Nak Jadi Suami Bukan Mudah Ini 6 Persediaan Perlu Ada Sebelum Berkahwin


Nak Jadi Suami Bukan Mudah! Ini 6 Persediaan Perlu Ada Sebelum Berkahwin! Dah READY Belum? Lelaki Kena Nak jadi suami bukanlah mudah! Banyak persediaan yang perlu lelaki lakukan sebelum bernikah. Ini kerana terdapat segelintir lelaki yang tidak bersedia sepenuhnya untuk berkahwin sebaliknya membiarkan diri mereka dikuasai oleh kehendak untuk segera menikmati keseronokan alam rumah tangga tanpa mengambil berat tentang peranan mereka sebagai suami. Persediaan sebelum kahwin ternyata penting dimiliki oleh setiap lelaki agar mereka bersedia membimbing isteri dan anak-anak ke gerbang bahagia, selain memikul dan mejalankan tanggungjawab sepenuhnya sebagai ketua keluarga dan pemimpin rumah tangga. Ini ada enam persediaan paling penting untuk diperhatikan dan diusahakan oleh anak-anak muda sebelum menyahut gelaran sebagai seorang suami.

1. PERANCANGAN HIDUP Penting bagi suami untuk memimpin keluarganya menuju ke sebuah destinasi dan matlamat tertentu dengan menggunakan perkahwinan serta keluarganya sebagai kenderaan. Oleh itu, sebelum melangsungkan perkahwinan pastikan anda memiliki matlamat dan tujuan jelas yang mahu dicapai daripada perkahwinan ini agar ia dapat membantu anda memimpin dan memandu perkahwinan menuju ke matlamat yang dimahukan.

2. MILIKI ASAS KEKUATAN JIWA Kekuatan jiwa bermaksud kekuatan hati dan keperibadian yang dimiliki oleh seseorang yang boleh menyebabkan dia mampu mengawal dirinya dan kuat menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Antara asas kekuatan jiwa yang paling mustahak untuk dimiliki oleh seseorang lelaki sebelum melangkah ke alam perkahwinan ialah kesabaran dan kawalan diri daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

3. MILIKI AKIDAH YANG SAH Akidah yang sahih bermaksud ikatan kepercayaan dan pegangan di antara seorang hamba dan Allah yang terjalin secara benar dan sah di sisi agama melalui petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih. Hal ini menjadi asas dan perkara yang paling penting dan utama dimiliki oleh setiap Muslim sebelum melakukan sebarang urusan keagamaan yang lain. Sebelum mendirikan rumah tangga seorang lelaki hendaklah berusaha membersihkan akidahnya daripada sebarang kesalahan dan kesilapan selain berusaha mengukuhkan keimanan dan keyakinannya kepada Allah SWT menurut ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.

4. MEMPUNYAI KESIHATAN YANG BAIK Persediaan kesihatan sebelum bernikah bermaksud menjaga diri daripada penyakit, virus dan kuman berbahaya serta apa-apa yang boleh memudaratkan pihak isteri dan keluarga yang akan dibina. Anda juga perlu menjaga kesihatan seperti bersenam, menjaga pemakanan agar diri tetap sihat dan segar untuk pernikahan serta tidak menjadi beban kepada keluarga atau isterinya selepas bernikah.

5. ADA PEKERJAAN, PENDAPATAN & TEMPAT TINGGAL Seorang bakal suami hendaklah memiliki pekerjaan dan pendapatan yang mampu untuk membiayai sara hidup dan kehidupan isterinya bersama keluarga sebelum mendirikan rumh tangga dengan cara bekerja atau berniaga. Tidak disyariatkan untuk memiliki rumah yang besar atau mewah tetapi hendaklah ia mampu melindungi keselamatan isteri dan auratnya serta dapat memberikan perlindungan dari hujan dan panas serta tidak memudaratkannya untuk menetap di dalamnya.

6. MEMILIKI KEMAHIRAN ASAS DALAM HIDUP Antara kemahiran asas yang penting ialah kemahiran komunikasi dan kemahiran mendidik isteri dan anak-anak dengan berkesan atau kemahiran memujuk para isteri dan anak-anak apabila berlakunya masalah dan pergaduhan. Komunikasi boleh memberi kesan besar kepada perkahwinan jika tidak dijaga dengan baik dan diabaikan. Kemahiran bertukang dan berkebun pula boleh memberikan manfaat kepada pendapatan, manakala kemahiran seperti pengetahuan tentang kesihatan dan perubatan boleh membantu keluarga apabila berlakunya kecemasan dan kemalangan.
Sumber: Pesona Pengantin
Artikel Lain

Sukar Bertemu Jodoh? Mungkin perkataan seperti di atas sering didengari buat anda yang masih bujang. Kadang-kadang perit juga telinga dan hati mendengar pertanyaan berikut dan pasti hal tersebut menimbulkan kegusaran di hati. Tambahan lagi, semakin merimaskan jika soalan tersebut sering berulang setiap kali anda bertemu rakan ataupun saudara mara. Mengapa perkara ini berlaku? Di bawah kami sertakan beberapa perkara yang menyebabkan anda sukar bertemu jodoh.

1. Tidak Bersungguh-sungguh Jika tidak bersungguh-sungguh kemungkinan untuk bertemu jodoh adalah rendah. Peribahasa melayu ada mengatakan “Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang”. Peribahasa ini memberi maksud setiap apa yang dikehendaki perlulah disertakan dengan usaha yang bersungguh-sungguh lebih-lebih lagi soal jodoh. Biasanya mereka yang tidak fokus dan bersungguh-sungguh ini hanya kerap mengatakan mahu berkahwin atau mahu bertemu jodoh. Namun begitu, tiada usaha yang jelas dari mereka untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan.

2. Terlalu Memilih Tidak salah memilih kerana setiap manusia mahukan yang terbaik untuk diri sendiri tetapi janganlah sehingga meletakkan syarat yang terlalu ketat. Sebagai contoh pasangan hidup mestilah seorang doktor atau juruterbang ataupun perlulah sangat arif dalam bab agama. Tidak salah jika anda mahukan perkara tersebut tetapi jika ada lelaki atau perempuan yang baik agamanya dan tidak ada kurang mengapa anda tidak cuba untuk menerima mereka. Selain itu penting juga untuk ukur baju di badan sendiri ataupun aspek sekufu semasa mencari pasangan hidup.

3. Usaha Yang Salah Dan Kurang Berdoa Berganti-gantian pasangan dan hubungan yang tidak serius ke arah perkahwinan merupakan contoh usaha yang salah semasa mencari jodoh. Terdapat banyak medium yang menyediakan sistem yang patuh syariah dalam mencari jodoh sebagai contoh BaitulMuslim.com. Mereka menyediakan platform yang mengumpulkan calon-calon yang serius mahu bertemu jodoh di sebuah website dan memudahkan calon-calon yang mendaftar bertemu jodoh mereka. Selain itu niat dan doa juga merupakan perkara yang penting semasa mencari jodoh. Jodoh juga merupakan salah satu daripada rezeki dari Allah, maka berdoalah dan minta bersungguh-sungguh. Insya-Allah, semoga doa yang ikhlas dan tidak pernah putus asa daripada anda diperkenankan oleh Allah dan dikurniakan jodoh yang serasi.

4. Terlampau Selesa Membujang Sebahagian daripada mereka yang sukar bertemu jodoh bukanlah disebabkan mereka betul-betul sukar bertemu jodoh tetapi mereka sendiri yang terlalu selesa membujang. Mereka menganggap perkahwinan merupakan tanggungjawab yang besar dan akan menyusahkan mereka. Biasanya mereka juga tidak melihat keperluan untuk berumah tangga. Perlu diingat, berkahwin merupakan satu sunnah dan jika dilakukan, besar ganjaran yang disediakan oleh Allah S.W.T. jika ikhlas hanya kerana-Nya.

5. Tiada Daya Penarik Fitrah manusia sukakan kebersihan dan kecantikan, perkara ini memang tidak dinafikan. Kadang-kadang ada di antara kita mengabaikan aspek kebersihan dan kekemasan diri. Penting untuk selalu kemas dan bersih lebih-lebih lagi jika di hadapan tempat awam di mana ramai yang memerhatikan anda. Tidak perlu bergaya dengan pakaian yang mahal-mahal, cukup hanya baju bergosok, rambut berminyak dan juga memakai sedikit wangian.
The post Nak Jadi Suami Bukan Mudah! Ini 6 Persediaan Perlu Ada Sebelum Berkahwin! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/nak-jadi-suami-bukan-mudah-ini-6-persediaan-perlu-ada-sebelum-berkahwin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Merajuk Dengan Suami Merajuklah Tapi Jangan Lebih 3 Hari

Nak Merajuk Dengan Suami Merajuklah Tapi Jangan Lebih 3 Hari

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 629 hits
Nak Merajuk Dengan Suami Merajuklah Tapi Jangan Lebih 3 Hari Suami tak wish birthday isteri merajuk Suami tersalah beli barang dapur isteri dah tarik muka masam berhari hari Tak nak bercakap dengan suami tengok muka lagilah menyampah Rasa a...
Cara Nak Unsubscribe Youtube Channel Mudah Bangat

Cara Nak Unsubscribe Youtube Channel Mudah Bangat

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 568 hits
Cara Nak Unsubscribe Youtube Channel Asssalamualaikum dan selamat sejahtera semua Pernah tak satu masa tu kita rasa nak unsubscribe youtube channel yang kita dah subscribe Apa maksud unsubscribe It means Segala video status live yang di upl...
Cara Mudah Nak Kasih Sayang Pasangan Anda Bertambah Ikut 5 Tip Power Ini

Cara Mudah Nak Kasih Sayang Pasangan Anda Bertambah Ikut 5 Tip Power Ini

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 531 hits
Cara Mudah Nak Kasih Sayang Pasangan Anda Bertambah Ikut 5 Tip Power Ini Setiap wanita yang bergelar isteri pastinya mendambakan kasih sayang seorang lelaki yang bergelar suami Anda pasti pernah terfikir cara untuk membuatkan sang suami sem...
Wahai Suami Ciumlah Kening Isteri Anda Sebelum Pergi Kerja Anda Pasti Terkejut Dengan Kesannya

Wahai Suami Ciumlah Kening Isteri Anda Sebelum Pergi Kerja Anda Pasti Terkejut Dengan Kesannya

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 354 hits
Sebelum berangkat bekerja dipagi hari biasakanlah cium anak dan isteri Anda Dengan begitu ada kebahagiaan yang mereka dapatkan dari ayah tercinta Cium kening mereka satu persatu dan ciumlah pipi kanan dan kiri mereka dengan penuh kelembutan...
Jangan Suka Suka Nak Tuduh Isteri Tak Bagi Suami Bantu Mak Ayahnya Baca Ni Dulu

Jangan Suka Suka Nak Tuduh Isteri Tak Bagi Suami Bantu Mak Ayahnya Baca Ni Dulu

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 575 hits
Jangan Suka Suka Nak Tuduh Isteri Tak Bagi Suami Bantu Mak Ayahnya Baca Ni Dulu Ambil tahu dulu aturan nafkah kelak andai berlaku selisih faham bab duit yang tak mengalir pada mak ayah anda ada jawapan yang kukuh Ini bukan nak ajar jadi ana...
Nak Beri Ubat Pada Anak Ada Caranya Cara Mudah Mama Perlu Ikuti

Nak Beri Ubat Pada Anak Ada Caranya Cara Mudah Mama Perlu Ikuti

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 461 hits
Bila anak demam kita mulalah susah hati Bukan apa sebab anak susah sangat nak makan ubat Nak paksa kesian pula Sebenarnya ada cara dan langkah terbaik untuk pujuk anak dan cara terbaik untuk beri anak makan ubat adalah dengan cara yang diko...
Taktik Scammer Ini Cara Nak Kesan Scammer Dengan Mudah Anda Rugi Jika Tidak Ambil Tahu

Taktik Scammer Ini Cara Nak Kesan Scammer Dengan Mudah Anda Rugi Jika Tidak Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 743 hits
Taktik Scammer Ini Cara Nak Kesan Scammer dengan Mudah Anda Rugi Jika Tidak Ambil Tahu Dalam zaman serba serbi moden ini banyak perkara yang boleh dibuat secara online sama ada membeli atau menjual dan sebagainya Memang lumrah kehidupan set...
Cara Yang Paling Mudah Nak Buang Kulit Tomato

Cara Yang Paling Mudah Nak Buang Kulit Tomato

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 411 hits
Assalamualaikum Salam semua hari ini nak kongsi tips di dapur pulak tips ini biasa buat kalau nak masak ikan masak cuka sebab ada nak masukkan tomato hancur dalam ni Selalu kalau buat ikan masak cuka ada masukkan tomato yang telah dihancurk...
Nak Capai Target Susukan Anak Hingga Usia Dua Tahun Lakukan Persediaan Ini Dari Awal

Nak Capai Target Susukan Anak Hingga Usia Dua Tahun Lakukan Persediaan Ini Dari Awal

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 399 hits
TIADA MAGIC untuk meneruskan penyusuan susu ibu Banyak perkara perlu tahu dan banyak tindakan perlu dilaksanakan IA BUKAN SEMUDAH SELAK BAJU DAN SUAKAN PADA ANAK Persediaan yang perlu dilakukan sejak dari peringkat kehamilan lagi Ada keperl...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game