Al Arqam Sejarah Bukti Kesesatan Fatwa Pengharaman


Nama Al-Arqam sudah tidak asing lagi di Malaysia sebagai sebuah kumpulan ajaran sesat yang sangat popular sekitar tahun 70-an.
Justeru, artikel pada kali ini kami ingin berkongsi kepada anda berkenaan dengan sejarah pertubuhan sesat Al-Arqam dan bentuk-bentuk kesesatan yang diharamkan.
Baca juga:
 Kronologi & Perkembangan Terkini Kes GISB Holdings Cafe & Restoran Ikhwan Sistem Penilaian Penjawat Awam Apa itu Al-Arqam? Pertubuhan Al-Arqam adalah kumpulan ajaran sesat yang telah difatwakan haram, sesat dan menyeleweng di Malaysia.
Ia juga dikenal pasti sebagai kumpulan kedua yang membawa ajaran sesat di Selangor selepas gerakan Ajaran Salah (Haji Kahar).
Kumpulan Al-Arqam dikatakan sangat aktif berevolusi dari sudut penjenamaan dan penampilan, serta memiliki pengikut yang sangat ramai.
Strategi penyebaran kumpulan ini adalah melalui bidang pendidikan, penerbitan, perniagaan, perubatan, pakaian sunnah, dan hiburan islamik.
Asal Usul dan Sejarah Pada tahun 1968, Ashaari bin Muhammad bersama beberapa orang sahabatnya telah menubuhkan sebuah kumpulan yang dinamakan dengan Kumpulan Rumah Putih di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
Ia ditubuhkan dengan misi kononnya untuk menyedarkan umat Islam agar lebih menghayati makna Islam. Namun beberapa tahun selepas itu, kumpulan ini telah menukar nama gerakan mereka kepada Darul Arqam.
Beberapa tahun selepas itu tersebar khabar angin tentang wujudnya amalan Aurad Muhammadiah yang diamalkan oleh Ashaari Muhammad dan pengikutnya. Ini seterusnya telah menyebabkan beberapa orang kuat dalam Darul Arqam sendiri keluar dri jemaah tersebut dan berlakunya pemecatan beberapa individu yang berpengaruh dalam kumpulan tersebut.
Isu ini berhaya mendapat perhatian media masaa kerapa reputasi Darul Arqam yang dilihat sangat berjaya dan kehadapan dalam menjana ekonomi kumpulan mereka. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memanggil Ashaari Bin Muhammad untuk mendapatkan penjelasan berkaitan isu tersebut dan beberapa isu lain yang berkaitan dengan Aurad Muhammadiah.
Berdasarkan pengakuannya beliau mengaku tidak menyebarkan Aurad Muhammadiah, namun pada masa yang sama tidak menafikan mengamalkannya.
Beliau seterusnya mengeluarkan kenyataan akhbar menafikan bahawa beliau pernah menyatakan bahawa individu yang bertanggungjawab membawa Aurad Muhammadiah iaitu Syeikh Muhammad bin Abdullah Al-Suhaimi yang telah meninggal dunia pada tahun 1925 akan hidup semula sebagai Imam Mahdi di akhir zaman.
Rentetan dari beberapa isu akidah yang melanda Ashaari Bin Muhammad dan kumpulannya itu, akhirnya jawatankuasa fatwa negeri-negeri telah memutuskan bahawa fahaman Aurad Muhammadiah pengangan kumpulan Darul Arqam yang terkandung di dalam dua buah buku iaitu yang bertajuk “Aurad Muhammadiah Pegangan Dar Al-Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan” dan buku “Manaqib” (riwayat hidup) Syeikh Muhammad Abdullah As-Suhaimi” adalah bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.
Kedua-dua buah buku tersebut turut diharamkan kerana dibimbangi akan mengeliru dan menyesatkan umat Islam. Rentetan itu, Ashaari bin Muhammad dan beberapa pemimpin kanan kumpulan tersebut ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kemudiannya membuat pengakuan tentang penyelewengan Al-Arqam.
Ashaari bin Muhammad, kemudiannya dibebaskan dari tahanan tetapi masih dikenakan tahanan di rumah.
Beliau akhirnya meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 13 Mei 2010 akibat jangkitan paru-paru. Jenazah beliau telah dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh.
Ashaari Bin Muhammad, Pengasas Al-Arqam Kesesatan Ashaari dan Al-Arqam Berikut adalah beberapa kesesatan Ashaari dan Al-Arqam berdasarkan dari petikan buku daripada Khatijah Aam (Bekas Pengerusi Eksekutif Global Ikhwan Sdn. Bhd Holding) berjudul “Pemimpin Paling Ajaib di Zamannya”.
1. Mendakwa Ashaari Muhammad adalah mujaddid dan diyakini sebagai pembantu Imam Mahdi
“Allah lahirkan duta-Nya bertaraf mujaddid, pembawa Imam Mahdi yang kini amat diyakini, kemuliannyalah menyebabkan Malaysia jadi mulia.” 2. Mendakwa Rasulullah SAW berjumpa, berkomunikasi serta membawa berita bahawa Ashaari Muhammad adalah Putera Bani Tamim
“…Rasulullah mendatanginya, bercakap-cakap padanya, memberi panduan dan berita-berita…” 3. Ashaari gemar membuat ramalan dengan mendakwa memperolehinya melalui mimpi yang benar, mempunyai kasyaf serta mendapat berita ghaib melalui talian roh seperti ilham dan yaqazah
“…Sebenarnya Abuya Ashaari Muhammad termasuk orang yang direzekikan Allah dengan berita-berita ghaib ini. Kita bertuah kerana boleh menumpang manfaatnya sama…” 4. Mendakwa dan memperakui bahawa Syeikh Suhaimi adalah Imam Mahdi
“Di majlis itu seseorang bertanya kepada Sayyidi Sheikh Suhaimi, apakah benar tuan Imam Mahdi? Sayyidi Sheikh Suhaimi bertafakur 15 minit dan kemudian angkat kepala lalu menjawab, ‘Ya, saya Imam Mahdi’. 5. Mempercayai dan memperakui dakwaan Sheikh Muhammad as-Suhaimi bahwa dia akan dighaibkan Allah, serta Allah mengizinkannya untuk dilihat seperti meninggal dunia
“Kata Sayyidi Sheikh, ‘Insha Allah, saya akan dighaibkan Allah, tapi kalau hilang begitu sahaja, sedangkan saya begitu terkenal, akan jadi masalah. Maka Allah izinkan saya untuk dilihat seperti meninggal dunia walhal saya dighaibkan Allah.” 6. Menyamatarafkan Syeikh Suhaimi dengan Nabi Isa AS dengan mendakwa beliau mempunyai segala ciri Imam Mahdi dan ghaib seperti Nabi Isa AS
“Hinggalah bilamana penjajah begitu mengancam maka Sayyidi Suhaimi yang mempunyai segala ciri Imam Mahdi itu ghaib, seperti ghaibnya Nabi Isa AS.” 7. Mendakwa Ashaari adalah orang Tuhan, orang Rasul yang diberikan wahyu atau ilham
“Demikian sebenarnya kelahiran orang Tuhan, pemimpin kebenaran mestilah dari sejarah yang bersifat kebenaran. Tanpa itu, mustahil Allah hendak hidupkan agama-Nya yang mulia, di tangan orang yang kotor! Orang yang Tuhan, orang Rasul yang akan diberikan wahyu atau ilham tentulah dipersiapkan untuk mampu melakukannya.” 8. Mendakwa Rasulullah SAW telah menganugerahkan Aurad Muhammadiah kepada Syeikh Suhaimi dan Ashaari Muhammad
“Kepada mereka (pengikut Ashaari), Rasulullah telah anugerahkan sebuah terekat khusus iaitu Aurad Muhammadiah.” Apa itu Aurad Muhammadiah? Aurad Muhammadiah ialah amalan atau wirid selepas setiap solat fardhu yang dimulai dengan bertawassul kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda, para sahabat seterusnya kepads Ashaari (Abuya) dan juga Syeikh Suhaimi yang dikenali sebagai Imam Mahdi Al-Muntazar.
Fatwa Kesesatan Al-Arqam Pertubuhan Al-Arqam telah difatwakan sebagai SESAT sebagaimana direkodkan dalam buku Warta Kerajaan Fatwa Ajaran Sesat terbitan Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Ia secara rasminya diharamkan pada tahun 1994 dan segala aktiviti berkaitan dengan penyebarannya dalam apa jua bentuk yang boleh menghidupkan kumpulan Al-Arqam adalah DILARANG serta diminta BERTAUBAT.
Usaha Untuk Menghidupkan Semula Al-Arqam Pada 21 Disember 2006, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan dalam fatwa bertajuk Usaha-usaha menghidupkan semula Al-Arqam melalui Syarikat Rufaqa Corporation Sdn Bhd (SRC) dan Rangkaian Syarikat Gabungan.
Syarikat tersebut dikesan membawa fahaman yang sama dengan al-Arqam sebagaimana difatwakan pada 11 Ogos 1994.
Pada 9 November 2013, Balu Ashaari, Hatijah Aam atau dikenali Ummu Jah bersama 300 pengikut lafaz taubat kerana melanggar arahan mufti yang mengharamkan ajaran kumpulan Al-Arqam dalam satu majlis anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Pada tahun 2017, JAIS mengenal pasti terdapat 19 daripada 39 kumpulan ajaran sesat dan menyelewng yang masih aktif di Selangor, termasuk Al-Arqam.
Ummu Jah kemudiannya, meninggal dunia di Medical Centre (KMC) di Alor Setar, Kedah pada 22 Oktober 2015.
Kesimpulannya, sebagai umat Islam kita haruslah sentiasa berhati-hati dengan ajaran sesat yang semakin pesat di Malaysia ini. Kembalilah semula kepada panduan utama ajaran Islam yang benar sehingga akhir zaman iaitu Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad SAW.
Sumber:
Keratan Majalah Majalah Agama Islam Selangor, Bil 2/April 2021. Majlis Agama Islam Selangor Usaha-Usaha Menghidupkan Semula Al-Arqam Melalui Syarikat Rufaq’ Corporation Sdn. Bhd (SRC) dan Lain-Lain Syarikat. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/al-arqam/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=al-arqam

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlis Pun Ada Fatwa

Perlis Pun Ada Fatwa

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 88 hits
Abu Hafiz Salehuddin Sebelum ini saya kurang mahu melayan pertanyaan atau ada yang menyindir kononnya Perlis tiada fatwa tentang al Arqam Namun makin ramai yang amat tidak cerdik menulis dengan yakin ketiadaan fatwa itu Fatwa kesesatan al A...
Perlis Issues Fatwa First State To Declare Gisbh A Deviant Group

Perlis Issues Fatwa First State To Declare Gisbh A Deviant Group

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 244 hits
The Perlis State Fatwa Committee has officially declared the beliefs and teachings of Global Ikhwan Service and Business Holdings as deviant making Perlis the first state to take such a stance against the organisation Perlis Mufti Datuk Moh...
Balik Je Lah Semula Ini Bukti Jeon Somin Rindu Running Man

Balik Je Lah Semula Ini Bukti Jeon Somin Rindu Running Man

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 160 hits
Sedar tak sedar dah hampir setahun Jeon So min tinggalkan Running Man Artikel Berkaitan Meskipun ada ahli sewaan seperti Ji Ye eun dan Kang Hoon namun penonton setia tetap terasa kekosongan yang ditinggalkan pelakon wanita itu memandangkan ...
Gadis Diarah Tanggal Pakaian Sebagai Bukti Bukan Lelaki

Gadis Diarah Tanggal Pakaian Sebagai Bukti Bukan Lelaki

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 221 hits
KOSMO CAITLYN menunjukkan pasportnya Foto Wigan Today SWNSLONDON nbsp Seorang remaja perempuan mengadu terpaksa menanggalkan pakaian di sebuah lapangan terbang selepas pegawai pegawai enggan mempercayai dia ialah seorang gadis lapor portal ...
Pameran Saudi Welcome To Arabia Peluang Kenali Sejarah Kepelbagaian Budaya Dan Keindahan Landskap Bumi Saudi

Pameran Saudi Welcome To Arabia Peluang Kenali Sejarah Kepelbagaian Budaya Dan Keindahan Landskap Bumi Saudi

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 174 hits
Baru baru ini AlongMurni berkesempatan hadir ke Pameran Pelancongan Saudi bertempat di Pusat Beli Belah IOI Putrajaya Bermula pada 28 Ogos hingga 1 September pameran ini menawarkan peluang untuk lebih mengenali sejarah kepelbagaian budaya d...
Fatwa Ikut Tempat

Fatwa Ikut Tempat

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 97 hits
Mohd SyukriDalam masjid dia sebut bawa motor bahaya merempit accident mati masok neraka selaluAtas pentas Pas dia sebut banyak aktiviti melalaikan ummat Islam zaman la niKat event RXZ dia kata event tu baik siapa tak suka adalah satanBalik ...
Kita Ikut Ryder La Boh Siang Ceramah Malam Konsert Campor Jantan Tino Tak Syok La Pi Kuliah Agama Nim Fatwa Dok Kene

Kita Ikut Ryder La Boh Siang Ceramah Malam Konsert Campor Jantan Tino Tak Syok La Pi Kuliah Agama Nim Fatwa Dok Kene

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 126 hits
Migdad ZakariaKalau anak korang minta izin nak pergi satu program Satu perhimpunan RXZ members Dua Majlis 24K para huffaz Yang mana korang rasa sesuai untuk anak korang Jawab dengan jujur yer Itulah beza pemerintahan PAS dan MADANI PAS hida...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord