Algeria Bebaskan Khaled 30 Aktivis Pro Demokrasi
KOLEA: Algeria membebaskan lebih 30 aktivis pro demokrasi daripada penjara, termasuk wartawan terkemuka menerusi pengampunan presiden. Presiden Abdelmadjid Tebboune, ketika berucap kelmarin mengisytiharkan puluhan pengampunan diberi kepada anggota penyokong protes Hirak (Gerakan) di negara itu.
"Setakat ini, 33 orang dibebaskan. Prosedur sedang dilakukan bagi yang lain," kata Kementerian Keadilan dalam satu kenyataan.
Inisiatif Tebboune dilaksanakan menjelang ulang tahun kedua Hirak pada 22 Februari ini.
Disyorkan Untuk Anda Pembebasan ini satu kejayaan rakyat - Anwar IbrahimMyanmar ampun, bebas hampir 7,000 tahanan'Alhamdulillah, terima kasih Tuanku'Abu Bakar Bashir akan dibebaskan Jumaat ini Antara penerima pengampunan itu wartawan terkemuka Khaled Drareni, 40, dibebaskan dari penjara Kolea, semalam, manakala peguamnya Abdelghani Badi berkata, pembebasannya bersifat 'sementara'.
Sekumpulan orang ramai mengucapkan salam menyambut Khaled seorang wartawan TV5 Monde berbahasa Perancis dan pemerhati kebebasan akhbar Wartawan Tanpa Sempadan (RSF).
Dia dihukum penjara tiga tahun dan menjalani hukuman sejak Ogos tahun lalu kerana membuat liputan protes Hirak dan tempoh hukumannya dikurangkan kepada setahun, pada September lalu.
"Saya berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong saya dan tahanan lain. Sokongan anda bukti penting kami tidak bersalah," kata Khaled menerusi video disiarkan di Twitter selepas pembebasannya.
Setiausaha Agung RSF, Christophe Deloire, menyifatkan pembebasan itu sebagai langkah tepat selepas 'ketidakadilan selama 11 bulan'.
Amerika Syarikat menyambut baik pembebasan aktivis Algeria dan menyuarakan sokongan bagi kebebasan bersuara. - AFP
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mindarakyat.net/2021/02/algeria-bebaskan-khaled-30-aktivis-pro.html