Akhir Zaman Saatnya Semakin Hampir Jangan Kamu Pergi Ambil Emas Itu
Sungai yang ada di Iraq menjadi surut airnya. Surut ni kiasa ke hakikat? Semua ulama sebut hakikat. Adalah pendapat terpencil kata gunung emas itu petrol. Memang Iraq merupakan pengeluar terbesar dunia. Lima dikalangan terbesar dunia, dululah zaman Saddam Hussien. Top 5 atau top 10 Iraq antara paling besar di dunia yang mengeluarkan minyak. Ada pendapat terpencil tetapi pendapat itu ditolak oleh kebanyakkan para ulama. Yang ulama sebut Nabi kata airnya surut ni hakikat ke kiasan? hakikat. Furat itu memang sungai dan sungai itu akan surut sebahagian bukan semua, sebahagian tempat.
Dan tempat yang akan dilihat gunung emas itu, kawasan itu akan surut. Surut macam mana ustaz? surut lah, air tiada. Nabi kata, sehingga kelihatan gunung dari emas. Kita dengar malam ini pun, pakat teringin untuk pergi. Bukan semua lah. Pakat tanya diri masing-masing. Siapa sebentar tadi apabila saya sebut naik gunung emas dia duk bayang sudah kalau pergi ambil seketul pun tak mengapa dah. Dia sebut sebentar tadi dalam hati dia. Kalau boleh ambil seketul, balik lah.
Manusia ini kalau berdiri di hadapan gunung emas, dia ambil seketul dia puas kah? Beritahu siap-siap, tidak saya, tidak tuan-tuan. Dia tak akan balik...dia tak akan balik. Bila dia dapat seketul pun, dia tak akan balik. Yang ini sumpah Rasulullah SAW bahawa manusia ini...tuan-tuan tengok lah orang kaya mana pun dalam alam ini, bila dia kaya dia nak lagi miskin atau lagi kaya? lagi banyak? Dia nak lagi banyak. Bila jumlah kekayaan dia 5 juta, dia nak suruh jadi 3 juta atau pun nak suruh jadi 6 juta? 6. Semua orang kaya...semua orang kaya. Yang ini Nabi sumpah...nabi sebut, kaedah. Dan kaedah ini tuan-tuan perhatikan lah mana-mana orang yang diuji oleh Allah dengan harta kekayaan. Bila dia ada 10 tuan-tuan, bila dia ada 10...tiada orang bila dia ada 10 dia kata ya Allah bagilah duit ini jadi 4. Gila orang itu. Tak perlu kata 10 juta lah ustaz, yang gaji 2 ribu. Dia minta supaya gaji di seribu setengah kah atau dia kata ya Allah kalau 3 ribu pun tak apa dah. Kalau nak sembang 10 juta jauh sangat, hak kita ni lah, hak seribu 2 ribu ni...semua nak tambah. Bila semua nak tambah, tengok apa Nabi nasihat, gunung ini mesti keluar. Sejak zaman Nabi Adam sampai malam ini tuan-tuan berapa puluh ribu tahun, berapa ratus ribu tahun gunung ini belum kelihatan. Masing-masing kata apa? ada change...ada change boleh pergi Iraq, kan...naik kapal terbang pergilah 9 jam sampai di Iraq. Subhanallah..
Sehingga kelihatan sebuah gunung dari emas. Tengok apa Nabi beritahu...rahsia. Apa Nabi beritahu benda yang akan terjadi, nombor satu gunung emas akan kelihatan. Di mana ya Rasulullah? Di Iraq. Iraq besar ya Rasulullah, kawasan mana? sungai furat. Pakat beli rumah lah di kawasan tu...apa lagi, Nabi sebut dah ni. Hadis Bukhari Muslim ini, bukan hadis dhaif ke apa ke, hadis Bukhari muslim. Nabi sebut ramai yang akan terbunuh kerana merebutkannya. Mesti berebut. Tuan-tuan, yang pergi 3 orang pun naik satu kereta, duit minyak kongsi dah, satu kereta. Akhirnya yang sorang ini bunuh yang kedua-dua ini. Yang pergi satu van...satu van semua adik beradik...semua adik beradik, satu van dah. Akhirnya saling bunuh antara satu sama lain bila tiap-tiap orang ambil satu beg, tiap-tiap orang ambil dua beg, tiap-tiap orang sudah letak dalam bonet dah. Emas tuan-tuan, bukan padi. Padi pun penuh guni, orang curi dalam bonet. Lembu pun orang curi. Letak dalam proton wira pun boleh. Lembu, emas? Takkan biarkan kawan bawa sorang. Bawa balik dah...4 oragn satu kereta bawa balik dah, letak dah emas. Semua pakat duk tengok, macam mana, nak tendang dia ni ikut mana...bila nak tendang, reajang keluar bila sekejap lagi...semua pakat duk perhati...emas tuan-tuan..emas. Seketuk macam ini berapa? (gelas) ratus ribu. Yang selalu beli emas, dia tahu. Besar ini ratus ribu...emas. kalau besar meja? ini bukan besar meja ni, gunung. Billion lah, billion. Nilai waktu itu ialah billion
Sebab itu Nabi sebut, ramai yang akan terbunuh kerana merebutkannya. Tuan-tuan, yang bunuh ini siapa? orang luar atau yang berebut yang bunuh? yang berebut itu yang bunuh. Seratus orangkah yang pergi? tidak. Nabi nak sebut tu...nak bagi kita faham...kalau pergi 100 ribu orang, 99999 mati ataupun 99 ribu orang mati. Yang selamat 1% sahaja daripda yang ada. Maka semua yang pergi ke sungai furat, ini ulama sebut, semua yang pergi ke sungai furat ketika sebahagian daripada kawasanya kering dan mengzahirkan gunung emas, pasti membunuh orang. Faham tak tuan-tuan, mesti bunuh. Mesti bunuh orang...untuk mendapatkan...mesti bunuh untuk dia dapat emas tersebut dan dia mesti berperang sama ada satu lawan satu atau pun satu kampung lawan satu kampung atau pun satu keluarga lawan satu keluarga. Mesti jadi. Sebab itu jangan pergi. Kalau pergi, mampu tengok saja? Buat kenduri durian free pun berebut. Ada masjid buat kenduri durian free...bergaduh punya tak malu...tua dah tuan-tuan. kalu yang bergaduh tu umur 11 dengan 9 tahun, boleh gagah (boleh kira). Durian pun berebut, emas? ini yang nak bagi faham ni. Bukan berebut, bunuh. Mesti bunuh. Sebab lebih berharga. Nauzubillah
Maka terbunuh lah 99 daripada 100 yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, tengok, punya jahat yang pergi ini... mudah-mudahan aku lah orang yang selamat itu. Tiap-tiap orang yang pergi ke gunung emas itu semua kata mudah-mudahan yang selamat aku, yang mati orang lain. Yang pergi itu semua berharap dia boleh bunuh semua orang pergi ( ke gunung emas) hasbunallah wanikmal wakil. Sudah lah tamak, jahat pula. Kafir sahaja kah yang akan pergi? islam dan kafir akan pergi. Sesiapa yang hendak mendapatkan emas di situ mesti kena bunuh, bunuh antara satu sama lain baru boleh ambil. Sudah lah bunuh antara satu sama lain, keluarga bunuh ahli keluarga, orang kampung bunuh orang kampung, islam bunuh orang islam. Tiap-tiap seorang pula Nabi kata semua berharap dia lah yang satu-satunya yang selamat. Sebab apa? setiap orang yang pergi, dia lah yang paling banyak. - kuliah Ustaz Wadi Annuar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://detikislam.blogspot.com/2021/09/akhir-zaman-saatnya-semakin-hampir.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FUHQdyX+%28Detik+Islam%29