Alahai Hannah Yeoh Tidak Mahu Marah Mp Ph




NAMPAKNYA marah betul Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh apabila 28 Ahli Parlimen pembangkang mengundi tidak bersetuju pada pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 bagi kementeriannya, Selasa lepas.
Kata Hannah, peruntukan membabitkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak seharusnya dipolitikkan kerana ia adalah untuk kebaikan mereka yang memerlukan terutama golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40 ).
Timbalan Menteri DAP itu juga berkata, Ahli Parlimen yang tidak bersetuju dengan perkara itu perlu menjawab kepada pengundi di kawasan mereka.
“Bajet ini termasuk bajet kementerian untuk kebajikan bagi Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak, ia penting untuk masyarakat. Ia tidak boleh tergendala.
“Saya terkejut ada Ahli Parlimen yang memainkan isu politik untuk mengundi tidak setuju dengan bajet kebajikan ini. Kalau ingin main politik, main di tempat lain tapi jangan usik bajet golongan memerlukan,” kata Hannah.
Marahnya Hannah dan Pakatan Harapan terhadap Ahli Parlimen pembangkang yang tidak mengundi ini sampaikan nama mereka dihebahkan di media sosial oleh cybertroopers pro-Pakatan Harapan.
Apa yang penting sekarang mungkin Hannah boleh bertanya sendiri kepada satu persatu Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang tidak hadir semasa undi tersebut dibuat.
Bak kata Ahli Parlimen BN-Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar, kenyataan Hannah umpama meludah ke langit terkena ke muka sendiri.
“PH ada 139 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Hanya 32 Ahli Parlimen PH yang hadir menyokong bajet Kementerian Wanita dibawah Timbalan Perdana Menteri.
“Baki Ahli Parlimen PH yang lain setuju atau tidak? Kalau setuju kenapa tak hadir mengundi? Ini yang orang kata meludah ke langit terpalit ke muka sendiri,” kata Noh.
Mungkin sebelum Hannah marah-marah kepada 28 wakil rakyat pembangkang itu, boleh kiranya Hannah terangkan kepada rakyat yang mahu mengetahui mana perginya 107 Ahli Parlimen Pakatan Harapan tersebut?
Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang tidak hadir ialah 37 orang daripadanya Ahli Parlimen PKR, 30 Ahli Parlimen DAP, 24 Ahli Parlimen Bersatu, Sembilan Ahli Parlimen Amanah dan tujuh Ahli Parlimen Warisan. Di mana mereka ketika Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 KPWKM dibentangkan?
Tidakkah Ahli Parlimen kerajaan tahu tanggungjawab mereka sangat besar untuk memastikan peruntukan kepada golongan yang memerlukan ini diluluskan. Adakah mereka mengharapkan Ahli Parlimen pembangkang seratus peratus mengundi bagi pihak mereka?
Mana perginya rasa tanggungjawab dan amanah rakyat yang diberikan kepada mereka sebagai wakil rakyat.
Apa yang mereka mahu jawab kepada rakyat jika peruntukan tersebut tidak diluluskan? Adakah mereka mahu kata, ‘ini semua salah Ahli Parlimen pembangkang kerana menolak’?
Jadi Hannah, tolonglah jangan terus-terusan salahkan pembangkang. Beritahulah kepada Ahli Parlimen kerajaan bahawa sejuknya dewan, penatnya mereka bekerja dan bisingnya pembangkang bukan alasan yang mahu didengar oleh rakyat untuk mereka tidak hadir di Dewan Rakyat.-SuaraMerdeka




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/29/alahai-hannah-yeoh-tidak-mahu-marah-mp-ph/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahniah Hannah Yeoh Mendedahkan Wajah Insan Yang Membantah Peruntukan Oku Orang Tua

Tahniah Hannah Yeoh Mendedahkan Wajah Insan Yang Membantah Peruntukan Oku Orang Tua

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 714 hits
Tahniah Hannah Yeoh hari ini mendedahkan wajah Pengkhianat yang Membantah Peruntukan Belanjawan Bagi Kementerian Pembagunan Wanita keluarga dan Masyarakat Seperti apa yang aku sebut semalam nak berpolitik pun berpada pada lah Dalam banyak b...
Kena Marah Anak Mesti Buat Benda Baik Lepas Tu Kita Pula Rasa Bersalah

Kena Marah Anak Mesti Buat Benda Baik Lepas Tu Kita Pula Rasa Bersalah

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 529 hits
Sebagai ibu biasanya kita yang dapat melihat perangai sebenar anak anak Mungkin kita yang banyak meluangkan masa dengan mereka Setiap perubahan atau perkembangan anak biasanya kita akan nampak dahulu Kemudian kita akan kongsikan dengan suam...
Yang Marah Tapis Netflix Tak Sayang Anak Ceo Aflix

Yang Marah Tapis Netflix Tak Sayang Anak Ceo Aflix

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 384 hits
Umum mengetahui baru baru ini ramai yang tidak bersetuju dengan cadangan Finas yang menggesa kerajaan menapis kandungan platform penstriman Netflix Kemudian kecoh pula mengenai kemunculan satu platform penstriman terbaru yang dipanggil Afli...
Marah Sebab Ph Buang Logo Dacing

Marah Sebab Ph Buang Logo Dacing

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 485 hits
Via WhatsApp UMNO MCA BN marah sebab ni kot Kerajaan PH tukar Logo DACING Dulu Cap DACING Zaman BN Sekarang Cap BUAH Zaman PH Baja untuk PADI mereka bubuh cap DACING takda kaitan lansung Tahulah Logo BN tu Cap DACING takkan pun bab baja pun...
Jangan Cepat Marah Pada Anak 2 Tahun Amal 10 Tip Ini Bila Membesarkan Mereka

Jangan Cepat Marah Pada Anak 2 Tahun Amal 10 Tip Ini Bila Membesarkan Mereka

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 623 hits
Siapa ada anak umur 2 tahun tentu mengalami perasaan rasa nak cepat marah pada mereka Kadang kadang kita pun tak faham dengan perangai anak umur 2 tahun Suka hati dia sahaja nak meraung atau mengamuk kalau ada sesuatu yang tak kena di hatin...
Gara Gara Ini Raffi Marah Besar Ke Sesen Hingga Sempat Tegang Saat Di Singapura

Gara Gara Ini Raffi Marah Besar Ke Sesen Hingga Sempat Tegang Saat Di Singapura

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 171 hits
Perjalanan keluarga Raffi Ahmad dan Tim Rans Entertainment berkeliling dunia tak selamanya berjalan mulus Ada sejumlah kendala yang sempat dihadapi Raffi dan tim selama perjalanan bertajuk Rans the World
Anak Saja Cari Pasal Nak Perhatian Tapi Kena Marah Dengan Kita

Anak Saja Cari Pasal Nak Perhatian Tapi Kena Marah Dengan Kita

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 390 hits
Letih dan tertekan dengan perkara yang berlaku di sekeliling membuatkan kita ada masanya terlepas marah pada anak anak Bukanlah tidak rasa bersalah tetapi sara stres mengatasi segalanya pada waktu itu Kesannya anak yang menjadi mangsa Anak ...
Deddy Corbuzier Marah Besar Pada Marshanda Karena Pakai Baju Ini

Deddy Corbuzier Marah Besar Pada Marshanda Karena Pakai Baju Ini

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 238 hits
Deddy Corbuzier marah besar kepada Marshanda lantaran baju yang dipakainya saat diundang ke rumah Deddy untuk sebuah konten YouTube
Makin Rasa Nak Marah Kena Makin Kuat Peluk Anak Baru Hati Cepat Tenang

Makin Rasa Nak Marah Kena Makin Kuat Peluk Anak Baru Hati Cepat Tenang

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 469 hits
Anak yang mudah marah atau sentap tak tentu pasal ni sebenarnya ada masalah emosi Sama ada dia terlalu penat atau terlalu stres sehingga emosi meletus Jangan tunjuk bos pula Dalam hal ini apa yang perlu ibu bapa lakukan Adakah kena naik sua...
Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

We Buy Small To Medium Sized Companies


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Jangan Marah Unnn

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni