Makin Rasa Nak Marah Kena Makin Kuat Peluk Anak Baru Hati Cepat Tenang


Anak yang mudah marah atau sentap tak tentu pasal ni sebenarnya ada masalah emosi. Sama ada dia terlalu penat atau terlalu stres sehingga emosi meletus.
Jangan tunjuk bos pula!
Dalam hal ini, apa yang perlu ibu bapa lakukan. Adakah kena naik suara untuk bagi anak berhenti dari merajuk atau buat perangai. Ingat anak yang cepat marah sebab emosinya tak stabil. Ibu bapa kena faham apa pendekatan yang boleh buatkan mereka rasa sedemikian.
Perkongsian dari Mohd Fhais yang juga seorang penulis mengenai tip keibubapaan boleh dijadikan panduan.
Semalam annur rania balik dari sekolah saya dah perasan dia bad mood dan kurang aktif. Pada pandangan saya dia letih otak sebab ada exam di sekolah.
Panggil main kat luar rumah pun dia tak nak. Selalu pantang di pelawa, laju je dia keluar. Barangkali memang penat betul tu. Saya biarkan saja.Sampai ke malam begitu. Malah makin parah. Tup tup tiba waktu nak makan dia meletus!
Mamanya suruh dia ambil kerusi bawa meja makan duduk sekali dengan aisy. Aisy pula pantang dengar, dia pula berlari nak ambil kerusi tu.
Masa tu rania dah mengamuk. “Kan mama suruh kakak ambil, aisy tak payah ambil”
Tak bergerak gerak juga. Saya pun datang angkat kedua dua kerusi bawa ke meja makan. Ingat dah selesai drama tadi, rupanya tidak.
Annur rania dengan tidak semena mena tinggi suara,
“Kenapa papa ambil kerusi tu, kan mama suruh kakak ambil?”
Lepas cakap terus berlari masuk bilik, meniarap atas katil, kepala tangkup ke bantal, di selangi dengan tangisan sayu teresak esak.
Saya pun apa lagi, memang la rasa marah membuak buak. Dah la dia yang buat perangai, kita tolong redakan keadaan, kita pula kena marah, lepas tu dia pula yang menangis. Tak boleh jadi ni!
Dalam kepala otak memang tak fikir lain dah, rasa nak tunjuk siapa bos!
Bergegas masuk bilik, buka pintu dengan suara garang saya panggil ANNUR RANIA!
Berderau jantung, meleleh air mata dan sayu rasa hati bila saya nampak annur rania angkat kepala melihat saya dengan raut wajah yang sangat sedih sekali.
Tak sampai 2 minit pun menangis tapi air mata bercucuran macam hujan dan kelopak mata atas bawah kemerah merahan tu tanda ini tangisan responsif bukan manipulatif.
Mulanya dia pandang muka saya kaku tanpa kata apa-apa.
Saya pun cuba sekali lagi, kali ni saya turunkan nada suara dan tukar dari bercakap kepada bertanya, “Rania ok?”Terus dia berlari ke arah saya dan peluk dengan kuat sekali. Tangisan yang bunyi sayu tadi dah jadi bergema. Kuat dan lantang. Lepaskan la nak, lepaskan semua emosi yang terpendam tu. Jangan di simpan lagi!
Sambil menangis sambil berkata,
“Rania minta maaf papa, rania tak sengaja”, rania
“Ok sayang, papa dah maafkan tapi jangan buat lagi tau!”, saya
“Ok papa”, rania
Happy ending. Rania pun terus keluar makan dengan aisy. Walaupun makan tak habis, tapi drama tadi habis. Sungguh melegakan.
Kadang kadang kita lupa yang anak kita ni dah tak ada siapa siapa lagi. Dia hanya ada kita je dalam dunia ni.
Gembiranya dia balik pada kita. Sedih pun dia balik pada kita juga. Serba serbi kita tempat dia tuju segalanya.
Jadi kita dahulu kena fahami anak. Bila dia sedih mesti ada sebab, bila dia marah marah mesti ada sebab. Mustahil emosi boleh bergolak sendiri kalau tak ada angin.
Anak tak perlukan bos yang sentiasa betul tapi anak perlukan mak ayah yang sentiasa ada untuk di peluk dan di cium saat diperlukan.
Makin marah, makin kuat peluk anak kerana itu adalah bius ketenangan setiap anak.
Sumber: Mohd Fhais
Anak pun manusia juga ada hati dan perasaan bukan robot!
The post Makin Rasa Nak Marah Kena Makin Kuat Peluk Anak. Baru Hati Cepat Tenang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/makin-rasa-nak-marah-kena-makin-kuat-peluk-anak-baru-hati-cepat-tenang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terdetik Rasa Nak Marah Anak Mak Ayah Amalkan 8 Tip Ini Cepatlah Hati Tenang

Terdetik Rasa Nak Marah Anak Mak Ayah Amalkan 8 Tip Ini Cepatlah Hati Tenang

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 481 hits
Bila rasa nak marah dengan anak memang tak boleh nak elak untuk naikkan suara atau pukul anak Tapi sebenarnya ada cara yang boleh tenangkan hati Sebagai ibu bapa kena ingat dalam rumahtangga kehadiran cahaya mata merupakan pelengkap kehidup...
Ibu Bapa Kena Rajin Cium Anak Kalau Nak Rasa Tenang Dan Hilang Stress

Ibu Bapa Kena Rajin Cium Anak Kalau Nak Rasa Tenang Dan Hilang Stress

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 454 hits
Peranan seorang bapa atau ayah sangat mustahak dalam perkembangan anak Nak mudah mendidik perlu ada bonding yang kuat antara bapa dan anak Memeluk dan mencium anak banyak faedahnya kepada ibu dan ayah Bagi ibu adalah normal untuk memeluk da...
Anak Saja Cari Pasal Nak Perhatian Tapi Kena Marah Dengan Kita

Anak Saja Cari Pasal Nak Perhatian Tapi Kena Marah Dengan Kita

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 398 hits
Letih dan tertekan dengan perkara yang berlaku di sekeliling membuatkan kita ada masanya terlepas marah pada anak anak Bukanlah tidak rasa bersalah tetapi sara stres mengatasi segalanya pada waktu itu Kesannya anak yang menjadi mangsa Anak ...
Kena Marah Anak Mesti Buat Benda Baik Lepas Tu Kita Pula Rasa Bersalah

Kena Marah Anak Mesti Buat Benda Baik Lepas Tu Kita Pula Rasa Bersalah

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 533 hits
Sebagai ibu biasanya kita yang dapat melihat perangai sebenar anak anak Mungkin kita yang banyak meluangkan masa dengan mereka Setiap perubahan atau perkembangan anak biasanya kita akan nampak dahulu Kemudian kita akan kongsikan dengan suam...
Abah Nak Cuba Boleh Abah Tak Pernah Pakai Permintaan Ayah Di Hari Konvo Buat Hati Anak Sebak

Abah Nak Cuba Boleh Abah Tak Pernah Pakai Permintaan Ayah Di Hari Konvo Buat Hati Anak Sebak

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 652 hits
Masih lagi dengan musim graduasi pasti ramai yang berasa teruja untuk bergaya dengan jubah graduasi masing masing Ibu bapa juga pasti berasa gembira teruja dan bangga dengan kejayaan yang dirangkul anak anak mereka Kehadiran ibu bapa ahli k...
Gigi Baru Nak Tumbuh Kadang Kadang Boleh Demam Anak Mak Ayah Diingatkan Supaya Rajin Angkat Bibir Baby

Gigi Baru Nak Tumbuh Kadang Kadang Boleh Demam Anak Mak Ayah Diingatkan Supaya Rajin Angkat Bibir Baby

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 1067 hits
Setiap daripada pasangan yang baru sahaja dikurniakan dengan cahaya mata pastinya akan mula tertanya tanya pada umur berapakah gigi bayi mereka akan tumbuh Ini kerana ada diantara ibu bapa ini yang tiada pengalaman serta kepakaran untuk men...
Bila Dah Kahwin Pasti Nak Anak Hati Hati Bila Bertanyakan Soalan Sensitif Pada Orang

Bila Dah Kahwin Pasti Nak Anak Hati Hati Bila Bertanyakan Soalan Sensitif Pada Orang

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 506 hits
Setiap wanita yang sudah mendirikan rumah tangga pasti menyimpan hasrat untuk menjadi seorang ibu Apabila sudah bernikah dalam satu tempoh yang agak lama soalan bila mahu hamil dan dapat anak sering diajukan Siapa yang tidak mahu tetapi mun...
Tenung Muka Anak Waktu Bf Tenang Je Rasa Bukan Sibuk Layan Handphone

Tenung Muka Anak Waktu Bf Tenang Je Rasa Bukan Sibuk Layan Handphone

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 361 hits
Ketika menyusukan bayi ibu biasanya tidak tahu apa yang mahu dibuat untuk menghilangkan rasa bosan Kebanyakan mereka cenderung untuk membelek handphone untuk mengisi masa lapang sementara menyusukan si manja Rupa rupanya tabiat memberi susu...
Guru Luah Rasa Hati Terpaksa Bergegas Dari Cheras Ke Shah Alam Hari Hari Sampai Kemalangan Demi Tugas Dan Anak Anak

Guru Luah Rasa Hati Terpaksa Bergegas Dari Cheras Ke Shah Alam Hari Hari Sampai Kemalangan Demi Tugas Dan Anak Anak

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 359 hits
Guru ada di mana mana namun untuk menjadi seorang pendidik haruslah cekal mental dan fizikal Bukan mudah untuk mendidik anak bangsa untuk mencapai kejayaan Sebagai masyarakat yang harmoni kita haruslah memahami tugas seorang guru dan percay...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba