Al Kisah Si Senior Dan Si Junior


Al kisah tersebutlah kisah seorang pekerja yang dahulunya kuli kini menjadi orang disegani manager. Pada mulanya dia dipandang sepi, namun berkat kesungguhan dia bekerja, berusaha menambahkan ilmu dan pengalaman kini berjaya membuka mata-mata manager yang selama ini pandang sepi terhadap pekerja ini. Bila sudah lama bekerja, dia pun sudahlah menjadi senior. Sentiasa menjadi tempat menerima arahan dan penyampai arahan manager tersebut kepada anak buah.
Dah nama pun bisnes, bisnes semakin berkembang maka perlukan ramai pekerja. Masuklah beberapa pekerja baru menyertai pasukan sedia ada. Sebagai senior yang bekerja lama, mestilah menyantuni pekerja baru sebaiknya. Pada awalnya menjadi tempat rujukan dalam kerja. Bila rehat, makan sama2. Luar waktu kerja, party sama2 dan keluar makan sama2. Sambut birthday sama2. Niat asal senior tadi, dia taknak pekerja baru rasa terpinggir seperti yang dia rasa dahulu. Si senior ini melayanlah karenah si junior ini sebaiknya supaya mereka rasa senang bekerja sama. 
Namun, berlakulah insiden yang tidak diingini.
Niat asal hanya nak menghilangkan stress namun bertambahlah stress. Si manager tadi melihat keakraban si senior dan si junior tadi lalu merancangkan party menyambut hari lahir setiap bulan untuk setiap pekerja dalam unit. Ini gara-gara Covid yang mengkantoikan aktiviti si senior dan si junior. Pada awalnya si senior keberatan nak buat. Akibat desakan dan langkah pertama yang sudah dibuat manager tadi, terpaksalah si senior ini lakukan. Si senior sub kerja ni kepada si junior supaya orang nampak kewujudan si junior ni.
Pada awalnya happening. Semua memberi kerjasama. Party jalan semua orang bahagia. Namun lama kelamaan, timbul rasa tidak senang hati. Ada yang mengungkit ada orang makan banyak. Ada yang tak puas hati sebab dia je yang buat semua, yang lain hulur duit sahaja. Ada yang mengungkit kepenatan beli hadiah, gubah bunga, cari kek, fikir menu makanan tak dibalas. Lama kelamaan si junior diamkan diri seperti mogok tidak mahu mengadakan party lagi.
Si senior sudah hidu hal ini. Memandangkan semua dah kepenatan hempas pulas buat party, si senior adakan party sendiri. Nampak macam berjaya namun masih ada yang tak senang hati. Si senior dipersalahkan kerana mengadakan party sendiri tanpa berbincang. Seolah-olah si senior nak mengipas manager. Ada yang tak mahu jamah malah makanan yang diberikan, diberikan kepada guard dan dipaparkan dalam whatsapp status. Niat asal si senior, nak have fun ramai2 untuk hilangkan stress tambah semua kepenatan mengadakan party sebelum ini namun disalahertikan oleh segelintir orang. Padahal si senior tak minta sesen pun pada semua orang. Si junior terus memulangkan baki gubahan bunga kepada si senior. Ia umpama menandakan kerja mereka sudah selesai. 
Selang beberapa hari, si junior mohon maaf dan dalam masa yang sama menyalahkan si senior kerana buat keputusan tanpa berbincang. Si junior melabelkan si senior orang yang tiada perasaan dan pentingkan diri sendiri. Si senior kehairanan. Hanya kerana buat party tak ajak pun dipanggil selfish. Si junior mengungkit yang si senior beli makanan tak ajak dan dah tak nak keluar makan bersama. Si senior rasa baru sekali tak keluar makan sama tambah tengah musim Covid. Lagipun si senior boleh tahu yang si junior tengah mengasingkan diri sebab taknak terlibat untuk buat next party. Bila si senior tanya terus si junior balas dia tak kisah kalau nak buat party lagi.
Si senior pening memikirkan idea untuk menghabiskan sisa gubahan bunga. Pada sangkaan awal si senior, si junior menggunakan duit yang dikutip untuk membeli bunga2 gubahan tapi tidak menggunakan sepenuhnya. Pilihan terakhir, buat frame DIY. Si senior berhempas pulas menyiapkan frame tersebut sendiri dan perlu diedarkan kepada mereka yang menyumbangkan duit. Tiba hari untuk edarkan frame, si senior menanya lagi tentang status sisa gubahan tersebut. Si junior mengaku yang dia gunakan duit kutipan untuk beli bahan gubahan termasuk sisa gubahan. Si junior siap pesan dia dah tak mahu masuk campur dan ikut suka hari si senior nak buat apa dengan sisa tersebut. Si senior panas hati dengan jawapan tersebut. Si senior mengedarkan frame DIY tadi ke semua staff yang berkenan setelah semua orang beredar. Si senior meninggalkan plastik kosong atas meja si junior tersebut sebagai tanda peringatan.
Keesokan harinya, si junior marah mengapa meninggalkan plastik atas meja dia. Si senior tegur perbuatan dia yang kurang matang malah dituduhnya si senior yang kurang matang. Si junior siap perli suruh potong plastik tu kecil2 dan edarkan kepada semua. Masalah timbul sebab si junior beli barang hasil kutipan orang ramai. Memandangkan si junior tarik diri, si senior pun tiada masa maka baik pulangkan balik barang tu cara baik - frame DIY. Si junior tak senang hati, terus diungkit segala penat lelah dia cari barang, merancang party dan dia rasa dia yang buat semuanya. Si senior kehairanan. Hari tu dia kata dia tak kisah. Sekarang dia kisah pula. 
Sejak dari peristiwa ini, si junior memulaukan si senior. Si junior mengajak orang lain masuk group dia dan biarkan si senior keseorangan. Si senior bekerja macam biasa. Si senior sudah lali dengan situasi macam ini dan banyak pengajaran si senior belajar dari pengalaman hidup ini.
1- Iri hati - Si junior tak senang apabila si senior sering berdekatan dengan manager. Terserlah riak muka tak senang hati bila manager berdekatan dengan si senior walaupun tengah berbincang hal kerja.
2- Salah faham - Jurang pemikiran antara si junior dan si senior sangat jauh. Si junior rasa si senior sama level macam dia jadi tiada istilah special treatment dan penyampai matlumat.
3- Adab - Kurang adab antara si junior dan si senior. Walaupun sebaik macam mana pun si senior, hormat harus ada
4- Komunikasi - Manager sepatutnya berkomunikasi kepada semua orang. Sepatutnya ada meeting dan discuss bersama-sama. Bukan memberi arahan kepada si senior sahaja. Ia boleh menimbulkan salah faham dan konflik antara si senior dan si junior.
5- Silap percaturan - Si senior tak sepatutnya sub kerja tu kepada si junior. Si senior kena buat semua. Baru aman semua.
*Plot twist - Si senior yang mulakan dahulu party asalnya. Si junior hanya sambung yang last2. Gubahan bunga asalnya idea si senior tetapi kosnya dikira mengikut bahan yang betul2 digunakan tanpa upah. Si junior, nak buat gubahan bunga tetapi pergi claim semua kos termasuk upah mengubah. Niat asal si junior untuk mengasah bakat mengubah. Tiada paksaan dari si senior.
Maka bawalah diri si senior bersama kenangan bersama si junior. "Selama ni kebaikan yangku beri, dia tak hargai langsung. Dia ingat daku masa dia susah. Bila dia dah senang, dah ada peneman sehati sejiwa, terus dibuangnya daku. Patut di tinggalkan dia terus terkontang-kanting sendiri pada mulanya", degus si senior.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dearbella-bella.blogspot.com/2021/02/al-kisah-si-senior-dan-si-junior.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Buli Lima Pelajar Senior Ikat Letak Dumbel Pada Alat Kelamin Junior

Kes Buli Lima Pelajar Senior Ikat Letak Dumbel Pada Alat Kelamin Junior

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 62 hits
Sinar HarianLima pelajar senior yang ditahan susulan kejadian buli Foto Sumber daripada NDTVKERALA Lima pelajar tahun tiga Kolej Kejururawatan Awam Kottayam India telah ditahan berhubung video tular melibatkan perbuatan buli terhadap pelaja...
Tak Kisah La Janji Ready Tin Milo Awai Awai Banyak Kali Ni Dwkat Nak Raya Ni Bagi Cepat Sikit Jalan Kes

Tak Kisah La Janji Ready Tin Milo Awai Awai Banyak Kali Ni Dwkat Nak Raya Ni Bagi Cepat Sikit Jalan Kes

papar berkaitan - pada 2/2/2025 - jumlah : 111 hits
Kes terpencil Fitnah DSAI minta maaf fitnah MB Perak minta maaf fitnah Nga Kor Ming minta maaf fitnah Hannah Yeoh minta maaf Takiyuddin cakap terpencil agak agaklah nak menipu pun
Kapal Dah Karam Dr Rafidah Kongsi Kisah Sepupu Tinggalkan Kkm

Kapal Dah Karam Dr Rafidah Kongsi Kisah Sepupu Tinggalkan Kkm

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 136 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 3 2025 12 36 PMPakar nefrologi Hospital Putrajaya Dr Rafidah Abdullah meluahkan kebimbangan terhadap masa depan sektor kesihatan awam di negara ini selepas sepupunya yang juga seorang doktor hospital kerajaan...
Kisah Cinta Yang Mengajar Kita 5 Pelajaran Hidup

Kisah Cinta Yang Mengajar Kita 5 Pelajaran Hidup

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 99 hits
Cinta adalah perasaan yang mendalam yang seringkali memberi kebahagiaan namun juga dapat memberikan pelajaran hidup yang berharga Dalam perjalanan hidup cinta bukan hanya tentang perasaan indah yang datang dan pergi tetapi lebih kepada pela...
Tanah Runtuh Miri Remaja Terselamat Kongsi Kisah Sebak Saat Akhir Keluarga

Tanah Runtuh Miri Remaja Terselamat Kongsi Kisah Sebak Saat Akhir Keluarga

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 111 hits
Lima sekeluarga terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit Miri Sarawak pada Rabu sementara anak sulung keluarga itu yang terselamat sempat menyaksikan detik tragis tersebut Menurut laporan Sinar Plus remaja berusia 17 ta...
The Hidden Dangers Of Falls Understanding The Impact On Senior Health

The Hidden Dangers Of Falls Understanding The Impact On Senior Health

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 88 hits
FALLS among seniors are a significant yet often overlooked health issue with devastating consequences According to the World Health Organisation an estimated 684 000 fatal falls occur globally each year making it the second leading cause of...
Kisah Pinjam Duit Tapi Tak Nak Bayar

Kisah Pinjam Duit Tapi Tak Nak Bayar

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 145 hits
Lama admin tak update blog kan Bila update post lain dari niche blog Tapi admin terpaksa sebab kawan admin kena khianat So macam mana cerita ni bermula Kawan Admin yang akan dinamakan sebagai A merupakan seorang pekerja kedai runcit di daer...
Girls Leadership Institute

Pet Urgent Care Ensuring Lifesaving Care For Your Furry Friends

How Malaysians Can Tactically Deal With Zakir Naik S Non Ban

Memang Berbaloi Percutian 6 Hari Ke Jakarta Bandung Dengan Kos Rm8k Untuk 6 Orang

Orang Ramai Terbalikkan Kereta Untuk Menyelamatkan Murid Yang Dilanggar Kereta Tersebut

Strategi Efektif Penghematan Energi Di Industri Konveksi

Sambal Telur Puyuh Campur

How Online Platforms Set Pricing Standards In The Digital Age


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Pengalaman Sewa Kereta Di Airport Kota Bharu Harga Berpatutan Dan Terbaik

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Mtuc S Disputing Parties Agree To Hold Polls Within 90 Days

Sila Ulangkaji Asas Penubuhan Bersatu Ahli Mpt Beritahu Hilman

Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Online Presence Is Critical For Business