Jangan Cepat Marah Pada Anak 2 Tahun Amal 10 Tip Ini Bila Membesarkan Mereka



Siapa ada anak umur 2 tahun tentu mengalami perasaan rasa nak cepat marah pada mereka. Kadang-kadang kita pun tak faham dengan perangai anak umur 2 tahun. Suka hati dia sahaja nak meraung atau mengamuk kalau ada sesuatu yang tak kena di hatinya

Jom semak perangai anak anda yang berusia 2 tahun ni. Ada yang sama tak

Setiap anak adalah berbeza. Ada kanak-kanak agak sensitif, ada pula yang sangat periang. Begitu juga halnya dengan perkembangan mereka. Ada yang cepat belajar ada yang agak perlahan

Tetapi secara amnya, jika anak anda berusia 2 tahun, anda boleh jangkakan beberapa kelakuan ini:
Tantrum.Cepat mengamuk.Mengakui semua barang adalah miliknya (walaupun kepunyaan orang lain).Semua benda “dia nak buat sendiri”.Masih lagi mahu dimanjakan seperti ‘baby’.Merasakan diri sudah besar, rasa sedih dan kecewa bila menyedari yang dia belum pun besar.Sukar untuk berkongsi, menunggu, mengambil giliran.Sukar dengan perubahan.Menukar tabiat makan dan tidur.

Bila sudah kenal pasti perangai si kecil maka mudahlah sedikit hendak membuat tindakan jika dia ‘buat perangai’

Apa nak buat

Memang Tak Mudah Untuk Menahan Sabar Bila Berhadapan Dengan Kerenah Si Kecil Yang Serba Tak Kena. Tangan Rasa Cepat Sahaja Hendak Memukul Dan Menghukumnya Atau Membuat Tindakan Tidak Menghiraukannya. Mana Satu Cara Yang Betul Untuk Mengajar Mereka

Sebenarnya anak memerlukan bantuan papa dan mama untuk mengawal emosi dirinya. Mereka masih belum faham banyak perkara termasuk penerangan kita kenapa tak boleh buat perangai. Untuk melakukannya, anda memerlukan beberapa strategi, tip dan ‘tricks’ yang betul

10 tip berikut boleh diamalkan oleh anda berdua semasa berhadapan dengan situasi si kecil 2 tahun yang sukar dijangka


1. Empati
Kita mungkin tak peduli dengan warna cawan yang hendak digunakan untuk minum air tetapi tidak bagi si kecil! Jika cawan warna hijau itu adalah kegemarannya dan anda bagi dia minum air menggunakan cawan lain maka si kecil akan marah dan mengamuk. Cuba letakkan diri anda ke dalam dirinya

2. Hadkan kata-kata “jangan”
Mungkin perkataan itu hanya sesuai untuk situasi yang benar-benar berbahaya dan serius sahaja. Sebaliknya gunakan ayat arahan. “Ini pen mama, jom cari pensel warna Aina punya.” atau tukarkan perkataan “jangan” kepada “ya” dengan satu syarat. Contohnya, “Aina boleh pergi main kat taman kalau tukar pampers dulu!”
3. Buat pemerhatian
Kanak-kanak belajar melalui perbuatan. Daripada anda penat menyuruhnya buat sesuatu tapi tak dipedulikan, lebih baik anda cakap tentang perkara yang dah berlaku. Contohnya, “Kesiannya buku-buku ni terjatuh daripada rak…mesti sakit dia. Jom kita susun buku ni semula. Mesti dia seronok.” Ia sesuai bila si kecil menyepahkan buku-buku di rak rumah anda

4. Mengajar
Bertindaklah sebagai guru kepada anak. Sentiasa penuhkan masa lapang mereka dengan meneroka perkara baru atau berlatih buat sesuatu yang menggembirakan

5. Bergurau-senda
Kadang-kala anda perlu mengikut rentak si kecil. Jangan terlalu serius sangat. Sesekali apa salahnya gembirakan hati si kecil. Mungkin anda boleh berlakon menjadi ‘raksasa’ dan mengejarnya atau pakai seluar anak di kepala dan berlakon watak yang lucu. Anak akan rasa gembira dan tak sempat hendak buat perangai

6. Bantu mereka suarakan perasaan
Anak anda mungkin tak pandai lagi memberitahu perasaannya dalam cara yang rasional dan logik tentang sesuatu hal. Contohnya bila dia meragam tak nak pakai kasut mungkin dia rasa tak selesa jadi cuba anda bantu dia suarakan perasaannya, “Kasut adik dah ketat ya.”
7. Tetapkan had berserta penjelasan
Bantu anak anda untuk merasa selamat dengan menjelaskan beberapa had dalam kehidupannya seperti “tak boleh pegang air panas nanti tangan luka. cuba tengok budak ini” (sambil tunjuk video budak melecur kena air panas)

8. Buat perancangan
Kanak-kanak bergerak dalam rentak mereka sendiri. Kadangkala ia memerlukan kesabaran yang tinggi daripada anda. Daripada anda asyik memaksa mereka bergerak cepat, lebih baik anda sendiri yang merancang masa tambahan bila hendak keluar. Ini dapat mengelakkan anda merasa marah kerana anak lambat dan anak juga tidak cepat mengamuk bila anda asyik menggesanya

9. Ubah persekitaran
Kadangkala kita yang dewasa perlu menyesuaikan diri dengan si kecil yang sukar faham kehendak orang dewasa. Daripada anda asyik menghalang dan marahkan anak menyentuh barangan berbahaya dalam rumah lebih baik anda gunakan kreativiti menyembunyikan atau menjauhkan barangan tersebut dari jangkauan mereka

10. Galakkan berdikari
Anak anda mungkin berkebolehan berbanding apa yang anda jangkakan. Kanak-kanak belajar banyak daripada kesukaran dan cabaran. Berikan mereka peluang dan dalam masa yang sama pantau keselamatan si kecil. Mereka akan lebih berdikari dan bijak berfikir

Masa akan mengubah tingkah laku anak anda. Semakin dia membesar, si kecil akan berhenti memanggil keretapi “choo-choo” dan kucing “meow”. Mereka akan berhenti meminta anda menyuapkan anak patung mereka makan

Nanti anda yang akan rindukan kelakuan si kecil ini. Jadi, jangan cepat marah, bersabarlah melayan kerenah si budak 2 tahun

Sumber: https://www.majalahpama.my/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sehinggit.blogspot.com/2019/11/jangan-cepat-marah-pada-anak-2-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biarkan Anak Menangis Ketika Mereka Diletakkan Dalam Car Seat Jangan Kita Yang Menagis Kemudian Hari

Biarkan Anak Menangis Ketika Mereka Diletakkan Dalam Car Seat Jangan Kita Yang Menagis Kemudian Hari

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 402 hits
Biarkan anak kita menangis ketika meletakkan mereka di car seat Jangan kita pula menangis kemudian hari Ketika itu nangis air mata berdarah pun tidak berguna lagi Kemalangan ini tidak dijangka Saya membawa kereta berhati hati Namun disebabk...
Jangan Tunjukkan Anda Fobia Atau Takut Dihadapan Anak Anak Anda Akan Jadi Contoh Pada Mereka

Jangan Tunjukkan Anda Fobia Atau Takut Dihadapan Anak Anak Anda Akan Jadi Contoh Pada Mereka

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 262 hits
Apabila anda menjerit melompat berpeluh dan cemas apabila terlihat LIPAS kemungkinan besar anda akan memindahkan ketakutan itu kepada anak juga Apabila anda cemas dan anxious dengan subjek MATEMATIK dan anda juga sering menceritakan betapa ...
Jangan Marah Anak Makan Bersepah Itu Bukti Dia Semakin Bijak

Jangan Marah Anak Makan Bersepah Itu Bukti Dia Semakin Bijak

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 321 hits
Semakin anak membesar dia semakin suka untuk belajar dan buat semuanya sendiri Ada masanya ibu ayah akan haling kerana tak mahu susah tapi sebenarnya tak ada masalah Yang bersepah boleh dikemas Yang berterabur boleh dikutip Janji anak anak ...
Tiap Petang Tiap Hari Anak Akan Tunggu Kita Pulang Dari Kerja Jangan Kecewakan Hati Mereka Beringatlah

Tiap Petang Tiap Hari Anak Akan Tunggu Kita Pulang Dari Kerja Jangan Kecewakan Hati Mereka Beringatlah

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 409 hits
Banyak kemalangan jalan raya berlaku sejak akhir akhir ini ada yang melibatkan kematian ibu bapa kematian anak dan juga kecederaan teruk Yang paling sedih berlaku apabila kemalangan melibatkan ibu bapa dan tinggalah si anak sebatang kara An...
Jangan Ingat Kita Je Ada Hati Anak Pun Perlukan Ibu Ayah Hormati Perasaan Mereka

Jangan Ingat Kita Je Ada Hati Anak Pun Perlukan Ibu Ayah Hormati Perasaan Mereka

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 358 hits
Sebagai ibu bapa kita perlu kenali emosi anak dahulu supaya dapat asuh anak menjadi pintar dan cemerlang dalam hidupnya Emosi merupakan suatu aspek penting dalam kehidupan seseorang Tanpa emosi diri manusia tidak lengkap Seperti orang dewas...
Makin Rasa Nak Marah Kena Makin Kuat Peluk Anak Baru Hati Cepat Tenang

Makin Rasa Nak Marah Kena Makin Kuat Peluk Anak Baru Hati Cepat Tenang

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 476 hits
Anak yang mudah marah atau sentap tak tentu pasal ni sebenarnya ada masalah emosi Sama ada dia terlalu penat atau terlalu stres sehingga emosi meletus Jangan tunjuk bos pula Dalam hal ini apa yang perlu ibu bapa lakukan Adakah kena naik sua...
7 Tip Sempoi Untuk Anak Muda Cepat Cepat Beli Rumah Pertama No 5 Bagi Loan Anda Senang Lulus

7 Tip Sempoi Untuk Anak Muda Cepat Cepat Beli Rumah Pertama No 5 Bagi Loan Anda Senang Lulus

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 271 hits
Kesedaran di antara golongan muda tentang membeli rumah seawal mungkin bukan satu isu yang baru Masa silih berganti Tok yakin ramai dah pasak mindset ni ke dalam minda Cuma graduate baru tetap akan muncul untuk g
Jutawan Kopi 70 Tahun Kahwin Anak Dara Umur 20 Tahun Hantaran Rm2 75 Juta

Jutawan Kopi 70 Tahun Kahwin Anak Dara Umur 20 Tahun Hantaran Rm2 75 Juta

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 834 hits
Betullah orang kata rupa paras dan usia bukan menjadi penghalang untuk kita mengahwini seseorang Seperti kisah perkahwinan yang viral di Thailand ini di mana seorang lelaki berusia 70 tahun telah berkahwin bersama seorang gadis berusia 20 t...
Jangan Takut Beli Barangan Malaysia Kualiti Dah Tip Top

Jangan Takut Beli Barangan Malaysia Kualiti Dah Tip Top

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 304 hits
Zaman sekarang ini anda sudah tak perlu ragu ragu lagi nak beli barangan Malaysia Lagi lagi bab kualiti siapa cakap kualiti barangan Malaysia tak The post appeared first on
Skipping Pro Najib Rally Nothing To Do With Dap Say Umno Leaders

Kad Debit I Bank Islam Visa Tabung Haji Syarat Dan Cara Mohon

Telefilem Dosa Tak Terampun Lakonan Fauziah Ahmad Daud Nad Zainal

Psychology Of Liars Kebenaran Yang Ditakuti Antivaksin

Beli Durian 1o1 Dan Durian Kampung Pula

From Thrill Seeking Dinosaur To Crypto Icon The Story Of Pino

Cuti Umum Johor 2025 Hari Kelepasan Am Cuti Sekolah

Kru Cetak Sejarah Industri Hiburan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Fobia Takut Tak Bertempat Tapi Boleh Kacau Hidup

Tukang Masak Maut Bayi 7 Bulan Parah Lori Langgar Mpv

Bagaimana Berjimat Duit Untuk Pergi Melancong

Anak Terlantar Selepas Lemas Dalam Kolam Ibu Harap Ada Keajaiban Cepatlah Bangun Sayang

Tular Video Wanita Makan Nasi Lauk Bunga Raya Atas Kubur Netizen Persoal Ajaran Puak Mana Ni

Come Clean On Alleged Royal Addendum Hamzah Tell Government