Budaya Balik Kampung Bakal Dimamah Sejarah


Ahmad Mustakim Zulkifli Kepesatan proses urbanisasi dan semakin ramai generasi tua meninggal dunia mungkin mengurangkan aktiviti balik ke kampung yang menghimbau kenangan lalu.

Kesesakan trafik setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri apabila ramai orang mengambil peluang pulang beraya di kampung. Gambar: Bernama Setiap pagi Hari Raya Aidilfitri, Putri Eliza Megat Nazam akan bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan buat seluruh keluarga yang sering mempunyai lemang, rendang dan ketupat selain sajian lauk-pauk kegemaran di musim perayaan.
Selesai solat sunat Aidilfitiri, ahli keluarga akan berkumpul di ruang tamu rumah neneknya di Perak bagi acara tradisi memohon restu dan kemaafan.
Tradisi ini bagi kebanyakan keluarga Melayu berpusat kepada dua figura keluarga iaitu “atuk” dan “nenek”.
Kedua-dua orang tua dalam keluarga ini adalah alasan bagi ratusan ribu keluarga di Malaysia seperti Putri Eliza yang sanggup mengharungi kesesakan lalu lintas selama beberapa jam setiap tahun untuk balik kampung.
Kesesakan lalu lintas dan kawasan hentian rehat dan rawat (R&R) adalah petanda kepulangan keluarga di seluruh negara bagi bertemu sanak saudara selama beberapa hari.
Namun bagi beberapa keluarga, fenomena balik kampung sudah tidak ada lagi dalam sejarah apabila ahli keluarga tertua meninggal dunia dan yang muda mulai membina hidup di bandar.
Bagi Putri Eliza, hal ini mula berubah selepas kematian datuk dan neneknya pada 2019.
“Selepas mereka meninggal dunia, setiap keluarga mulai meraikan pagi raya di rumah masing-masing sebelum keluar meziarahi keluarga yang lain. Kami tidak lagi berkumpul di rumah nenek,” katanya.
Walaupun dia dan keluarga masih lagi pulang ke kampung untuk beraya, namun suasananya sudah mulai berubah.
Bagi Putri Eliza, perubahan itu berlaku selepas kematian datuk dan neneknya.
Sementara ramai yang lain tidak lagi pulang ke kampung kerana ibu bapa mereka sudah berpindah ke bandar.
Menurut statistica.com, 76.61% warga Malaysia tinggal di kawasan bandar pada 2019.
Laman sesawang itu juga mendedahkan peningkatan populasi bandar dari 66% pada 2004 hingga 74% pada 2014.
Peningkatan tersebut dijangka akan berterusan memandangkan kebanyakan yang tinggal di pedalaman mulai berhijrah ke kawasan pusat-pusat bandar bagi mencari peluang menaikkan taraf hidup.
Zaid Ahmad dari Universiti Putra Malaysia berkata walaupun peghijrahan besar-besaran berlaku, budaya balik kampung tetap akan menurun untuk beberapa tahun akan datang disebabkan urbanisasi.
Ketika pihak berkuasa merancang pembangunan dan urbanisasi, taradisi akan mula menguncup dalam masyarakat, katanya.
“Kita tidak ambil kita aspek sosial dan budaya dalam program urbanisasi kita dan impak penghijrahan terhadap sistem nilai dan kehidupan kita.
“Hakikatnya semakin kurang pelajar dari pedalaman menunjukkan urbanisasi mengambil alih kehidupan kampung,” katanya kepada MalaysiaNow.
Menurutnya, orang Melayu, seperti warga Asia lain sangat mementingkan persaudaraan dan menekankan kepentingan hubungan darah daging yang diterjemahkan dengan kaum keluarga dan kerabat yang besar.
Namun disebabkan semakin ramai menjadi orang bandar, katanya, nilai-nilai sedemikian mulai hilang sekali gus memberi kesan kepada budaya balik kampung.
“Generasi kedua dan ketiga mereka yang berhijrah ke bandar tidak lagi memiliki kenangan kehidupan di kampung. Mereka tidak lagi menyimpan rindu seperti ibu bapa mereka dulu yang sentiasa akan pulang ke kampung di musim perayaan.
“Ini ditambah lagi dengan kematian orang-orang tua di kampung, figura utama dalam keluarga,” katanya.
“Satu sebab kenapa balik kampung masih hidup ketika ini kerana generasi pertama masih hidup. Dalam kes-kes tertentu, generasi pertama pun tidak lagi pulang balik beraya.”
Zaid berkata masalah yang dihadapi ketika ini ialah menguruskan perubahan hidup dari kawasan pedalaman ke kawasan bandar dengan pertimbangan sistem nilai setempat.
Menurutnya, naratif alternatif atau seumpamanya adalah diperlukan ketika ini bagi mengekalkan tarikan untuk hidup dalam suasana kampung.
“Penghijrahan ke kampung mungkin boleh dilakukan untuk menarik minat orang muda untuk bekerja di kawasan pedalaman jika kita masih mahu mengekalkan budaya dan sistem nilai kita.
“Ia boleh dilakukan dengan perancangan yang baik, dengan penekanan kepada akses dan infrastruktur pembangunan di kawasan kampung atau pedalaman.”
Beliau turut membayangkan senario di mana orang ramai dalam hidup di kampung namun bekerja di kawasan bandar dengan menggunakan pengangkutan awam seperti kereta api berkelajuan tinggi.
“Kehidupan mereka di kampung boleh jadi moden seperti di bandar, dalam masa yang sama mereka boleh menikmati eko sistem di kampung dan hubungan yang lebih akrab antara kaum keluarga.”
Namun jika ia berterusan seperti apa yang berlaku ketika ini tanpa apa-apa tindakan, kehidupan kampung akan hanya menjadi cerita-cerita sejarah atau hanya digambarkan dalam filem dan buku.
Bagi Zaid, ia merupakan ancaman jangka panjang berbanding krisis Covid-19 yang dihadapi negara ketika ini.
“Orang ramai akan pulang ke kampung selepas pandemik berakhir,” katanya.
“Buat masa sekarang, tradisi ini masih hidup. Ia adalah perubahan jangka panjang yang perlu difikirkan dan diambil tindakan.”
Di Perak, Putri Eliza masih mahu mengekalkan tradisi walaupun perayaan tidak lagi sama seperti sebelum ini dengan ketiadaan datuk dan neneknya.
“Kami akan teruskan balik kampung untuk jumpa sanak saudara. Namun mungkin kami tak lama bercuti di kampung seperti sebelum ini. Paling kuat, dua tiga hari.” 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/budaya-balik-kampung-bakal-dimamah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bawa Jiwa Mak Mak Masak Menu Raya Raikan Anak Anak Walau Tak Dapat Balik Kampung

Bawa Jiwa Mak Mak Masak Menu Raya Raikan Anak Anak Walau Tak Dapat Balik Kampung

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 275 hits
Pengumuman PKP diseluruh negara bermula esok sudah pastinya membuatkan hati sesiapa pun turut bersedih kerana tidak dapat beraya semeriah dulu Namun redalah kerana inilah yang terbaik buat kita semua demi mengekang penyebaran Covid 19 dari ...
Hiburan Sudah Bertahun Tapi Tiada Perubahan Wani Kayrie Sedih Dah Dua Tahun Tak Balik Kampung

Hiburan Sudah Bertahun Tapi Tiada Perubahan Wani Kayrie Sedih Dah Dua Tahun Tak Balik Kampung

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 353 hits
Penyanyi Wani Kayrie meluahkan perasaan sedih dan keliru dengan keputusan kerajaan yang tidak membenarkan rakyatnya untuk pulang ke kampung pada musim perayaan ini terutamanya di Sabah dan Sarawak Kata Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abd...
No Balik Kampung For Students In Boarding Schools Hostels In Emco Areas

No Balik Kampung For Students In Boarding Schools Hostels In Emco Areas

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 292 hits
EMCO standard operating procedures for the education sector stipulate that no individual from schools and KVs are allowed to exit or enter the affected areas KUALA LUMPUR Students in boarding schools and Vocational College hostels under the...
1 333 Kena Patah Balik Ada Tunjuk Pas Kerja Tapi Hala Kampung

1 333 Kena Patah Balik Ada Tunjuk Pas Kerja Tapi Hala Kampung

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 442 hits
Oleh Anggota Polis Diraja Malaysia bersama Angkatan Tentera Malaysia memeriksa surat kebenaran rentas daerah pemandu serta penumpang kenderaan semasa bertugas di Sekatan Jalan Raya ketika Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 di Plaza Tol Bukit R...
Raya Puasa 2021 Pengalaman Tahun Ke 2 Raya Dalam Suasana Pkp Tak Balik Kampung

Raya Puasa 2021 Pengalaman Tahun Ke 2 Raya Dalam Suasana Pkp Tak Balik Kampung

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 531 hits
Hari ni 13 May 2021 bersamaan 1 Syawal 1442 tahun ke 2 berturut turut menyambut hari raya puasa dalam suasana PKP 3 0 Saya cuba ingat semula kali akhir raya dalam keadaan biasa sebelum munculnya perkataan norma baharu bermula tahun lepas Na...
Ada Sekatan Jalan Raya Tiada Masalah Nak Balik Raya Punya Pasal Orang Ramai Sanggup Naik Rakit Balik Kampung

Ada Sekatan Jalan Raya Tiada Masalah Nak Balik Raya Punya Pasal Orang Ramai Sanggup Naik Rakit Balik Kampung

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 304 hits
2 391 total views 2 391 views today Gara gara ingin pulang ke halaman kampung penduduk Indonesia menemukan cara baru untuk menyambut lebaran dengan mendayung sampan menyeberangi Sungai Citanduy di Jawa Barat Indonesia Bagi mengelak sekatan ...
Lirik Balik Kampung Vanessa Reynauld

Lirik Balik Kampung Vanessa Reynauld

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 265 hits
Perjalanan jauh tak kurasaKerna hatiku melonjak samaIngin berjumpa sanak saudaraYang selalu bermain di mataNun menghijau gunung ladang dan rimbaLangit nan tinggi bertambah birunyaDeru angin turut
Lapor Polis Jika Jiran Langgar Sop Curi Curi Balik Kampung

Lapor Polis Jika Jiran Langgar Sop Curi Curi Balik Kampung

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 289 hits
Orang ramai dinasihatkan agar memerhati kawasan kejiranan mereka dan memaklumkan kepada polis sekiranya terdapat individu yang pulang beraya ke kampung tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa kata Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad Beliau...
Menangis Kena Tahan Roadblock Polis Akhirnya Benarkan Wanita Ini Balik Kampung Sebab Hilang Kerja

Menangis Kena Tahan Roadblock Polis Akhirnya Benarkan Wanita Ini Balik Kampung Sebab Hilang Kerja

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 369 hits
Sedihnya nasib baik boleh balik Kini Trending Kerajaan Indonesia telah mengadakan sekatan jalan raya di beberapa buah daerah bagi membendung penularan wabak Covid 19 O Oleh hal yang demikian individu yang ingin merentas daerah harus mengemu...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation