Cheah Liek Hou Pemenang Pingat Emas Badminton Para 2024


Baru-baru ini, seorang atlet paralimpik badminton Malaysia, Cheah Liek Hou telah mencatatkan sejarah yang sangat membanggakan dengan meraih pingat emas pertama Malaysia di Sukan Paralimpik 2024. 
Cheah Liek Hou berjaya menewaskan Suryo Nugroho dari Indonesia dalam perlawanan akhir dengan keputusan 21-13, 21-15. 
Kemenangan ini adalah satu pencapaian luar biasa dan sangat membanggakan untuk Malaysia. Tahniah!
Jom kenali dengan lebih lanjut atlet hebat kita, Cheah Liek Hou. 
BACA JUGA: Biodata Muhammad Shah Firdaus Sahrom – Atlet Basikal Malaysia
Siapa Cheah Liek Hou?  Cheah Liek Hou adalah seorang atlet badminton para Malaysia. Beliau di telah dilahirkan pada 8 Mac 1988 di Kuala Lumpur, Malaysia. 
Disabliti yang dimilikinya (Erb’s palsy, yang menyebabkan kekuatan dan kestabilan tangan kanannya terjejas) tidak menjadi alasan untuk beliau terus cemerlang dalam bidang sukan kegemarannya, Badminton. 
Berdasarkan sebuah tulisan yang ditulis oleh The Patriots Studios, Cheah sentiasa berusaha dan bersemangat bermain Badminton bagi membuktikan kebolehan dirinya. 
“Masa sekolah dulu, saya selalu lawan dengan pemain yang sihat walaupun ramai ejek saya. Tapi itu tak pernah patahkan semangat saya, malah saya lagi berazam nak tunjuk yang saya boleh,”
– kata Cheah dalam satu temubual. Cheah mula bermain badminton pada usia sembilan tahun dan menyertai pasukan badminton biasa ketika berusia 12 tahun. 
Bukan itu sahaja, beliau juga berjaya menamatkan pendidikan pruniversiti di Sekolah Sukan Bukit Jalil dan mempunyai ijazah dalam komunikasi korporat dari Universiti Putra Malaysia. 
BACA JUGA: Biodata Azizulhasni Awang (Pocket Rocketman) #TerimaKasihDatoAzizul
Biodata Ringkas Cheah Liek Hou Berikut dikongsikan biodata ringkas Cheah Liek Hou.
Nama Penuh: Cheah Liek Hou Tarikh Lahir: 8 Mac 1988 (umur 36 tahun) Tempat Lahir: Kuala Lumpur, Malaysia Disabiliti: Mengalami Erb’s palsy, yang menyebabkan kekuatan dan kestabilan tangan kanannya terjejas Pendidikan: Menamatkan pendidikan pruniversiti di Sekolah Sukan Bukit Jalil, memiliki ijazah dalam komunikasi korporat dari Universiti Putra Malaysia Status Perkahwinan: Berkahwin dengan Dewi Febriana Tan Pencapaian Utama Cheah Liek Hou adalah pemenang pingat emas dalam acara perseorangan lelaki SU5 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik 2024 di Paris. 
Pencapaian ini menjadikannya atlet Malaysia pertama yang meraih pingat dalam badminton di peringkat Paralimpik. 
Beliau juga merupakan juara dunia sebanyak 14 kali dalam kedua-dua kategori perseorangan dan beregu.
Sukan Paralimpik: Paris 2024: Pingat emas acara perseorangan lelaki SU5 (mempertahankan gelaran). Mengalahkan Suryo Nugroho dari Indonesia dalam perlawanan akhir, dengan keputusan 21-13, 21-15, menjadikannya pemenang pingat emas pertama Malaysia di Sukan Paralimpik 2024.
Tokyo 2020: Pingat emas acara perseorangan lelaki SU5. Menewaskan Dheva Anrimusthi dari Indonesia dengan keputusan 21-17, 21-15.
Kejohanan Dunia 14 kali juara dunia dalam acara perseorangan dan beregu
Sukan Para Asia 2 kali pingat emas
Sukan ASEAN Para Pingat emas pada usia 15 tahun
Fakta Menarik Cheah Liek Hou 1. Mula Bermain Badminton pada Usia 9 Tahun Cheah Liek Hou mula bermain badminton pada usia sembilan tahun, bermula dengan bermain di halaman rumah dan di jalanan sehinggalah bkat dan semangatnya mula disedari oleh ibunya. 
Sehubungan itu, dengan sokongan daripada ibunya, Cheah kemudian menyertai Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk mendapatkan latihan yang lebih formal. 
Pada usia 12 tahun, beliau menyertai pasukan badminton biasa (yang biasa tau, bukan yang paralimpik), bagi membolehkannya bersaing dengan pemain-pemain lain tanpa mengira kekurangan yang dimilikinya. 
2. Hampir Berhenti Bermain pada 2015 Pada tahun 2015, Cheah hampir mengambil keputusan untuk berhenti bermain badminton setelah menyedari bahawa para-badminton tidak termasuk dalam senarai acara Sukan Paralimpik Rio 2016. 
Pada msa tersebut, Cheah bekerja di sebuah syarikat sukan dan menjadikan bermain badminton sebagai aktiviti sambilan sahaja. 
Namun, setelah para-badminton diiktiraf sebagai acara rasmi di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Cheah memutuskan untuk meninggalkan pekerjaannya dan memberi fokus sepenuhnya kepada sukan ini. 
Disebabkan keputusan yang diambilnya, beliau harus melakukan pengorbanan yang besar dalam mengubah gaya hidup termasuklah menurunkan berat badannya bagi membina semula stamina. 
3. Kisah Kejayaannya Diadaptasi Menjadi Filem Gold Untuk pengetahuan anda, kisah Cheah Liek Hou yang inspiratif ini  telah diadaptasi menjadi filem bertajuk Gold, yang diarahkan oleh Adrian Teh dan ditayangkan pada tahun 2024. 
Dalam filem ini, Jack Tan memegang watak sebagai Cheah, manakala Farid Kamil berperanan sebagai jurulatihnya, Rashid Sidek. 
Proses penggambaran melibatkan banyak wawancara dengan Cheah dan jurulatihnya untuk memastikan bahawa cerita yang dipaparkan adalah autentik dan memberi inspirasi. 
Filem ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa kekurangan diri bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan.
4. Atlet Pertama Malaysia yang Memenangi Pingat Emas dalam Badminton di Sukan Paralimpik Cheah Liek Hou telah berjaya mencipta sejarah sebagai atlet pertama Malaysia yang memenangi pingat emas dalam badminton di Sukan Paralimpik. 
Kemenangannya di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan Paris 2024 bukan sahaja menjadikannya pemenang pingat emas, tetapi juga mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu atlet paling berjaya dalam sejarah sukan para Malaysia. 
5. Juara Dunia Sebanyak 14 Kali Cheah Liek Hou adalah juara dunia sebanyak 14 kali, termasuk 8 kali dalam acara perseorangan dan 6 kali dalam acara beregu. 
Beliau juga telah berjaya memenangi pelbagai kejohanan, termasuk kejuaraan dunia dan Sukan Para Asia, menjadikannya salah satu nama yang paling dikenali dalam dunia badminton para. 
Kejayaan yang beliau kecapi membanggakan dirinya tetapi juga negara Malaysia. Cheah Liek Hou berjaya menjadi contoh inspiratif kepada atlet lain untuk mengejar impian mereka walaupun menghadapi pelbagai cabaran.
Media Sosial Cheah Liek Hou- Jom Follow! Anda boleh ikuti media sosial Cheah Liek Hou untuk mengetahui perkembangan terkini beliau dalam arena badminton paralimpik
Instagram: cheahliekhou4956 Facebook: https://www.facebook.com/CheahLiekHou/  Sumber:
Wikipedia The Patriots Studios

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/cheah-liek-hou/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cheah-liek-hou

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Emas Dan Perak Buat Malaysia Di Badminton Terbuka Korea 2024 Seoul

Emas Dan Perak Buat Malaysia Di Badminton Terbuka Korea 2024 Seoul

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 95 hits
Aku bukan peminat tegar badminton tapi tumpang bangga bila kejayaan diraih oleh pemain badminton negara Latihan demi latihan dan usaha yang bukan sedikit buat mereka layak untuk diberi penghormatan 01 September 2024 Ahad Kejohanan Badminton...
Para Sukma 2024 Tarikh Dan Senarai Sukan Dipertandingkan

Para Sukma 2024 Tarikh Dan Senarai Sukan Dipertandingkan

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 99 hits
Temasya Sukma 2024 sudah melabuhkan tirainya dan kini tiba pula untuk berlangsungnya Para Sukma 2024 Sukan Para SUKMA dianjurkan khas untuk atlet atlet Orang Kelainan Upaya mengikut kategori masing masing selepas berakhir penganjuran Sukan ...
Kilauan Emas 2024

Kilauan Emas 2024

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 114 hits
Setelah hampir 7 tahun menyepi program nyanyian Kilauan Emas kembali membawakan nafas baharu dengan tema Otai Kembali Berbisa membuka ruang dan peluang kepada bakat tempatan otai tempatan untuk mempamerkan bakat terpendam mereka dalam bidan...
Latif Romly Gagal Pertahan Pingat Emas

Latif Romly Gagal Pertahan Pingat Emas

papar berkaitan - pada 8/9/2024 - jumlah : 65 hits
Jaguh olahraga para negara Abdul Latif Romly mencatatkan lompatan sejauh 7 45 m pada percubaan ketiga sekali gus gagal mempertahankan pingat emas yang dimenanginya Sukan Paralimpik Rio 2016 dan Tokyo 2020 PARIS Jaguh olahraga para negara Ab...
Liek Hou Mahu Guna Insentif Rm1 Juta Untuk Bantu Bekas Atlet Kurang Bernasib Baik

Liek Hou Mahu Guna Insentif Rm1 Juta Untuk Bantu Bekas Atlet Kurang Bernasib Baik

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 88 hits
Jaguh badminton paralimpik Cheah Liek Hou mahu guna insentif RM1 juta yang bakal diterima untuk membantu bekas atlet yang bernasib kurang baik Memetik laporan dari Bernama Liek Hou memaklumkan yang perancangan tersebut dibuat selepas dimakl...
Pengumuman Pemenang Top Komentator August 2024

Pengumuman Pemenang Top Komentator August 2024

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 54 hits
Assalamualaikum Seperti biasa SA akan umumkan pemenang top komentator blog SA setiap 1hb Alhamdulillah hari ini bersempena Anniversary SA yang pertama SA dapat pilih pemenang baru yang pertama kali rasanya mengungguli carta top 10 Top Komen...
Liek Hou Grabs Malaysia S First Gold Medal At Paris Paralympics

Liek Hou Grabs Malaysia S First Gold Medal At Paris Paralympics

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 62 hits
Cheah Liek Hou defeated Indonesia s Suryo Nugroh 21 13 21 15 in the SU5 men s singles final PETALING JAYA Malaysia won its first gold medal at the 2024 Paralympics when eight time world champion Cheah Liek Hou defended his gold medal in the...
Senarai Promo Merdeka 2024 Untuk Rakyat Malaysia

Senarai Promo Merdeka 2024 Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 31/8/2024 - jumlah : 120 hits
Senarai Promo Merdeka 2024 untuk Rakyat Malaysia Rakyat Malaysia berpeluang menikmati pelbagai promosi hebat yang ditawarkan oleh pelbagai jenama dan perniagaan tempatan Dalam suasana menyambut Hari Kemerdekaan syarikat syarikat di Malaysia...
Ai Team Subscribers Ogos 31 2024

Ai Team Subscribers Ogos 31 2024

papar berkaitan - pada 31/8/2024 - jumlah : 89 hits
Nota AI ENTERTAIMENT tukar kepada AI TEAM DIVISION 2 bermula OGOS 08 2024 channel subscriber date joined 5 69m 06 08 2016 1 38m 09 12 2017 693k 19 04 2014 525k 24 01 2023 251k 17 01 2023 315k 28 05 2023 961k 01 01 2020 887k 17 12 2021 856k ...
Dpm Fadillah Reveals Drafts Of Government Opposition Mou

Tpm Dedah Draf Mou Peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang

Zulries D Pojok

Ssm Vs Sspa Perbezaan Kelebihan Soalan Lazim

Kereta Bergoyang Tanpa Henti Petugas Kesihatan Ditangkap Basah Di Tempat Parking Hospital

Kelas Offline Totiq Batch 3 Putrajaya 15 September 2024

Doa Nak Keluar Rumah

Salam Maulidurrasul Dan Selamat Hari Malaysia


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Info Dan Sinopsis Filem How To Make Millions Before Grandma Dies 2024 Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

10 Fakta Biodata Reedzwann Penyanyi Lagu Tercipta Satu Senyuman Cinta Pandang Pertama Yang Terpalit Kemalangan


Biodata Fazura Pelakon Wanita Popular Usahawan Tudung Berjaya

Fuziah Dakwa Pkr Memang Ada Bincang Untuk Tangguh Pemilihan Parti Namun Belum Putuskan

Walaupun Berbeza Usia 21 Tahun Bekas Pengetua Sekolah Kini Bahagia Kahwini Bekas Murid

Tony Robbins Motivational Speaker Author Hotelier

Dulu Pakatan Harapan Disuruh Setuju Dgn Syarat2 Ditetapkan Kerajaan Pnyakau Nasional Ketika Itu

Tiba Masanya Mereka Peelu Disedarkan Bahawa Jangan Selalu Kita Benarkan Ditwmpat Kita