Alangkah Cantiknya Jika Anwar Dijemput Merasmikan Pau2022 Pada 13 Januari Ini


 
Dua hari lalu, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli telah ditanya berkenaan kemungkinan PKR dijemput menghadiri perasmian Perhimpunan Agung UMNO atau PAU2022 pada 13 Januari ini.
Beliau berkata, setakat ini PKR belum menerima sebarang jemputan lagi daripada UMNO.
Bagaimanapun katanya, perkara itu akan diputuskan secara bersama di peringkat parti jika menerima jemputan itu nanti.
“Tak usah terburu-buru. Kalau dapat jemputan, prosesnya ialah akan dibawa ke biro politik dan biro politik akan buat keputusan.
“Saya tunggu kalau perkara itu telah dihantar secara rasmi,” jelasnya.
Secara umumnya, sejak minggu-minggu kebelakangan ini menjelang tibanya PAU2022 bakal dilangsungkan kira-kira dua minggu lagi, perkara itu memang menjadi tajuk perbualan yang agak hangat diperkatakan.
Sebagai tanda kesepakatan dan keharmonian setelah bersetuju bersama-sama membentuk kerajaan perpaduan, UMNO dirasakan perlu menjemput PKR yang menunjangi PH dan kerajaan untuk hadir dalam majlis perasmian PAU2022 itu nanti.
Apatah lagi gandingan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan sendiri dipegang oleh PKR dan UMNO.
Dengan itu, dirasakan bukan sekadar PKR harus dijemput, malah ramai yang menjatuhkan hukum wajib untuk Anwar selaku Perdana Menteri untuk hadir dalam PAU kali ini.
Dalam hal ini, sebenar-benarnya jika Anwar dijemput hadir ke PAU2022, kehadiran beliau sewajibnya ialah sebagai perasmi dan bukan sekadar jemputan khas semata-mata.
Ini kerana beliau hadir sebagai Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan perpaduan di mana UMNO adalah salah satu komponennya.
Amatlah janggal jika Perdana Menteri dijemput hadir, tetapi hanya duduk saja dan tidak memberikan ucapan perasmian dan sekadar mendengar Timbalan Perdana Menteri selaku Presiden UMNO menyampaikan ucapan.
Yang cantiknya, setelah Anwar membuat ucapan perasmian, barulah selepas itu disusuli dengan ucapan dasar oleh Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO.
Lagi pula, selama ini pun, sebelum UMNO hilang kuasa, setiap kali PAU diadakan ia akan dirasmikan oleh Perdana Menteri yang juga merangkap Presiden UMNO.
Oleh kerana keadaan sudah berubah, apa salahnya PAU kali ini kembali dirasmikan oleh seorang Perdana Menteri, walaupun beliau bukan merupakan Presiden UMNO?
Yang penting, dengan seorang Perdana Menteri merasmikan PAU2022 kali ini, ia akan menaikkan lagi nilai UMNO di mata rakyat keseluruhannya kerana langkah itu akan memperlihatkan UMNO sebagai parti yang terbuka, progresif serta tidak jumud.
Di mata ahli dan perwakilan UMNO pula, sejak 2019 di mana PAU tidak dirasmikan oleh pemimpin yang bertaraf Perdana Menteri, kali ini tentu ada sedikit rasa bangga jika Anwar yang merupakan Perdana Menteri merasmikannya.
Daripada sudut yang lain, Anwar adalah berbeza dengan Perdana Menteri yang bukan daripada UMNO sebelum ini yang mana mereka didapati ada niat mahu mengharamkan parti tersebut.
Sebagaimana didedahkan oleh Zahid Hamidi beberapa minggu lalu mengenai cubaan mengharamkan parti itu yang dipatahkan oleh seseorang yang beliau tidak sebut namanya, orang yang dimaksudkannya itu adalah merujuk kepada Anwar.
Anwar pernah menyebut bagaimana ketika Tun Mahathir Mohamad memegang jawatan Perdana Menteri, beliau dengan segera menemui Mahiaddin Md Yasin, Menteri Dalam Negeri ketika itu sebaik mendengar ada ura-ura mahu UMNO diharamkan.
Anwar dilaporkan memberitahu Mahiaddin yang fail untuk mengharamkan UMNO itu dilaporkan ada padanya ketika itu agar jangan mengambil tindakan demikian dengan hujah parti tersebut banyak berjasa kepada orang Melayu dan keberadaannya dalam politik negara hendaklah dikekalkan.
Dalam hal berkaitan, Zahid Hamidi juga pernah menyebut bagaimana beliau menolak gesaan Tun Mahathir agar membubarkan UMNO dan semua ahlinya menyertai Bersatu.
Berdasarkan rentetan itu, tambahan lagi sejarah politik Anwar sendiri bermula dan berkembang dalam UMNO sehingga memegang jawatan Timbalan Presiden, menjemputnya untuk merasmikan PAU2022 atas kapasiti sebagai Perdana Menteri bukan saja tidak janggal, malah suatu sejarah yang terpuji.
Yang pasti, bila Anwar merasmikan PAU2022 nanti, ramailah yang berdarah mata menyaksikannya, terutama Tun Mahathir yang memecat beliau daripada UMNO pada 1998 dahulu. – ShahbudinHusin 02/01/2023.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/01/alangkah-cantiknya-jika-anwar-dijemput.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaimana Kenyataan Lokman Adam Anwar Tak Mahu Saman

Bagaimana Kenyataan Lokman Adam Anwar Tak Mahu Saman

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 208 hits
agendaily com22 12 2022Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan Bersatu mengkritik Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat menggunakan undang undang secara terpilih sedangkan beliau sepatutnya menjelaskan pe...
Saya Mahu Menegur Ketika Ramai Tak Sanggup Kritik Anwar Hassan

Saya Mahu Menegur Ketika Ramai Tak Sanggup Kritik Anwar Hassan

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 99 hits
satuberita myBy December 22 2022Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul KarimAHLI Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim tidak berhasrat meninggalkan Parti Keadilan Rakyat apabila menghasilkan tiga puisi kontroversi baru baru ini yang men...
No More Fake News From You Hamzah Slams Anwar For Badmouthing Pn

No More Fake News From You Hamzah Slams Anwar For Badmouthing Pn

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 268 hits
Hamzah addresses a press conference in Parliament Kuala Lumpur on Dec 19 2022 8212 Malay Mail photo KUALA LUMPUR Opposition Leader Datuk Seri Hamzah Zainudin launched a scathing attack against Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim for th
Isu Kestabilan Politik Sudah Hilang Hak Untuk Dibangkitkan Lepas Anwar Peroleh Sokongan Majoriti

Isu Kestabilan Politik Sudah Hilang Hak Untuk Dibangkitkan Lepas Anwar Peroleh Sokongan Majoriti

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 181 hits
Isu kestabilan politik sudah hilang hak untuk dibangkitkan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim sah memperoleh sokongan majoriti Dewan Rakyat sebagai perdana menteri Peguam Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdulla berpandangan apabila rakyat menuntu...
Anwar Usah Bazir Henti Anjur Majlis Besar Besaran

Anwar Usah Bazir Henti Anjur Majlis Besar Besaran

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 163 hits
BernamaPUTRAJAYA Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu agensi kerajaan menghentikan penganjuran majlis besar besaran serta pembelian pakaian baharu bagi sesuatu majlis untuk mengelak pembaziran perbelanjaan Anwar yang juga Menteri Kewangan ber...
Dakwaan Bayaran Rm15 Juta Anwar Saman Mp Kuala T Ganu

Dakwaan Bayaran Rm15 Juta Anwar Saman Mp Kuala T Ganu

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 168 hits
BernamaPerdana Menteri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Ahmad Amzad Hashim atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah bahawa dia berbohong menerima gaji RM1 ketika menjadi penasihat ekonom...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok