Saya Mahu Menegur Ketika Ramai Tak Sanggup Kritik Anwar Hassan


satuberita.my
By SatuBerita
-December 22, 2022Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim
AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim tidak berhasrat meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila menghasilkan tiga puisi kontroversi baru-baru ini yang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, puisi-puisi berkenaan yang ditujukan khas kepada Anwar adalah teguran secara berhemah terhadap Presiden PKR kerana tiada saluran untuk berbuat demikian dalam parti disebabkan tiada jawatan dalam PKR.

Menurutnya yang juga bekas Pengerusi PKR Johor, puisi-puisi dihasilkannya bukan bermaksud mahu menentang kepimpinan Kerajaan Perpaduan tetapi itu adalah cara beliau menegur dalam keadaan semua pemimpin PKR mendiamkan diri.

“Niat saya mahu menegur ketika ramai orang tak sanggup menegur dan kritik Anwar.

“Tidak apalah saya dimarahi segelintir pemimpin dan menteri daripada PKR tetapi sehingga kini saya tidak dengar Anwar suarakan rasa marah atau kecewa berkenaan perkara terbabit.

“Anwar boleh terima (puisi-puisi mengkritiknya) kerana selain disiarkan dalam Facebook (FB) saya, saya juga hantar puisi itu menerusi aplikasi WhatsApp dan orang pertama yang saya hantar adalah kepada Anwar.

“Sekurang-kurangnya dia tahu seseorang bercakap (mengkritiknya),” katanya, lapor Harian Metro.

Hassan berkata, tujuannya adalah mahu ingatkan Perdana Menteri agar tidak lari daripada perjuangan asal.

“Terpaksa bercakap jujur walaupun ramai kawan minta saya bersabar,” katanya pada lawatan kerja sempena persaraan Ketua Balai Bomba Pasir Gudang, Timbalan Penguasa Bomba II Ibrahim Omar di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang di sini, hari ini.

Pada 5, 14 dan 18 Disember lalu Hassan menghasilkan tiga puisi bertajuk Ku Simpan Risalah Reformasi di Dalam Peti, Kuasa Mengubah Segala-galanya dan Satu Deklarasi yang mengkritik Anwar, dimuat naik dalam FB miliknya.

Beliau mengkritik secara berkias Anwar serta PKR yang sanggup menggadai prinsip dan perjuangan asal parti demi kuasa selain mempersoalkan perjanjian persefahaman (MoU) antara Pakatan Harapan (PH) dengan gabungan parti yang menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, berasa lega apabila dapat meluahkan tegurannya menerusi puisi dan ramai pihak membuat pelbagai tafsiran daripada bait-bait puisinya tetapi masih tidak ‘lari’ maknanya daripada konteks atau mesej asal yang ingin disampaikan kepada Anwar.

“Sebelum ini saya menghasilkan sajak-sajak reformasi untuk Anwar semasa saya menjadi Ketua Pemuda Parti Rakyat Malaysia (PRM).

“Saya sokong perjuangan Anwar sejak zaman PRM, sebelum PRM bergabung dengan Parti Keadilan Nasional (PKN) pada 2001 menjadi PKR. Menerusi puisi terakhir, saya nyatakan rela ‘dipancung’.

“Ini adalah bahasa puisi yang bermakna rela dikenakan tindakan disiplin kerana melawan arus dan mengeluarkan kenyataan yang selalu berbeza dengan pucuk pimpinan parti,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/saya-mahu-menegur-ketika-ramai-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Tak Pernah Beri Kuasa Ketika Lantik Anwar Pemangku Pm Dedah Nazri

Tun Mahathir Tak Pernah Beri Kuasa Ketika Lantik Anwar Pemangku Pm Dedah Nazri

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 319 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan agar menumpukan usaha memulihkan ekonomi negara dan tidak mengendahkan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan ...
Selepas Diheret Ke Mahkamah Oleh Anwar Ibrahim Ini Pula Reaksi Sanusi M

Selepas Diheret Ke Mahkamah Oleh Anwar Ibrahim Ini Pula Reaksi Sanusi M

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 225 hits
Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor berkata beliau bercakap mengenai sejarah susulan dakwaannya terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkaitan berperwatakan tidak bermoral
Will Anwar Survive The Dec 19 Vote Of Confidence

Will Anwar Survive The Dec 19 Vote Of Confidence

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 344 hits
Power is too tempting far too intoxicating certainly highly persuasive to care for principles and ethics ACCORDING to DAP veteran Lim Kit Siang Dec 19 s vote of confidence in Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim will be a crucial test fo...
Protes Terhadap Anwar Ramai Tertanya Betul Ke Gelombang Hitam Bakal Digerakkan 18 Disember Ini

Protes Terhadap Anwar Ramai Tertanya Betul Ke Gelombang Hitam Bakal Digerakkan 18 Disember Ini

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 212 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONBerlegar di media sosial satu himpunan atau protes Gelombang Hitam didakwa bakal digerakkan pada 18 dan 19 Disember ini tepat ketika menjelang hari pengundian usul percaya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim Desas desus ...
Jangan Bimbang Pembenci Anwar Bukan Pun Mengundi Ph Atau Bn

Jangan Bimbang Pembenci Anwar Bukan Pun Mengundi Ph Atau Bn

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 233 hits
Ada penyokong PH mula meluahkan rasa bimbang melihat serangan dan sentimen kebencian terhadap Anwar Ibrahim dan kerajaan di media sosial kebelakangan ini Kata mereka mampukah kerajaan ini bertahan lebih lama Realitinya pebagai perkara merek...
Nanta Gps Pledges Support To Pm Anwar

Nanta Gps Pledges Support To Pm Anwar

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 199 hits
Abang Johari with other GPS leaders after the meeting in Kuching today KUCHING Gabungan Parti Sarawak has pledged to continue supporting Datuk Seri Anwar Ibrahim when a vote of confidence on the Prime Minister is tabled in
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu