Demokrasi Malaysia Sudah Dikafankan Kata Zahid


malaysiakini.com
Diterbitkan 22 Feb 2021, 8:07 am
Dikemaskini 8:09 am

Demokrasi di Malaysia sudah dikafankan - begitu gambaran oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi apabila ahli-ahli Parlimen tidak lagi boleh bersidang bagi menyampaikan keluhan dan isu yang dibangkitkan rakyat

Sedangkan, katanya, akibat wabak Covid-19, rakyat dihimpit kemelut ekonomi, dan mereka bukan hanya mahu melihat wabak itu ditangani, tetapi juga memerlukan pendapatan bagi menyediakan makanan untuk keluarga serta meneruskan kelangsungnan hidup mereka.

“Saya adalah sebahagian daripada kerajaan, tetapi oleh kerana Parlimen tidak bersidang, maka jangan disekat suara rakyat yang saya menjadi lidahnya.

“Suara saya adalah nadi daripada rakyat, dan ramai lagi kawan-kawan lain yang menyebutkan perkara ini kerana kalau bukan kita (wakil rakyat) yang menyuarakan suara rakyat, siapa lagi?

“Wakil rakyat yang sepatutnya duduk di Parlimen menyuarakan suara dan nadi rakyat, apabila demokrasi telah dikafankan, atau sekurang-kurangnya telah disemadikan, maka apakah suara rakyat harus ditutup?” soalnya.

Dia berkata demikian dalam bual bicara yang disiarkan oleh Malaysia Post malam tadi.

Bukan pandangan Azalina seorang

Bahkan, kata Ahmad Zahid, surat yang dihantar oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman kepada Peguam Negara Idris Harun mengenai cabang legislatif yang telah lumpuh akibat penggantungan Parlimen, bukanlah suara Azalina seorang.

“Suara timbalan speaker Dewan Rakyat adalah suara kita, bukan suara dia saja. Apabila dia menulis surat kepada peguam negara, bukan sahaja daripada aspek perundangan dan politik, tetapi itu suara rakyat yang disalurkan olehnya, melalui pemikirannya.

“Tentunya, dalam perkara ini, apabila dia meminta supaya Parlimen bersidang.

“Kenapa Parlimen tak boleh bersidang? Pasar malam dibuka, pasar rayat dibuka, adakah ahli parlimen lebih bahaya daripada pengunjung pasar malam?” soal ahli parlimen Bagan Datuk itu lagi.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika disoal mengenai pengurusan Covid-19 di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Negara diisytiharkan darurat berkuat kuasa 11 Jan hingga 1 Ogos, yang menurut Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, merupakan langkah yang perlu diambil bagi membendung penularan Covid-19.

Bagaimanapun, tindakan Muhyiddin berdepan kritikan, daripada pembangkang, dan tidak ketinggalan, sekutunya sendiri terutama dari Umno.

Ada yang menyifatkan darurat itu hanyalah langkah Muhyiddin mengekalkan kuasa setelah dikatakan hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Dalam suratnya kepada Idris sebelum ini, Azalina berpandangan keadaan sekarang menyebabkan cabang eksekutif seolah-olah mentadbir secara bebas dalam hal ehwal negara dan tidak dipertanggungjawabkan kepada Parlimen.

Kata Azalina, dia bingung mengapa Malaysia sama ada tidak dapat atau tidak mahu berusaha melaksanakan sidang Parlimen seperti negara lain, seperti dengan mengurangkan penyertaan ahli Parlimen, menggunakan waktu sidang yang anjal, mahupun menyiarkan persidangan kamar khas.

Darurat mungkin dilanjutkan

Mengulas lebih lanjut mengenai pengurusan Covid-19 di bawah PN, Ahmad Zahid dengan nada sinis, beberapa kali memanjatkan ucapan tahniah dan alhamdulillah atas “kejayaan” kerajaan.

Katanya, dengan prosedur operasi piawai (SOP) yang cukup ketat, pengumuman yang kerap dilakukan bagi mengemas kini SOP, kes tetap juga mencatatkan peningkatan.

Sedangkan, katanya, ada negara di rantau Asean yang lebih terkebelakang ekonominya, tetapi lebih terkehadapan dalam pengurusan Covid-19 seperti dalam perolehan vaksin Covid-19.

Malah, kata Zahid, berdasarkan keadaan sekarang, dia menjangkakan tempoh darurat mungkin dipanjangkan lagi.

“Malah ada jangkaan insya-Allah bulan Mac ini (kes) akan meningkat kepada 20,000 kes sehari. Alhamdulillah, ia satu pencapaian yang cukup baik. Ini adalah satu kejayaan kepada negara kita.

“Tentunya, darurat harus diperpanjangkan, kerana darurat ini adalah darurat untuk menangani pandemik Covid-19. Maka adalah sebab yang kukuh darurat ini untuk diperpanjangkan.

“Saya ucapkan tahniah kepada mereka yang berhasrat melakukan perkara yang sedemikian,” katanya lagi.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/02/demokrasi-malaysia-sudah-dikafankan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jokowi Mahu Asean Hormati Prinsip Demokrasi Malaysia Tiada Lagi Prinsip Itu

Jokowi Mahu Asean Hormati Prinsip Demokrasi Malaysia Tiada Lagi Prinsip Itu

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 217 hits
Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan kenyataan Presiden Indonesia Joko Widodo berkenaan prinsip demokrasi di negara ASEAN baru baru ini adalah sesuatu yang sudah tidak dihormati oleh Malaysia sendiri Be...
15 Penyerang Di Thailand Mungkin Cuba Selinap Ke Malaysia Kata Kpn

15 Penyerang Di Thailand Mungkin Cuba Selinap Ke Malaysia Kata Kpn

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 443 hits
Abdul Hamid Bador berkata polis dan tentera akan memperketatkan kawalan di semua sempadan Malaysia Thailand JELI Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador tidak menolak kemungkinan 15 penyerang yang diburu polis Thailand akan cuba memasuki negar...
Mahathir Cari Perumah Baru Zahid Kata

Mahathir Cari Perumah Baru Zahid Kata

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 267 hits
Dalam biologi dan perubatan perumah merupakan organisma pembawa parasit mutualistik atau komensalis yang lazim mempunyai sumber makanan dan tempat perlindungan yanh ideal untuk hidupan yang menumpang dengannya antara contohnya haiwan peruma...
Zahid Kata Serangan Netizen Terhadap Muhyiddin Adalah Serius

Zahid Kata Serangan Netizen Terhadap Muhyiddin Adalah Serius

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 201 hits
February 8 2021 Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengulas serangan warga maya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menerusi ruangan komen di akaun Facebook Istana Negara Zahid pada hantaran di media sosial menyertakan pautan laporan Ma...
Muhyiddin Jadi Pm Hanya Dengan Majoriti Satu Undi Sahaja Kata Zahid

Muhyiddin Jadi Pm Hanya Dengan Majoriti Satu Undi Sahaja Kata Zahid

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 183 hits
puteradaily comDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa pembentukan kerajaan Perikatan Nasional hanyalah berdasarkan jumlah majoriti satu undi sahaja Presiden UMNO itu berkata ketika pembentukannya kerajaan PN hanya didokong sera...
Pendaftaran Vaksin Kini Dibuka Kepada Penduduk Sarawak Kata Uggah

Pendaftaran Vaksin Kini Dibuka Kepada Penduduk Sarawak Kata Uggah

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 187 hits
Pendaftaran boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera atau boleh ke hospital klinik dan pejabat daerah berhampiran KUCHING Penduduk Sarawak kini boleh mendaftar bagi mendapatkan vaksin percuma Covid 19 kata Timbalan Ketua Menteri Douglas Ug...
Hanya 500 Hektar Diserah Kepada Agensi Persekutuan Bukan 2 000 Kata Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah

Hanya 500 Hektar Diserah Kepada Agensi Persekutuan Bukan 2 000 Kata Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 244 hits
Contoh tanah bagi tujuan persekutuan yang diwartakan dan dikekalkan bawah kerajaan negeri adalah balai polis di Tawau KOTA KINABALU Jabatan Tanah dan Ukur Sabah berkata kerajaan negeri hanya menyerahkan tanah seluas lebih daripada 500 hekta...
Video Murtad Biar Polis Jalankan Siasatan Kata Jakim

Video Murtad Biar Polis Jalankan Siasatan Kata Jakim

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 206 hits
PUTRAJAYA Jabatan Kemajuan Islam Malaysia meminta orang ramai menyerahkan siasatan isu video seorang lelaki bukan Islam yang dikatakan memurtadkan seorang wanita Islam kepada pihak polis Ketua Pengarahnya Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata piha...
Berita Benci Anjing Apa Kata Mereka Mencarikan Gua Di Kedah Untuk Penempatan Anjing

Berita Benci Anjing Apa Kata Mereka Mencarikan Gua Di Kedah Untuk Penempatan Anjing

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 218 hits
Berita benci anjing timbul balik sekali lagi ALOR SETAR Penduduk kampung di Pendang bantah anjing ke kampung mereka Ketua Panitia kata desa itu tidak sesuai tempat perlindungan anjingprospek 400 lebih anjing di halaman belakang mereka tidak...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri