Kapal Dah Karam Dr Rafidah Kongsi Kisah Sepupu Tinggalkan Kkm


malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 3, 2025 12:36 PM
Pakar nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah meluahkan kebimbangan terhadap masa depan sektor kesihatan awam di negara ini selepas sepupunya, yang juga seorang doktor hospital kerajaan, memutuskan untuk menerima tawaran kerja di New Zealand

Dalam satu hantaran di Facebook semalam bertajuk “Selamat Tinggal KKM”, Dr Rafidah menyifatkan sepupunya sebagai seorang doktor yang “rajin dan berdedikasi”.

"Ibu beliau pesara Guru, arwah ayah seorang pegawai tinggi kerajaan (PTD).

"Beliau bekerja di Jabatan Kecemasan dan sudah hampir tamat program kepakaran parallel beliau," kata Rafidah.
Merujuk kepada cadangan sistem syif Waktu Bekerja Berlainan (WBB) yang kini telah dibatalkan, Rafidah berkata:

"Di Jabatan Kecemasan, mereka bekerja syif. Sama seperti paramedik, mereka disuruh bekerja 45 jam. Tambah jam. Tidak diberi kesempatan memberi pendapat, tiada libat urus - tahu-tahu suruh implementasi di lapangan,” luahnya.

Dr Rafidah berkata, apabila menerima tawaran bekerja di New Zealand sebagai registrar, sepupunya tidak teragak-agak untuk meninggalkan KKM.

"Ramai yang dah meninggalkan (KKM). Jika ini bukan tanda kapal karam, saya tak tahu apa lagi yang perlu dikatakan.

"Dia tidak rugi, saya tidak rugi (sebab boleh jalan-jalan). Yang rugi, adalah rakyat Malaysia,” tambahnya.

Kontroversi Waktu Bekerja Berlainan (WBB)

Minggu lalu, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad menegaskan dia masih komited pada prinsip dan objektif di sebalik cadangan sistem syif Waktu Bekerja Berlainan (WBB) untuk kakitangan kesihatan.

“Ramai orang enak di katil ketika doktor menjalankan tugas pada waktu begitu.

“Ini bukan mengenai kejayaan atau kegagalan peribadi. Ini mengenai mencari jalan terbaik untuk pekerja penjagaan kesihatan dan negara," katanya kepada FMT.
Pada 17 Januari lalu, satu sesi town hall oleh Kementerian Kesihatan diadakan, di mana kakitangan kesihatan menyatakan bantahan keras terhadap pelaksanaan sistem WBB.

Sebahagian mereka mendesak Dzulkefly dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan meletakkan jawatan, manakala ada juga yang mencadangkan mogok sebagai tanda protes.

Mereka menyuarakan kebimbangan mengenai potongan gaji akibat sistem baru tersebut serta kekurangan fleksibiliti, selain kesan negatif WBB terhadap keseimbangan kerja dan kehidupan mereka.

Pada 24 Jan, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengadakan pertemuan dengan Dzulkefly dan pegawai kementerian bagi membincangkan isu-isu yang membelenggu pekerja kesihatan serta sistem kesihatan awam.

Presiden MMA, Dr Kalwinder Singh Khaira berkata salah satu topik utama yang dibincangkan ialah cadangan dasar WBB.
“Berdasarkan maklum balas daripada ahli-ahli kami serta petugas kesihatan lain, MMA memberikan penjelasan komprehensif mengenai kebimbangan dan keraguan terhadap sistem WBB. Secara umumnya, doktor kesihatan awam tidak menyokong atau bersetuju dengan pelaksanaannya,” katanya.

MMA juga mengulangi gesaan agar elaun on-call bagi semua doktor dalam perkhidmatan awam dinaikkan segera.

“Kami menegaskan bahawa kenaikan ini mesti diberikan kepada semua doktor dan tidak dikaitkan dengan mana-mana sistem kerja tertentu. Ini adalah sesuatu yang telah diharapkan oleh doktor dalam perkhidmatan awam sejak tahun lalu dan mereka masih berharap kerajaan menunaikan janji tersebut,” tambahnya.

Kalwinder juga menegaskan keperluan untuk ketelusan dalam pemberian jawatan tetap kepada doktor kontrak.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/kapal-dah-karam-dr-rafidah-kongsi-kisah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanah Runtuh Miri Remaja Terselamat Kongsi Kisah Sebak Saat Akhir Keluarga

Tanah Runtuh Miri Remaja Terselamat Kongsi Kisah Sebak Saat Akhir Keluarga

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 185 hits
Lima sekeluarga terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit Miri Sarawak pada Rabu sementara anak sulung keluarga itu yang terselamat sempat menyaksikan detik tragis tersebut Menurut laporan Sinar Plus remaja berusia 17 ta...
1 Hilang 6 Selamat Kapal Kargo Karam Di Lawas

1 Hilang 6 Selamat Kapal Kargo Karam Di Lawas

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 189 hits
BernamaDua daripada enam kru kapal kargo terbabit cedera ringan dalam kejadian kira kira 1 8 batu nautika dari Tanjung Perapat Lawas Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan bagi mengesan seorang kapten yang hilang selepas sebuah kapal ka...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 356 hits
Kisah penuh kasih sayang seorang wanita berbangsa Cina terhadap anak angkatnya yang beragama Islam menyentuh hati ramai rakyat Malaysia Keikhlasan wanita tersebut membesarkan gadis itu sejak kecil menarik perhatian seluruh negara Kisah Insp...
Kisah Nabi Muhammad Naik Ke Langit

Kisah Nabi Muhammad Naik Ke Langit

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 241 hits
PERISTIWA Nabi Muhammad naik ke langit atau juga disebut sebagai Isra dan Mikraj adalah antara peristiwa paling luar biasa yang pernah terjadi dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW nbsp Peristiwa itu bukan sahaja menguji keimanan Bagind...
Bukalapak Tutup Mengenang Kisah Ahmad Zacky Membangun Demi Tujuan Mulia

Bukalapak Tutup Mengenang Kisah Ahmad Zacky Membangun Demi Tujuan Mulia

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 238 hits
BloggerBorneo com Agak merasa masygul juga mendengar Bukalapak Artikel pertama kali tampil pada
Kisah Pinjam Duit Tapi Tak Nak Bayar

Kisah Pinjam Duit Tapi Tak Nak Bayar

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 235 hits
Lama admin tak update blog kan Bila update post lain dari niche blog Tapi admin terpaksa sebab kawan admin kena khianat So macam mana cerita ni bermula Kawan Admin yang akan dinamakan sebagai A merupakan seorang pekerja kedai runcit di daer...
Kisah Cinta Yang Mengajar Kita 5 Pelajaran Hidup

Kisah Cinta Yang Mengajar Kita 5 Pelajaran Hidup

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 155 hits
Cinta adalah perasaan yang mendalam yang seringkali memberi kebahagiaan namun juga dapat memberikan pelajaran hidup yang berharga Dalam perjalanan hidup cinta bukan hanya tentang perasaan indah yang datang dan pergi tetapi lebih kepada pela...
Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Hiburan Kongsi Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga Baby Bump Comel

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


A Constitutional Blunder Or A Fictional Blunder

Rahsia Untuk Bebas Dari Hutang

Dabai Specialty Fruit Of Sarawak Malaysia

Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine