Korban Triton Lawan Arus Andai Satu Hari Saya Pergi Mohon Maafkan Saya


SITI Harkom (kiri) bersama Siti Jesnita Abdullah (tengah) dan Allahyarham Muhammad Hafiz Syamir (kanan) pada AildilFitri tahun lalu. FOTO ihsan Siti Harkom Yakob 'Arwah selalu muat naik status mohon maaf' Pelabuhan Klang: "Dalam seminggu ini, saya perasan status WhatsApp dia agak lain macam termasuk 'kalau andai salah kata, saya minta maaf' dan 'Andai satu hari saya pergi, mohon maafkan saya," kata Siti Harkom Yakob.


Siti Harkom, 20 adalah sepupu kepada Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19, yang maut bersama rakan sekerjanya selepas kereta dinaiki mereka dirempuh pemandu kenderaan pacuan empat roda yang melawan arus di Kilometer 8.5 dan 8.6 Lebuhraya Persekutuan dari arah Klang ke Kuala Lumpur, 1.30 pagi hari ini.

Keadaan kereta Proton Wira Aeroback remuk dirempuh pacuan empat roda yang dipandu secara lawan arus dalam kejadian di Kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan awal pagi Ahad. Menurutnya, arwah berjanji untuk pulang ke kampung di Sabah bersama semua sepupunya sebaik berjaya dalam kerjaya masing-masing kelak.

"Kami berasal dari Semporna, Sabah, tetapi lahir dan membesar bersama-sama di sini. Di rumah ini arwah tinggal dengan makcik pakcik kami (ibu bapa saudara) manakala adik beradik arwah tinggal dengan keluarga di Sabah.



"Di sini, arwah bekerja di kilang membuat alat muzik sebab dia cakap hendak cari duit untuk sambung belajar.


"Dia pernah janji dengan kami, sepupu dia (sebak)...dia kata, kita nanti bila sudah berjaya, berjaya sama-sama...balik kampung sama-sama," katanya ketika ditemui di rumah mangsa di Kelompok Camar, Bandar Sultan Suleiman, di sini, hari ini.

Siti Harkom berkata, kali terakhir dia berhubung dengan mangsa tiga hari lalu, tetapi menyedari beberapa status WhatsApp Muhammad Hafiz Syamir kebelakangan ini agak menyentuh hatinya.

Beliau berkata, arwah seorang yang ceria, suka berborak dan peramah dengan sepupunya serta sesiapa saja, selain suka bergurau dan mengusik mereka.

Menurutnya yang juga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bertam, Pulau Pinang, mereka sekeluarga terkejut sebaik mengetahui berita kemalangan maut membabitkan Muhammad Hafiz Syamir menerusi satu portal berita.

"Kami mengetahui mengenai kejadian menimpa Hafiz menerusi portal berita selain polis menghubungi makcik yang tinggal bersama arwah.

"Makcik menghubungi ibu bapa Hafiz dan memberitahu kejadian ini, mereka sudah tiba di sini dan dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).


"Arwah dijangka akan dikebumikan di tanah perkuburan di sini tetapi kami masih menunggu ibu bapa arwah untuk memutuskannya," katanya.

Menurutnya, pada masa sama, mereka sekeluarga berharap pihak berkuasa bertindak tegas dan mengenakan hukuman setimpal terhadap pemandu yang melawan arus itu.

Katanya, kejadian lawan arus kerap berlaku kebelakangan ini dan pesalah mesti dihukum setimpal kerana menyebabkan nyawa orang lain melayang.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/korban-triton-lawan-arus-andai-satu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Padah Lawan Arus Pemandu Mitsubishi Triton Berdepan Hukuman Gantung

Padah Lawan Arus Pemandu Mitsubishi Triton Berdepan Hukuman Gantung

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 490 hits
Seorang eksekutif pemasaran yang memandu melawan arus sehingga mengakibatkan dua remaja terkorban di Kilometer 8 6 Lebuh Raya Persekutuan Ahad lalu bakal berdepan hukuman lebih berat Ini susulan polis telah mengklasifikasikan semula kes men...
Polis Buru Pemandu Myvi Yang Memandu Lawan Arus Ada Video

Polis Buru Pemandu Myvi Yang Memandu Lawan Arus Ada Video

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 441 hits
Polis sedang mengesan kenderaan yang dipandu secara lawan arus di Lebuhraya MEX yang berjaya dirakam oleh slaah seorang kru Astro Awani pada Sabtu lalu
Empat Pemilik Kereta Mewah Ditahan Pandu Lawan Arus

Empat Pemilik Kereta Mewah Ditahan Pandu Lawan Arus

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 428 hits
Tindakan empat lelaki menguji kelajuan kereta mewah dengan memandu secara melawan arus membawa padah apabila ditahan polis dalam Operasi Khas Samseng Jalanan malam tadi Dalam kejadian kira kira 11 20 malam mereka dikatakan memecut kereta ma...
Warga Emas Memandu Lawan Arus Ditahan

Warga Emas Memandu Lawan Arus Ditahan

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 371 hits
Oleh Gambar rakaman video yang tular menunjukkan sebuah kereta dipandu melawan arus di Persiaran Tun Teja dekat Alam Impian petang semalam Foto PDRM SHAH ALAM Seorang lelaki warga emas ditahan selepas didapati memandu secara melawan arus di...
Lawan Arus Dua Kilometer Elak Dicekup

Lawan Arus Dua Kilometer Elak Dicekup

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 285 hits
TANGKAP layar video yang tular dalam media sosial memaparkan kereta Avanza suspek melawan arus ketika dikejar polis di sekitar Sabak Bernam Selangor semalam SABAK BERNAM Sebuah kereta penjenayah bertekad melawan arus sejauh dua kilometer ke...
Pengarah Andy Serkis Yakin Venom Akan Bertemu Spider Man Satu Hari Nanti

Pengarah Andy Serkis Yakin Venom Akan Bertemu Spider Man Satu Hari Nanti

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 340 hits
Venom Let There Be Carnage semakin hampir dan sementara judulnya menjelaskan siapa yang akan ditentang Eddie Brock dalam sekuel akan datang ramai peminat lebih tertarik dengan kemungkinan berlakunya crossover diantara Venom dan Spider Man T...
Janji 5 Hari Satu Kejutan

Janji 5 Hari Satu Kejutan

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 180 hits
MOHD MUKHLISInilah kejutan yang menteri agama janji kalau 5 hari mereka berkuasa Rupa rupanya nak bagi keutamaan pada kedai nombor ekor Mujur kedai 4d tak ada queue VIP kalau tak mesti pak imam tak redha Demikianlah kerajaan Melayu Isle fre...
Hiburan Genap 30 Hari Pergi Ramai Rindu Nak Dengar Celoteh Siti Sarah Memasak

Hiburan Genap 30 Hari Pergi Ramai Rindu Nak Dengar Celoteh Siti Sarah Memasak

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 215 hits
Pemergian penyanyi Siti Sarah Raisuddin sememangnya dirasai masyarakat bukan sahaja di Malaysia tetapi negara seberang Siti Sarah yang dijangkiti Covid 19 terpaksa melahirkan anak pramatang secara pembedahan sebelum ditidurkan ARTIKEL BERKA...
Suami Menyusul Selepas 4 Hari Isteri Tercinta Pergi Menghadap Ilahi

Suami Menyusul Selepas 4 Hari Isteri Tercinta Pergi Menghadap Ilahi

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 264 hits
Beberapa hari lalu tersebar video menyayat hati yang menunjukkan seorang lelaki tidak dapat menahan kesedihan pemergian isteri tercinta Isterinya yang telah pergi menghadap Ilahi akibat Covid 19 dan video suami yang sayang teramat dengan is...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025

Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu