Aku Ternampak Suami Dalam Bilik Anak Perempuanku Malam Tu Menitis Air Mataku Aku Nak Tuntut Cerai Dari Dia


Satu Malam Aku Tunggu Suami Sebab Tak Tahan Nak Minta Cerai Sampai Tertidur. Bila Terjaga Aku Nampak Suami Dalam Bilik Anak Perempuan
BERMULA PERKENALAN DENGAN SI DIA
Mesej dari pemuda yang sudah 6 bulan ku kenali. Tua dua tahun dariku. Bermula kenal dari Instagram bisnes tudungku. Dia tawarkan diri untuk jadi jurugambar professional.Kerja sebenarnya, arkitek di sebuah syarikat ternama.
Hasil dari gambar-gambar cantik yang diambilnya, bisnes tudung makin bertambah maju. Dalam masa 4 bulan, sudah mampu bayar deposit kereta baru.Dari hanya bisnes, akhirnya hubungan kami jadi rapat. Suamiku langsung tiada syak wasangka.
Sangkanya cuma rakan perniagaan. Suami sendiri kenal pemuda itu. Malah, dia sendiri yang hantar dan ambilku ke studio untuk photoshoot.
MULA TIMBUL RASA SAYANG
Dalam diam, pemuda itu meluahkan rasa cintanya padaku. Aku pada mulanya berat untuk menerima. Status isteri orang. Namun, lama-kelamaan aku mengakui punya rasa yang sama dengannya. Cinta tidak bertepuk sebelah tangan. Katanya, dia kagum dengan kecantikan dan kelembutanku. Matang dalam berfikir, bijak dalam bisnes.
Bernikah seawal umur 21. Hayat perkahwinanku dah menginjak tangga lima tahun. Dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.Suamiku kerjanya biasa saja. Seorang despatch. Itulah kerjanya sejak awal bernikah sampai sekarang. Kadang-kadang kerjanya itu sampai ke petang. Kadang sampai ke malam andai ada masalah. Semua kiriman dan surat perlu sampai tepat pada masa.
MULA BERGADUH DENGAN SUAMI
Suamiku itu umumnya baik. Tapi, selalu kami bertengkar juga. Masalah dia terlalu sibuk. Tiada masa untuk anak dan keluarga. Balik lewat petang, dah sangat penat.
Nak buat overtime lagi. Katanya nak cari duit lebih, nak beli rumah. Tak mahu lagi menyewa. Tiga empat bulan ni, dia struggle untuk tujuan tu.
Banyak kali dia balik rumah, aku dah tertidur pun. Aku pula cuma suri rumah yang ada bisnes tudung di internet. Akhir-akhir ni, pendapatanku lebih lumayan berbanding suami. Minggu lepas kami bergaduh besar.Dia sangka aku nak menunjuk-nunjuk aku lagi lebih darinya; nak tunjuk aku dah ada duit, so aku nak belikan segalanya dalam rumah.
Hatta kepada kereta pun. Dia rasa kecil hati tak pasal-pasal. Malas aku nak bertekak. Tension bila niat baik disalahfahami. Pertengkaran berlanjutan.
SI JANTUNG HATI MUNCUL
Bila aku stress, aku adukan masalah pada pemuda si jantung hati. Dia sangat memahami. Malah, mampu menenangkan aku. Aku rasa damai di sampingnya.Malam ni aku tekad. Aku nak bercerai.
Aku tunggu dia balik kerja. Lambat sangat sampai aku tertidur. Bila bangun, dia tak ada di sebelah. Aku tengok motornya dah ada di parkir.
CUBA MENDENGAR BUALAN SUAMI DAN ANAK
Aku melangkah ke bilik anak. Nampak pintu sedikit terbuka. Ternampak kelibat suamiku di dalam. Aku mematikan langkah sekadar di luar pintu.
Aku menantinya keluar dulu dari bilik anak.Tak mahu anak terdengar nanti. Berdiri di sisi dinding bilik anak. Telingaku terdengar anak dan ayah sedang berbual. Menangkap jelas segala tutur kata.
Ayah, kenapa ayah asyik cerita pasal Nabi Muhammad saja? Si ayah tersenyum menjawab, Sebab ayah nak anak ayah ni tiru Nabi. Tak ada cerita yang terbaik selain cerita Nabi.
Buku cerita lain hanya berkisar tentang fantasi, fairytales. Sedangkan tu semua tak wujud. Khayalan. Namun, Nabi kita wujud di realiti. Malah, menanti umatnya di akhirat kelak.
Hero kamu bukan ayah, bukan watak-watak komik cerita fantasi. Hero kamu adalah Nabi Muhammad. Bukan sekadar bedtime stories.Ayah tak tahu banyak, jadi ayah bacakan saja dari buku Biografi Nabi Muhammad ni. Dulu, ayah belajar setakat STPM saja. Ayah tak pandai. Ayah orang miskin.
Tak ada siapa pun ceritakan tentang Nabi secara terperinci pada ayah. Atok pun tak pernah. Jadi, ayah tak nak kamu jadi macam ayah. Ayah nak kamu jadi dewasa untuk jadi seperti Rasulullah.
Berjaya di dunia dan akhirat.Andai suatu hari kamu tak berjaya di dunia sekalipun, kamu miskin sekalipun. Harapnya kamu tak miskin agama. Pegang kuat apa yang ayah cakap ni, ya?
Si anak mengangguk. Senyum. Malam ni, ayah nak pesan apa-apa sebelum saya tidur? Si ayah menjawab ringkas, Ada. Ada seorang ustaz kata, kita kena berinteraksi pujuk anggota badan kita sendiri. Motivasi anggota badan supaya tak buat benda-benda tak elok.
Macam mana tu, ayah?
Misalnya, ambil masa seminit dua, sambil gosok tangan, cakap pada tangan, Hei tangan, hari ini jangan buat maksiat tahu. Allah nampak. Hai kaki, hari ni kita melangkah ke masjid ya. Usap mata pula dan kata, Wahai mata, hari ni nak melihat yang baik-baik saja. Nak tundukkan pandangan. Beritahu dengan seluruh anggota badan yang selalu buat benda tak baik, hari ini, kena takut pada Allah. Jangan buat maksiat, okay?.
Si anaknya tersenyum.
Jadi, saya kena beritahu mata saya, Wahai mata, hari ni jangan tengok kartun banyak sangat. Tengoklah Al-Quran!Pandainya anak ayah! Si ayah mencium dahi anaknya.Dah, tidur ya? Baca doa tidur sama-sama. Allahumma Bismika Ahya Wa Amut. Ya Allah, dengan nama-Mu aku hidup dan aku mati. Amin Baiklah. Jumpa malam esok pula.
Si ayah bangun dan nak keluar bilik. Tiba-tiba tangan si ayah digapai si anak. Menangguh langkahnya.Ayah sayang saya tak?Ayahnya tersenyum.Sayang sangat.
Sayang umi tak?Ayahnya tersenyum lagi.Sayang. Lebih dari kamu tahu.Saat ayah tiada apa-apa dalam hidup, ummimu itu sanggup terima ayah jadi suaminya. Baik kan hati ummi?Sayang ayah pada umi, sampai menutup mata. Sampai akhirat sana.Anaknya tersenyum lebar sampai terlelap.
**
Suamiku melangkah keluar bilik.Langkahnya terhenti.Aku menanti di luar bilik. Basah sudah pipi ini dengan air mata. Mengalir tanpa henti.
Sungguh hati ini terusik sangat dalam. Aku tak tahu pun suamiku itu setiap malam berada di sisi anak bercerita tentang Rasulullah s.a.w.. Selama ini, ku sangka suami itu langsung tidak peduli.
Sungguh, aku khilaf!Ku capai tangan suami. Ku salami tangan kasar itu.Awak ok ke?suami kaget seketika.
Maafkan saya, abang. Maafkan saya. Selama ini, saya curang dengan abang. Saya isteri derhaka. Maafkan saya. Ampunkan saya, bang.Suami mengusap ubun-ubun kepalaku.
Abang dah lama tahu Abang maafkan..Suamiku itu senyum. Tapi, ternyata ada hambar di wajahnya.Awak cinta lelaki cameraman tu? Kalau awak cinta dia dan dah tak cinta abang, abang rela korbankan kebahagiaan abang demi melihat awak bahagia.
Kerana terpaksa, dia relakan. Rela lepaskanku. Bagai nak luruh jantungku ketika itu. Menggigil tangan. Seram sejuk.
Aku yang tadi rasa diri kuat nak minta cerai, sekarang dah kaku terus. Tak berdaya. Dalam terketar-ketar, ku kuatkan hati. Sebak mencengkam rasa. Air mata tak daya disekat.
Tak naktak nak..Saya nak abang seorang jeNak ke Syurga dengan abangbawa anak kita sama..Lantas suamiku itu tersenyum. Kali ini riaknya ikhlas riang.Tumpah air mata lelakinya di hadapanku.
Jangan ulang lagiHargai abang..boleh?Ringkas saja tuturnya dalam sebak bicara sama.Rupa-rupanya dia naik angin dan bertengkar bukan kerana aku ada duit banyak, ada duit lebih. Tak, dia marah dan sakit hati bila dapat tahu tentang aku dan pemuda itu. Disembunyikan sedaya boleh.
Aku mengangguk mengiyakan.Tak kisah suami awak ni miskin? Tak kerja best?Tulusly, tak kisah!Mesej Whatsapp masuk. DP pemuda kacak. Si cameraman merangkap arkitek.
Macam mana? Dah selesai?Aku membalas ringkas mesej itu.Maaf. Saya putuskan untuk memilih setia. Kita selesai di sini. Lepas ni, suami saya sendiri yang akan jadi cameraman.
Mesej masuk lagi.
Tapi..tapikita kan sama-sama menyintai! Dah janji sehidup semati!Aku terus tekan uninstall Whatsapp. Buang sim. Patahkan.
Depan suami.
Dalam hati, enggan lagi melukai. Insan yang lama setia di sisi.Enggan kerana indahnya mahligai harapan yang belum jadi kenyataan, setia sanggup ku korbankan..
Adaptasi Dari Kisah Benar
Sumber : Kitaviral via utusan
The post Aku ternampak suami dalam bilik anak perempuanku malam tu, menitis air mataku, aku nak tuntut cerai dari dia appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2018/12/01/aku-ternampak-suami-dalam-bilik-anak-perempuanku-malam-tu-menitis-air-mataku-aku-nak-tuntut-cerai-dari-dia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Tak Suka Mandi Antara Punca Isteri Tuntut Cerai

Suami Tak Suka Mandi Antara Punca Isteri Tuntut Cerai

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 356 hits
Suami tidak suka mandi antara penyebab kes perceraian di daerah Kuantan Malah punca itu dikesan menjadi penyumbang kepada statistik perceraian di Kuantan yang secara purata merekodkan kira kira 1 000 kes setiap tahun dalam tempoh dua tahun ...
Malam Tadi Di Program Uia Saya Nak Minta Maaf

Malam Tadi Di Program Uia Saya Nak Minta Maaf

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 213 hits
Menarik betul malam tadi dalam program ayahchik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ada seorang wanita bangun meluahkan apa yang terbuku di hati dia Saya nak minta maaf lah tuan guru kalau sebelum ni saya pernah ada berburuk sangka Sa...
Suami Lari Malam Kerana Isteri Kuat Seks

Suami Lari Malam Kerana Isteri Kuat Seks

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 1198 hits
KAHERAH Dek kerana sayangkan isteri dan ingin menyelamatkan rumah tangganya dengan gadis Mesir seorang lelaki Melayu terpaksa lari malam dari rumah kelamin selepas empat hari berkahwin semata mata untuk mempelajari pelbagai ilmu kebatinan n...
Suami Asyik Dengan Handphone Sampai Tak Ada Masa Untuk Anak Dengan Isteri

Suami Asyik Dengan Handphone Sampai Tak Ada Masa Untuk Anak Dengan Isteri

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 728 hits
Suami Asyik Dengan Handphone Sampai Tak Ada Masa Untuk Anak Dengan Isteri Wahai suami yang asyik dengan telefon anda hanya perlu masa 1 minit untuk terlepas momen indah dan istimewa yang tercipta di antara isteri dan anak anak Percayalah an...
Pernah Tak Alami Situasi Anak Mengamuk Menjerit Nak Mainan Elak Pujuk Anak Tapi Lakukan 5 Cara Ini

Pernah Tak Alami Situasi Anak Mengamuk Menjerit Nak Mainan Elak Pujuk Anak Tapi Lakukan 5 Cara Ini

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 397 hits
Mama Mama Adik nak mainan tu jerit Aiman tanpa menghiraukan orang ramai yang melihat karenahnya Anda pasti pernah mengalami situasi sebegini ketika berkunjung ke pusat membeli belah Ketahui lebih lanjut panduan menghadapi anak yang meragam ...
Nak Jadi Suami Bukan Mudah Ini 6 Persediaan Perlu Ada Sebelum Berkahwin

Nak Jadi Suami Bukan Mudah Ini 6 Persediaan Perlu Ada Sebelum Berkahwin

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 581 hits
Nak Jadi Suami Bukan Mudah Ini 6 Persediaan Perlu Ada Sebelum Berkahwin Dah READY Belum Lelaki Kena Nak jadi suami bukanlah mudah Banyak persediaan yang perlu lelaki lakukan sebelum bernikah Ini kerana terdapat segelintir lelaki yang tidak ...
Akrabnya Anak Anak Datin Diana Dianelle Aurora Buka Kedai Nak Teman Che Mad Lepas Berkhatan

Akrabnya Anak Anak Datin Diana Dianelle Aurora Buka Kedai Nak Teman Che Mad Lepas Berkhatan

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 349 hits
Sweetnya gelagat anak Datin Diana Dianelle ini Aurora buka kedai main masak masak bersebelahan dengan abangnya Muhammad atau panggilan mesranya Che Mad selepas Che Mad berkhatan Akrab sungguh kedua duanya Muhammad 5 tahun telah selamat bekh...
Ambil Flight Malam Supaya Anak Tidur Lama Ezzaty Abdullah Kongsi Tip Mudah Anak Tak Meragam Dalam Flight

Ambil Flight Malam Supaya Anak Tidur Lama Ezzaty Abdullah Kongsi Tip Mudah Anak Tak Meragam Dalam Flight

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 362 hits
Pelakon Ezzaty Abdullah dan suami Azwan kombos bersama anaknya Harum Dahlia kelihatan berada di Dhubai Apa yang menariknya Pelakon andainya takdir 2 ini telah berkongsi tip kendali bayi ketika dalam penerbangan Beliau telah berkongsi tip di...
Marah Anak Mudah Nak Jadi Tenang Susah Follow Tip Ini Boleh Cepat Redakan Kemarahan

Marah Anak Mudah Nak Jadi Tenang Susah Follow Tip Ini Boleh Cepat Redakan Kemarahan

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 472 hits
Sebenarnya kita memang di beri pilihan untuk menjadi ibu bapa yang bagaimana Semuanya bergantung kepada kita mahu pilih jalan A atau jalan B Kerana ketahuilah hidup ini tidak selalunya indah langit tidak selalu cerah Itu semua kita tidak bo...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Utilizing Crowdfunding For Business

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Berebut Kasih



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


10 Tempat Sarapan Terbaik Di Selangor

Office Rental Near Kl Sentral Station Advantages For Business Connectivity

Gaji 2005 Yuran Pengalaman 2016

The Cultural Impact Of Online Casino Gaming On Filipino Society

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Polis Tahan Pemandu Peribadi Kerana Melakukan Khianat Dan Memukul