBN, Alor Gajah. Along dapat balik sempena cuti hari raya dan semester. Surat kebenaran dah settle cap balai sehari sebelum tu dan biasalah kena ikut SOP yang ketat katanya. Plan asalnya Along nak terus ke rumah nenek tapi ntah macam mana plan bertukar Along ikut babahnya balik Seremban rumah sendiri dulu petang baru balik kampung
Saturday morning Aryssa dan Mrs. A buat routine seperti biasa iaitu ke Express Quick Laundry settle baju-bajuan yang lebih kurang seminggu ke 2 minggu tu ngeh! ngeh! ngeh! Sebelum balik kampung tu Mrs. A sempat masak ayam rendang dulu. Itu yang kids balik dulu kemudian sebelah petang sikit baru Mrs. A dan Mr. A balik.
Alhamdulillah Sempat Balik Kampung Berbuka Bersama Nenek.
Inilah kali kedua dan kali terakhir dapat berbuka bersama mak a.k.a nenek pada Ramadhan kali ini. Adik-beradik Mrs. A yang lain langsung tak merasa berbuka bersama kerana PKP larangan rentas negeri 😢😢😢
Weekend tu we all sekeluarga tidur semalam di kampung esoknya tu baru balik Seremban semula. Time tu dah sedih dah cause dah dapat makluman rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan. Mulanya Mrs. A macam tak percaya aje... ah! itu semua berita palsu tu cakap dengan Aryssa, unfortunately ianya adalah kisah benar dan sahih. Mujurlah sempat ke pasar membeli barang-barang keperluan untuk mak. Beli daging, beli ayam dan lain-lain buat stok sehingga awal Jun. Touching bila mengenangkan mak punya plan nak masak rendang, nasi impit, kuah kacang untuk we all raya nanti 😭😭😭
Sebelum ni tak menyelami sangat perasaan mereka yang yang dah 2 tahun tak dapat balik kampung untuk beraya bersama ibu/bapa dan keluarga tu tapi tahun ini bila Mrs. A alami sendiri barulah tahu macam mana rasanya. Ya Allah sedihnya hanya Allah dan mereka yang rasa aje tahu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2021/05/alhamdulillah-sempat-balik-kampung-berbuka-bersama-nenek.html