Ibu Bapa Khuatir Guru Berpolitik Akan Racun Anak Dengan Fahaman Parti


 
Pakar pendidikan berpandangan guru yang berminat untuk terlibat dengan politik ‘sangat kecil’ daripada jumlah keseluruhan guru, yang kira-kira lebih 420,000 orang.PETALING JAYA: Segelintir ibu bapa khuatir langkah membenarkan guru berpolitik akan meracuni pemikiran anak mereka dengan fahaman parti politik, lagi-lagi jika cikgu berkenaan mahu merekrut ahli baharu.
Berkongsi kegusaran itu dengan FMT, Nasuha Badrul Huzaini, tertanya bagaimana seorang guru mahu memberikan komitmen yang tinggi kepada murid jika pemikirannya sibuk dengan hal politik.
“Tidak mustahil pengajaran di dalam kelas akan dijadikan sebagai ruang untuk berbicara hal politik. Jangan doktrinkan anak-anak dengan (fahaman) parti politik. Fokuslah pada kerja hakiki,” katanya.
Nas Norziela Nasbah juga tertanya bagaimana seorang guru berpolitik akan mengimbangi kerjaya yang sibuk dengan aktiviti kepartian.

“Apabila guru berkenaan didapati tidak hadir ke sekolah kerana terdapat urusan kecemasan…bila dapat tahu bukan kecemasan tetapi urusan parti. Bila jadi macam itu adakah wajar kita benarkan guru sekolah berpolitik?” soalnya.
Beliau menggesa Kementerian Pendidikan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru bertemu dengan semua pihak berkepentingan dan menjelaskan syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi guru yang ingin bersilat di arena politik.
“Jangan bawa masuk masalah politik dalam bilik darjah,” tegasnya.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu mengumumkan kerajaan membenarkan guru untuk berpolitik, berkuatkuasa serta-merta. Kebenaran itu katanya bagi menghormati prinsip demokrasi.
Seorang guru yang enggan namanya didedahkan mempersoalkan apakah jaminan seorang cikgu itu boleh fokus mengajar ketika khidmatnya turut diperlukan parti.
“Kerja di sekolah sudah menimbun, ada hati nak berpolitik. Bayangkan nak pilihan raya nanti tak pasal-pasal bilik guru jadi markas untuk berkempen,” katanya.
Majoriti ahli politik peniaga
Lain pula pandangan pakar pendidikan, Anuar Ahmad dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang berkata majoriti ahli politik hari ini daripada golongan peniaga.
Beliau percaya penglibatan lebih ramai golongan pendidik dalam pentas politik akan memberi manfaat, terutama isu pendidikan.
“Sebab itu naratif politik lebih menjurus kepada isu ekonomi dan perniagaan, isu kontrak dan tender,” jelasnya.
“Guru-guru yang aktif politik akan mengangkat isu-isu pendidikan negara terus kepada kerajaan, malah suara mereka akan lebih kuat apabila berada dalam politik.”
Anuar percaya guru yang berminat untuk terlibat dengan politik “sangat kecil” daripada jumlah keseluruhan guru, yang kira-kira lebih 420,000 orang.
“Saya tidak melihat akan timbul masalah besar kepada sistem perguruan negara apabila guru dibenarkan aktif dalam politik.
“Selain itu, garis panduan etika keguruan dan perintah am penjawat awam sedia ada akan menjadi panduan para guru apabila aktif dalam politik,” katanya.- FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/01/ibu-bapa-khuatir-guru-berpolitik-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Mula Bimbang Keselamatan Anak Di Sekolah

Ibu Bapa Mula Bimbang Keselamatan Anak Di Sekolah

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 231 hits
Ibu bapa mula bimbang keselamatan anak di sekolah SUNGAI PETANI Kalangan ibu bapa meluahkan rasa bimbang susulan peningkatan jumlah kluster Covid 19 dalam kalangan pelajar di asrama sekolah di ne geri ini sejak kebelakangan ini Seorang wari...
Mainan Sekali Dengan Jajan Racun Otak Anak Dalam Diam Ibu Ayah Tolong Alert

Mainan Sekali Dengan Jajan Racun Otak Anak Dalam Diam Ibu Ayah Tolong Alert

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 255 hits
Sejak kebelakangan ini banyak mainan kecil yang diselitkan dalam makanan ringan anak anak Ini bertujuan untuk bagi anda rasa gembira apabila membukanya Namun ibu bapa harus ambil peranan dalam hal ini terutama apa yang anak makan dan dapat ...
Mahkamah Tolak Saman Ibu Berhubung Kematian Anak Dilempar Kerusi

Mahkamah Tolak Saman Ibu Berhubung Kematian Anak Dilempar Kerusi

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 223 hits
Majlis Bandaraya Kuala Lumpur dan dua pihak yang lain berjaya dalam permohonan mereka untuk membatalkan saman seorang ibu berhubung kematian anak lelaki remajanya
Air Mata Mengalir Setiap Kali Sentuh Anak Bayi Meragam Terus Senyap Lepas Letak Sebelah Ibu Yg Masih K0ma

Air Mata Mengalir Setiap Kali Sentuh Anak Bayi Meragam Terus Senyap Lepas Letak Sebelah Ibu Yg Masih K0ma

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 287 hits
Bagi mereka yang mengikuti kisah m4ngsa keganas4n rumah tangga Jahidah Nordin pasti mengetahui bahawa wanita itu sudah melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan bulan lalu
Saya Macam Tak Percaya Hamil Anak Kembar 3 Netizen Terkedu Melihat Saiz Perut Besar Ibu Hamil Triplets

Saya Macam Tak Percaya Hamil Anak Kembar 3 Netizen Terkedu Melihat Saiz Perut Besar Ibu Hamil Triplets

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 812 hits
Seorang wanita yang mengandung kembar tiga menjadi tular di media sosial selepas dia mendokumentasikan perkembangan kehamilannya yang menunjukkan baby bump yang amat besar dan bertukar menjadi keunguan serta dipenuhi dengan lebam beberapa m...
Ibu Check Dulu Dengan Harapan Aafiyah Tak T4kut Tokti Bawa Anak Jumpa Dentist Alamak Banyak Cara Dah Pvjuk Ni

Ibu Check Dulu Dengan Harapan Aafiyah Tak T4kut Tokti Bawa Anak Jumpa Dentist Alamak Banyak Cara Dah Pvjuk Ni

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 227 hits
Penyanyi kesayangan negara Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi ragam anak sulungnya Siti Aafiyah yang kali pertama bertemu dengan doktor gigi Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram Siti memaklumkan telah mencuba pelbagai cara untuk ...
Ibu Melenting Tak Tentu Pasal Kadang Bukan Sebab Anak Penat Burnout

Ibu Melenting Tak Tentu Pasal Kadang Bukan Sebab Anak Penat Burnout

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 187 hits
Benar bukan semua kita melenting hanya disebabkan anak anak Bila tubuh badan penat emosi ibu jadi celaru malah tidak dapat berfikir dengan baik Sudahnya anak jadi mangsa Menurut Inflencer Parenting Mohd Fhais Salim jagalah hati isteri dan j...
Priyanka Chopra Dan Nick Jonas Sambut Bahagia Anak Pertama Dari Ibu Pengganti

Priyanka Chopra Dan Nick Jonas Sambut Bahagia Anak Pertama Dari Ibu Pengganti

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 349 hits
Belum diketahui pasti kapan tepatnya kelahiran anak mereka Priyanka dan Nick masih ingin menjaga privasi
Semua Dalam Cart Dia Beli Anak 2 Tahun Terbeli Perabot Lebih Rm8 000 Masa Main Phone Ibu

Semua Dalam Cart Dia Beli Anak 2 Tahun Terbeli Perabot Lebih Rm8 000 Masa Main Phone Ibu

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 229 hits
Zaman sekarang ni semua benda dah senang Nak window shopping pun kita buat melalui handphone je kan Kita tengok tengok barang lepastu mana yang berkenan kita letak dalam cart Beli ke tak tu belakang cerita Samalah macam seorang wanita dari ...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Depan Lain Belakang Lain Mengenali Sikap Orang Bermuka Dua

Tips Sambal Sotong

7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi

Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide