Jelajah Sambutan 135 Tahun Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hujung minggu lepas Maha telah pergi ke negeri Perak bagi meraikan sambutan 135 tahun Muzium Perak. Maha nak kongsikan pengalaman perjalanan kat sana selama 2 hari memang best dan mengujakan. Yer lah selalu pergi trip untuk travel jer atau bercuti je tapi kali ni pergi mengumpul ilmu yang tak pernah nak tahu pasal sejarah negeri Perak. Almaklumlah orang zaman millennium ini mana nak tahu semua sejarah peradaban negara


Maha dan kawan-kawan bertolak dari Kuala Lumpur ke sana untuk menuju satu kawasan yang tak pernah terfikir nak menjejakkan kaki sebab tak tahu apa yang menarik ada di sana. Destinasi pertama kami adalah Matang berada di sebuah mukim di daerah Larut. Perkataan Matang merupakan singkatan kata bagi perkataan 'Permatang' yang membawa maksud 'Benteng'. 
Muzium Matang
Rupanya kat sini ada sebuah muzium yang mempunyai banyak sejarahnya tersendiri. Muzium Matang adalah lokasi pertama yang kami singgah dalam jelajah ini. Muzium Matang merupakan sebuah muzium in-situ yang mempamerkan kronologi sejarah yang berlaku di dalam bangunan yang pernah menjadi kediaman Ngah Ibrahim dan pusat pentadbiran Larut




Pertama kali melihat Muzium ini dari luar memang sangat unik bagi Maha kerana ada reka bentuk British. Tak adalah besar sangat muzium ini tapi ada dua tingkat yang memuatkan pelbagai barang sejarah yang terjadi sekitar Larut termasuk kisah Perang Larut dan juga kaitan dengan kes pembunuhan Residen British pertama Perak J.W.W Birch. 


Masuk sahaja dalam muzium ini korang akan dihidangkan dengan seekor replika gajah yang bernama Si Larut. Gajah milik Che Long Jaafar ini lah menemukan biji timah di kawasan tersebut yang membawa kepada perkembangan ekonomi di daerah Larut. Rumah yang menjadi muzium ini adalah merupakan gudang penyimpanan hasil biji timah yang banyak pada masa itu. Kat dalam muzium ini lah korang dapat tengok peralatan pelombongan biji timah yang pernah digunakan dahulu kala





Selepas itu korang juga dapat mengetahui tentang sejarah peperangan Larut yang berlaku sekitar tahun 1861. Juga sedikit kisah sedih tentang kehidupan Ngah Ibrahim dan pembesar kerajaan yang dibuang negeri ke Pulau Seychelles selepas dituduh dalam kes pembunuhan residen Perak pertama pada masa itu.  Maha ni pun tak tahu semua sejarah ini tapi setelah pergi melawat muzium ini banyak pekara menarik dalam tu yang banyak melambangkan kemajuan dan juga kakayaan orang lama kita dulu





Setelah puas berada kat muzium tu dengan buat beberapa aktiviti menarik kat sini kami terus bergerak untuk check in kat hotel. SSL Trades Hotel yang terletak kat Taiping sebab hari esoknya kami akan ada aktiviti di Muzium Perak. Jadi check in kat sini memang best dapat rehatkan diri setelah separuh hari dalam perjalanan yang agak memenatkan. Malam pula kami ada aktiviti lagi menarik iaitu pergi ker Night Safari



Zoo Taiping dan Night Safari
Tepat jam 8.00 malam kami bergerak untuk makan malam dan selepas itu kami akan ker Night Safari. Kat Taiping ni popular dengan Night Safari iaitu zoo yang dibuka pada waktu malam untuk melihat aktiviti haiwan yang aktif diwaktu malam. Night Safari ini dibuka setiap hari dari pukul 8.00 malam sehingga pukul 12.00 malam



Maha sangat teruja sebab ini pertama kali nak masuk Zoo Taiping dan melihat aktiviti haiwan pada waktu malam kerana selalu orang melawat zoo siang jer kan. Zoo ini menempatkan beribu haiwan dan mamalia yang jarang kita lihat kat negara kita. Maha paling suka berada kat zoo ini adalah melihat teletah haiwan yang aktif mencari makan waktu malam. Korang juga berpeluang untuk lihat pegawai zoo memberi makan kepada haiwan ini yang dibuka kepada umum bermula dari pukul 8.45 malam higga 10.00 malam




Paling menarik perhatian Maha kat sini adalah Badak Air yang sangat besar dan menggerunkan. Pastu dapat lak tengok secara dekat mereka memberi makan kepada haiwan ini. Saat paling comel kerana melihat anak badar air yang lahir di zoo ini dan membesar dengan sihat. Lepas tu juga kat zoo ini kita dapat lihat kelibat anak Kuda Belang yang juga lahir kat zoo ini. Cuma Kuda Belang ni susah nak dekat sebab mereka begitu aktif



Korang juga berpeluang nak memberi makan kepada Zirafah yang ada kat zoo ini. Kat sini ada dua ekor Zirafah jantan dan betina yang memang jinak boleh kita pegang. Ia satu pengalaman yang tak dapat kat tempat lain sebab selalu kita tengok haiwan dari jarak jauh atau dalam sangkar sahajakan tapi kat sini kita boleh pegang dan bergambar dengan haiwan-haiwan tersebut



Zoo Taiping ini bukan sahaja tempat mempamerkan haiwan untuk ditonton tetapi mereka juga menerapkan pendidikan kepada pengunjungnya. Dimana mereka juga menekankan kepada bagaimana untuk melindungi haiwan yang semakin pupus akibat daripada ekonomi memperdadangkan anggota dan kulit haiwan ni dalam pasaran haram. Selain itu juga mereka ada menyediakan pusat konsovasi haiwan-haiwan di sini untuk memastikan ia terus hidup dan mempunyai baka yang boleh ditatap oleh anak cucu kita nanti



Jadi datang sini sangat menginsafkan Maha bahawa kehidupan haiwan ini sudah terancam oleh kerakusan manusia sendiri. Kalau korang ada masa untuk bercuti kat sini boleh datang bawa anak-anak semperna dengan musim cuti sekolah. Harga tiket untuk masuk Night Safari ini hanya RM10.00 untuk kanak-kanak dari usia 3 hingga 12 tahun dan RM20.00 untuk dewasa. Terima kasih kepada Zoo Taiping dan Night Safari kerana menerima kedatangan kami dan memberi banyak ilmu kepada kami tentang haiwan yang unik dan menarik




Lepas habis aktiviti kat zoo kami balik hotel dan rest untuk aktiviti utama keesokan hari nya iaitu Majlis Perasmian Sambutan 135 Tahun Muzium Perak. Masa untuk mengadap Timbalan Yang Di-Pertuan Agung satu majlis yang bersejarah kat daerah Taiping khasnya

Majlis Perasmian Sambutan 135 Tahun Muzium Perak
Hari kedua pula bersambung dengan bangun awal pagi untuk sarapan dan perlu berada kat Muzium Perak pukul 9.30 pagi sebelum acara bermula. Ini juga adalah pengalaman pertama Maha untuk jejak kaki ke Muzium Perak iaitu merupakan muzium tertua dan pertama di bina di Malaysia sejak tahun 1883. 



Acara kat muzium ini bermula dengan majlis perasmian sambutan ulang tahun muzium itu sendiri oleh Timbalan Yang Di-Petuan Agung, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Maghfur Lah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim. 

Dalam titah Tuanku dimana baginda ada menyentuh tentang:
"Fungsi asal muzium untuk memelihara dan menjaga khazanah warisan negara, kini semakin ketara beralih peranan untuk memenuhi fungsi-fungsi penyelidikan, pendidikan, pemasaran, teknologi dan inovasi. Muzium tidak harus dikagumi kerana artifak, ciri estetika atau aura misterinya, tetapi muzium hendaklah, dalam mempamerkan bahan dan mempersembahkan urutan peristiwa, berupaya membangkitkan nostalgia silam dan mencuit memori, serta memiliki daya menghembuskan roh keinsafan - membarai semangat kesedaran, melalui ekshibit yang mempamerkan pelbagai tragedi, terutama tragedi yang banyak mengorbankan nyawa dan memusnahkan kehidupan.'



Ini terbukti dengan terbinanya muzium dan tugu peringatan Hiroshima dan Nagasaki bagi memperingati kisah sejarah pengeboman yang berlaku pada dua daerah tersebut oleh tentera Amerika. Di negara China pula Dewan Memorial Nanjing dibina bertujuan memperingatkan rakyat negara China dan warga dunia akan serangan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Jepun. Manakala The National September 11 Memorial and Museum, di New York dibina untuk memperingati peristiwa pahit yang meruntuhkan World Trade Centre pada pagi 11 September 2001, mengakibatkan 2,977 nyawa terkorban

Muzium Perak
Jadi itu sangat penting kepada penubuhan dan juga penjagaan muzium yang dapat membentuk Negara Bangsa. Sebab itu peranan muzium sangat penting kepada sesebuah negara untuk terus maju seiring dengan teknologi tanpa menyisihkan sejarah mereka. Sedikit lah sejarah Muzium Perak yang Maha sempat baca semasa melawat muzium ini. Bangunan muzium ini di bina oleh Sir Hugh Low Residen British Ketiga di negeri Perak pada masa itu. Kenapa muzium ini di bina di Taiping kerana pada masa itu Taiping adalah ibu negeri kepada Perak. 


Asas kepada pembinaan Muzium Perak oleh pihak British adalah untuk menyelidik dan mengumpul bahan sejarah, adat resam, budaya dan alam semula jadi tempatan bagi memahami cara hidup dan budaya masyarakat setempat. Sejak itu muzium ini mengalami beberapa penambahan ruang dan struktur tapi masih mengekalkan reka bentuk asal pada bangunan utama muzium ini.  


Semasa Maha melawat muzium ini dapat melihat pelbagai barangan pra sejarah tentang negeri Perak. Tahukah korang muzium ini kaya dengan bahan koleksi etnologi, sejarah, alam semulajadi, arkeologi dan etamobologi yang sesetengahnya berusia lebih dari 100 tahun. Kat sini kalau korang masuk akan nampak tengkorak kepala gajah yang memang sinonim dengan negeri Perak. Kalau masuk dalam lagi akan nampak pelbagai tengkoran haiwan lain yang begitu jarang kita dapat lihat



Dalam muzium ini ada empat galeri utama iaitu Galeri A adalah geleri utama bangunan ini. Kemudian Geleri B yang mempamerkan tentang haiwan dan alam semulajadi. Kat sini lah korang dapat lihat tengkorak haiwan dan juga pelbagai jenis haiwan yang unik. Seterusnya ada Geleri C yang mempamerkan kebuyaan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Serta Geleri D iaitu geleri yang mempamerkan koleksi tinggalan orang asli dan juga koleksi tembikar. 



Maha sempat lah masuk semua geleri dan memang terpegun dan juga rasa baru tahu banyak tentang sejarah dan juga ketamadunan di negeri Perak. Sempena dengan sambutan 135 tahun Muzium Perak ini pelbagai aktiviti menarik di rancang di sini untuk mendekatkan rakyat dengan muzium. Pameran 135 Tahun Muzium Perak akan berlangsung sehingga 31 Mac 2019 jadi masih berpeluang korang untuk ke sana dan nikmati pelbagai aktiviti yang dirancang. 

Selepas habis semua aktiviti ini maka berangkatlah kami semua pulang ke Kuala Lumpur dengan membawa pelbagai pengalaman dan ilmu didada tentang sejarah yang tidak pernah nak diambil tahu sebelum ini. Bagus juga ada aktiviti macam  ni selalu dapat Maha belajar banyak perkara menarik. Terima kasih nak ucap kepada Jabatan Muzium Malaysia dan juga Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia kerana membawa Maha dan kawan-kawan lain untuk aktiviti menarik ini. Ingat semua Muzium Kita Tamadun Kita. 





  




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2018/11/jelajah-sambutan-135-tahun-muzium-perak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akhbar Tertua Malaysia Malay Mail Menutup Tirai Edisi Selepas Pencapaian Gemilang 122 Tahun

Akhbar Tertua Malaysia Malay Mail Menutup Tirai Edisi Selepas Pencapaian Gemilang 122 Tahun

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 349 hits
KUALA LUMPUR Malay Mail akhbar tertua di Malaysia juga antara yang tertua di dunia yang berusia 122 tahun akhirnya mengalah dan mengeluarkan edisi surat khabar yang terakhir pada 1 Disember 2018 Akhbar yang terkenal dengan etika kewartawana...
Al Ard Minyak Zaitun Dari Pokok Tertua Mencecah Usia 500 Tahun Al Masoud Trading

Al Ard Minyak Zaitun Dari Pokok Tertua Mencecah Usia 500 Tahun Al Masoud Trading

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 607 hits
Biasa tak tengok rancangan memasak Kebiasaan chef akan guna olive oil untuk masak kan Dekat rumah ni kalau tak tau nak tengok rancangan apa memang aku buka je channel masakan Lepas tu mula la teringin semua menu dalam rancangan tu Aku perna...
Akhbar Tertua Di Malaysia Malay Mail Akhirnya Menamatkan Penerbitan

Akhbar Tertua Di Malaysia Malay Mail Akhirnya Menamatkan Penerbitan

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 297 hits
KUALA LUMPUR 23 Rabiulawal 1440H Sabtu Malay Mail akhbar tertua di Malaysia yang telah wujud lebih lama daripada akhbar lain di negara ini tetapi selepas 122 tahun akhbar antara yang tertua di dunia akhirnya mengalah dan mengeluarkan edisi ...
Senarai Selebriti Malaysia Yang Dipilih Menjadi Tetamu Allah Ke Tanah Suci Mekah Pada Tahun 2018

Senarai Selebriti Malaysia Yang Dipilih Menjadi Tetamu Allah Ke Tanah Suci Mekah Pada Tahun 2018

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 267 hits
Saban tahun boleh dikatakan ada sahaja selebriti Malaysia yang dilihat mengerjakan umrah ke tanah suci kota Mekah Meskipun terikat dengan jadual kerja yang padat dan beberapa komitmen lain artis artis ini sama sekali tidak pernah mengabaika...
Ada Sesetangah Dah Berumur 135 Tahun Antara Kenangan Beberapa Jenama Buat Kita Terkenang

Ada Sesetangah Dah Berumur 135 Tahun Antara Kenangan Beberapa Jenama Buat Kita Terkenang

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 686 hits
Mereka yang lahir pada tahun 60 hingga 90 an pasti akan kenal beberapa jenama keluaran F N yang memang legend satu ketika dahulu seperti susu cap junjung susu Magnolia susu F N Kodial F N dan pelbagai lagi Seperti susu Cap junjung ternyata ...
3 Watak Antagonis Filem Malaysia Yang Memakai Serban Bagi Tahun 2018

3 Watak Antagonis Filem Malaysia Yang Memakai Serban Bagi Tahun 2018

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 763 hits
Semenjak dua menjak ni isu serban memang jadi isu yang panas di media sosial Hari ni admin nak explen tiga watak negatif yang memakai serban dalam filem yang diterbitkan pada tahun ini AMARAN POST INI ADA SPOILER JADI JANGAN BACA KALAU BELU...
Piala Aff Rekod 47 Tahun Terus Utuh Antara 5 Perkara Dari Perlawanan Malaysia Vs Thailand

Piala Aff Rekod 47 Tahun Terus Utuh Antara 5 Perkara Dari Perlawanan Malaysia Vs Thailand

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 382 hits
Skuad Harimau Malaya gagal memanfaatkan peluang beraksi di tempat sendiri untuk mencari bekalan selesa ke Thailand bagi menghadapi perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki di Bangkok Secara keseluruhan Malaysia menghasilkan 23 percub...
Selama Hampir 40 Tahun Samy Vellu Jadi Menteri Tak Pernah Dia Pusing Dunia Menfitnah Malaysia

Selama Hampir 40 Tahun Samy Vellu Jadi Menteri Tak Pernah Dia Pusing Dunia Menfitnah Malaysia

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 498 hits
Oleh Selama hampir 40 tahun Tun Samy Vellu menjadi Menteri beliau kekal sebagai Hindu dan tidak pernah mendengar beliau memburuk burukkan Malaysia kononnya Malaysiamendiskriminasi bangsa India atau dipaksa menukar agama anda mahu kerja di k...
Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah Tahun 1440h 2018

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah Tahun 1440h 2018

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 739 hits
Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah dan Kebawah DYMM Tuanku Sultanah Kedah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah di Dewan Sri Negeri Wisma Darul Aman Turut hadir bersama DYTM Raja Muda Kedah YAB Menteri Be...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran

12 Abang Abang Macho Berentap Dalam Who S Your Bro Maskulin

Hoo Pang Ron Cheng Su Yin Ke Final China Masters 2024

Geng Jin

Perbanyakkanlah Taubat