Pernah Tak Alami Situasi Anak Mengamuk Menjerit Nak Mainan Elak Pujuk Anak Tapi Lakukan 5 Cara Ini


Mama! Mama! Adik nak mainan tu! jerit Aiman tanpa menghiraukan orang ramai yang melihat karenahnya. Anda pasti pernah mengalami situasi sebegini ketika berkunjung ke pusat membeli-belah. Ketahui lebih lanjut panduan menghadapi anak yang meragam.

Anak meragam atau mengamuk di tempat umum mungkin akan membuatkan anda malu dan sangat marah. Anak pula akan menangis dan menjerit sekuat hati ditambah dengan aksi berguling-guling tanpa menghiraukan orang di sekeliling. Apa yang si kecil tahu kemahuan mereka mesti dipenuhi. Akibatnya segelintir ibu bapa memilih untuk beralah dengan anak-anak, yang penting si kecil tidak lagi menjerit. Namun hakikatnya, jalan mudah ini salah, jika dibiarkan berterusan akan menjejaskan perkembangan anak secara positif. Sebagai ibu bapa anda harus tahu cara yang betul untuk menangani anak yang sering mengamuk dan meragam.
Kenapa mengamuk?
Mengamuk merupakan salah satu cara anak-anak kita melepaskan geram, kecewa, meluahkan apa yang terbuku di hati, mendapatkan sesuatu dan juga meraih perhatian. Ada juga yang meragam kerana mereka penat, lapar atau merasa tidak selesa. Jadi sebagai ibu bapa kita perlu kenal pasti situasi apa yang membuatkan anak-anak meragam.

Kanak-kanak yang sedang membesar mahukan kebebasan untuk mendapatkan apa sahaja. Maka itu jika mereka dihalang, potensi untuk mengamuk menjadi jalan untuk mereka menunjukkan rasa protes. Sebagai contoh jika anak anda inginkan permainan yang disukainya, dan kemahuan mereka tidak dipenuhi, pasti si kecil akan menjerit serta meraung sehinggalah kemahuan mereka dituruti.
Ini adalah normal kerana semua ini berlaku disebabkan perkembangan anak itu sendiri. Menurut pendapat pakar kanak-kanak, anak-anak yang berumur antara 16 bulan hingga tiga tahun akan selalu mengamuk atau throw temper tantrum. Ini adalah perkembangan yang normal kerana kanak-kanak dalam usia tersebut mempunyai keinginan yang tinggi dan mereka juga menjadi seorang yang egosentrik atau mementingkan diri (terutama pada umur dua tahun). Mereka juga sedang belajar untuk menjadi lebih berdikari dan suka melakukan sendiri banyak perkara.
Panduan hadapi anak mengamuk
Walaupun mengamuk merupakan satu perkembangan normal tetapi sebagai ibu bapa, kita seharusnya menolong anak mengawal tabiat tersebut. Semak perkara berikut.
Alih perhatian anak Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis. Jawab ibu itu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam. Mendengar jawapan ibunya, anak itu berhenti menangis lalu terus memeluk dan mencium ibunya. Cara ini mungkin boleh dilakukan oleh ibu dalam usaha memujuk anak yang menangis dan meragam selain mengalihkan perhatian mereka dengan sesuatu.
Jangan mengikut kehendak anak Kanak-kanak mengamuk kerana mereka tahu dengan cara tersebut mereka akan dapat apa yang diinginkan. Elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya. Kanak-kanak memang bijak sekali kita mengalah apabila mereka mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluan mereka tidak dipenuhi. Jangka masa mengamuk juga akan lebih lama kerana mereka tahu anda akan mengalah akhirnya. Oleh itu cekalkan hati dan tegas dalam membuat keputusan.
Elak daripada marah dan menjerit Jangan sesekali memarahi si kecil anda kerana ia tidak akan membantu. Terangkan pada mereka kenapa tidak boleh. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga dapat membantu anak-anak yang meragam.
Biarkan Membiarkan anak meragam adalah ubat paling mujarab kerana jika anda memujuk ia akan memberi gambaran bahawa dia akan dapat semua yang dimahukan apabila dia meragam. Cuma pastikan anak selamat kerana ada sesetengah kanak-kanak yang bertindak mencederakan diri apabila mengamuk seperti menghantukkan kepala ke lantai dan ada juga yang sukar bernafas ketika mengamuk.
Apabila anak berhenti mengamuk Berbincanglah dengan mereka kenapa permintaannya tidak dipenuhi dan kenapa mereka tidak sepatutnya bersikap sedemikian. Tegaskan bahawa dengan mengamuk tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada mereka dan itu satu tingkah laku yang tidak baik.

Perhatian!!!
Jangan cuba untuk menenangkan anak yang sedang mengamuk kerana ini akan membuatkan suaranya bertambah kuat kerana fikirnya dia boleh mengambil kesempatan ke atas anda dengan cara mengamuk. Biarkan sahaja dia menangis sepuasnya hingga dia merasa letih untuk terus menangis.
The post Pernah Tak Alami Situasi Anak Mengamuk, Menjerit Nak Mainan? Elak Pujuk Anak, Tapi Lakukan 5 Cara Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/pernah-tak-alami-situasi-anak-mengamuk-menjerit-nak-mainan-elak-pujuk-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Menangis Mengamuk Nak Telefon Cara Mudah Mama Boleh Praktik Untuk Elakkan Anak Minta

Anak Menangis Mengamuk Nak Telefon Cara Mudah Mama Boleh Praktik Untuk Elakkan Anak Minta

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 554 hits
Satu hal yang membuatkan mama papa rungsing tapi tak mampu nak bertindak cara bagaimana adalah perihal masalah telefon bimbit pada anak Menangis mengamuk dan meronta ronta antara perkara biasa setiap kali tidak diberikan telefon Pening dibu...
Ini Sebab Ibu Ayah Kena Elak Membanding Anak Anak Salah Cara Hukum Kritik Boleh Bunuh Kepercayaan Dirinya

Ini Sebab Ibu Ayah Kena Elak Membanding Anak Anak Salah Cara Hukum Kritik Boleh Bunuh Kepercayaan Dirinya

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 510 hits
Membandingkan anak dengan orang lain paling dekat ialah adik beradiknya menjadi satu perkara yang biasa dilakukan dalam keluarga Tahukah anda perkara ini memberikan impak yang tidak baik kepada perkembangan diri dan emosi mereka Membina emo...
Nak Beri Ubat Pada Anak Ada Caranya Cara Mudah Mama Perlu Ikuti

Nak Beri Ubat Pada Anak Ada Caranya Cara Mudah Mama Perlu Ikuti

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 462 hits
Bila anak demam kita mulalah susah hati Bukan apa sebab anak susah sangat nak makan ubat Nak paksa kesian pula Sebenarnya ada cara dan langkah terbaik untuk pujuk anak dan cara terbaik untuk beri anak makan ubat adalah dengan cara yang diko...
Diana Amir Kongsi Tip Kemas Mainan Anak Dengan Cara Paling Mudah Dan Jimat Masa Ibu

Diana Amir Kongsi Tip Kemas Mainan Anak Dengan Cara Paling Mudah Dan Jimat Masa Ibu

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 574 hits
Pelakon dan pengacara Diana Amir mempunyai cara tersendiri untuk mendisiplinkan anak anaknya Menerusi perkongsian di akaun Instagram Diana berkongsi tip untuk memastikan anak anak mengemas kembali mainan selepas menggunakannya Anak anak kes...
Nak Elak Gigi Anak Berlubang Rosak Boleh Cuba Sapu Flourida Doktor Pergigian Kongsi 13 Info Mengenainya

Nak Elak Gigi Anak Berlubang Rosak Boleh Cuba Sapu Flourida Doktor Pergigian Kongsi 13 Info Mengenainya

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 462 hits
Gigi rosak dan berlubang banyak terjadi kepada kanak kanak Kadangkala si kecil belum pun mencecah 2 tahun gigi sudah mula rosak Pelbagai faktor yang menjadi punca seperti pemakanan kurang penjagaan dan sebagainya Sapuan flourida mampu menge...
Nak Bercakap Dengan Anak Speech Delay Perlu Ada Caranya Bukan Cakap Je Ada 4 Cara Wajib Tahu

Nak Bercakap Dengan Anak Speech Delay Perlu Ada Caranya Bukan Cakap Je Ada 4 Cara Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 395 hits
Setiap perkembangan anak kita berbeza beza Ada yang ramah malah bijak berkata kata dan petah menyusun ayat Namun ada juga anak yang lambat bercakap atau speech delay Perkembangan mereka berbeza Yang mama papa perlu tahu ada caranya untuk be...
Pernah Tak Anak Anda Menyusun Barang Mainan Dengan Sangat Teliti Inilah Sebabnya

Pernah Tak Anak Anda Menyusun Barang Mainan Dengan Sangat Teliti Inilah Sebabnya

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 267 hits
Dari perspektif psikologi kanak kanak menyusan barang permainan merupakan satu bentuk keseronokan untuk meneroka sekeliling Ia boleh terjadi kerana dua perkara iaitu pertama obsessive dan habitual Apabila mereka bermain seorang diri mereka ...
Elak Hiasan Atau Mainan Di Tempat Tidur Anak Boleh Jadi Punca Kematian Mengejut

Elak Hiasan Atau Mainan Di Tempat Tidur Anak Boleh Jadi Punca Kematian Mengejut

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 580 hits
Ramai ibu bapa berbelanja ratusan ringgit membeli dan menghias tempat tidur bayi semata mata nak nampak cantik dan menepati kehendak hati Tapi tindakan ibu bapa jugalah menyumbang kepada perkara yang tak diingini atau dalam bahasa mudahnya ...
Gaji Suami Cuma Rm2500 Sebulan Tapi Boleh Sara Kami 8 Orang Anak Beranak Ini Cara Yang Saya Amalkan

Gaji Suami Cuma Rm2500 Sebulan Tapi Boleh Sara Kami 8 Orang Anak Beranak Ini Cara Yang Saya Amalkan

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 400 hits
Tip Murah Rezeki Walau Gaji Kecil Cukup Sara Anak RamaiSuami Tak Pernah Kedekut Dengan Isteri Dan Anak anak Biasanya bila dapat gaji suami saya akan settlekan semua bil bil elektrik air telefon insurans loan bank duit van anak dan sewa ruma...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur