Wanita Akhir Zaman



Wanita akhir zaman
Oleh Dr Khairul Asyraf Mohd Nathir
ISLAM tidak melarang untuk berfesyen selagi pakaian mematuhi syariah.
Kecantikan adalah lumrah bagi seseorang wanita. Disebabkan kecantikan seseorang lelaki tertarik kepada wanita untuk menjadikannya isteri. Dengan kecantikan juga timbulnya pelbagai fitnah kepada wanita sehingga menjadi barah dalam kehidupan manusia.
Kehidupan manusia akhir zaman, khususnya wanita semakin lama semakin berubah sehingga ada yang mengetepikan syariat agama yang ditetapkan, bahkan lebih mengutamakan fesyen dan kecantikan yang ternyata keluar daripada adab serta tatasusila diterapkan Islam.
Ramai wanita di luar sana mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat sehingga menampakkan perhiasan, rambut dan bahagian yang sepatutnya ditutup. Perkara ini mula berkembang dengan pantas apabila portal pembelian dalam talian mengeluarkan pelbagai jenis fesyen terkini yang tampak jelas mutakhir ini.
Situasi ini dinyatakan oleh baginda SAW tentang perilaku wanita akhir zaman apabila melibatkan pemakaian mereka.
Nabi SAW bersabda maksudnya: “Pada umatku yang akan datang ini, akan ada orang lelaki yang naik pelana kuda menyerupai pelana unta, lalu turun di pintu masjid. Wanita mereka berpakaian tetapi telanjang, rambut kepala mereka bagaikan bonggol unta yang tinggi.
Laknatlah mereka kerana mereka ialah wanita terlaknat. Kalau di belakangmu (sesudahmu) nanti masih ada umat lain, nescaya wanita kamu akan melayani wanita mereka sebagaimana dahulu kamu dilayani oleh wanita bangsa sebelum kamu.” Hadis Riwayat Ahmad
Hadis ini jelas menunjukkan bagaimana keadaan wanita akhir zaman berpakaian sehingga setiap jenis fesyen yang dikenakan pasti akan menarik mata (lelaki) untuk melihatnya. Perkara ini dilihat menjadi trend terkini khususnya wanita yang berkerjaya apabila sanggup berbelanja sakan demi dilihat bergaya dan cantik di tempat kerja masing-masing. Jika fesyen yang dikenakan mengikut syariat Islam maka tiada apa yang ingin digusarkan. Islam tidak melarang umatnya untuk dilihat cantik, namun apabila melampaui batas, perkara ini ditegah oleh Nabi SAW.
Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda maksudnya: “Ada dua golongan ahli neraka yang belum aku lihat sekarang iaitu kaum yang membawa cemeti seperti ekor lembu untuk memukul manusia dan wanita yang berpakaian, tetapi telanjang yang berlenggang-lenggok serta condong rambutnya seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya padahal bau syurga itu dapat dicium dari perjalanan sejauh ini dan ini.” Hadis Riwayat Muslim
Berfesyen tidak salah, tapi yang salah adalah berfesyen pada tempat yang salah
Dr Yusuf al-Qardhawi dalam kitab al-halal wa al-haram fi al-Islam menjelaskan, wanita yang berpakaian, tetapi telanjang sebagaimana sabda Nabi SAW merujuk kepada pakaian yang dipakai wanita tidak berfungsi sebagai benteng bagi menutup keseluruhan aurat mereka. Antara ciri-ciri pakaian itu ialah nipis, ketat, singkat, menampakkan bahagian utama badan wanita dan sebagainya.
Ada pula pandangan yang mengatakan mereka yang mengenakan pakaian, tetapi telanjang bermaksud tudung yang dipakai hanya dililit pada leher sahaja dan pakaian yang dikenakan ketat sehingga menampak bentuk tubuh badan wanita berkenaan. Disebabkan kelakuan itu, golongan wanita ini akan mendapat seksaan pada akhirat kelak.
Nabi SAW menjelaskan beberapa sifat wanita antaranya berpakaian, tetapi telanjang, berlenggang-lenggok dan rambut umpama bonggol unta. Kenyataan Nabi SAW ini menggambarkan situasi yang sedang berlaku pada hari ini, seakan-akan baginda dapat melihat apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Pada hari ini, banyak tempat yang digunakan untuk menghias dan melakukan fesyen rambut dengan pelbagai gaya serta bentuk.
Ada sesetengah salun kecantikan yang bercampur lelaki dan wanita. Walaupun terdapat sekatan atau halangan yang dibuat, namun bagi pekerja lelaki, mereka masih boleh melihat rambut yang sememangnya aurat bagi wanita.
Tidak sekadar itu, ada wanita yang tidak berpuas hari dengan rambut kurniaan Allah SWT sehingga mereka berusaha untuk menyambung rambut (dinamakan sebagai ‘al-wasl’ dalam bahasa Arab) atau mengenakan rambut palsu bagi dilihat cantik oleh orang ramai khususnya lelaki. Al-wasilah ialah wanita yang menyambung rambut dengan rambut wanita lain agar rambutnya kelihatan panjang dan menyebabkan orang lain menyangka rambut al-wasl (sambungan) itu adalah rambut asal. Ia dilakukan oleh wanita yang rambut nipis atau wanita berambut perang yang menyambung rambutnya dengan rambut hitam. Ma’alim al-Sunan oleh al-Khattabi, 4/256
Larangan berkenaan adalah berdasarkan hadis daripada Asma’ binti Abi Bakr RA, bahawa seorang wanita datang menemui Rasulullah SAW lalu mengadu kepadanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai seorang anak perempuan yang baru menikah. Dia telah terkena penyakit cacar sehingga menyebabkan rambutnya keguguran. Bolehkah aku menyambung rambutnya (dengan rambut palsu)? Lalu baginda SAW bersabda maksudnya: “Allah melaknat al-washilah (orang yang menyambung rambut) dan al-mustaushilah (orang yang minta disambungkan rambutnya).” Hadis Riwayat Muslim, Hadis no: 5687
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Aisyah RA, seorang gadis Ansar baru berkahwin. Dia jatuh sakit menyebabkan rambutnya banyak yang gugur. Keluarganya hendak menyambung rambut itu (dengan rambut palsu). Mereka kemudian bertanya kepada Rasulullah SAW lalu baginda bersabda maksudnya: Allah melaknat orang yang menyambung rambut dan yang minta disambungkan rambutnya. Hadis Riwayat al-Bukhari
Imam al-Nawawi berkata, hadis ini secara tegas menunjukkan haramnya menyambung rambut, dan laknat untuk wanita yang menyambung rambut atau pemakai yang disambungkan rambutnya secara mutlak.
Oleh itu, wanita perlu mengambil berat pemakaian mereka dan perlu membezakan pakaian yang mengikut syariat dengan pakaian yang boleh menimbulkan fitnah kepada mereka. Pada masa sama, wanita juga perlu berusaha untuk dilihat cantik di hadapan suami mereka berbanding bergaya di hadapan suami orang lain khususnya bagi mereka yang berkerjaya. Ini kerana itulah tujuan utama manusia dicipta lelaki dan wanita. Dalam situasi hari ini, ayuh sama-sama kita renungkan dan bermuhasabah diri dengan apa yang berlaku sekeliling, semoga kita berada dalam rahmat Allah SWT. HM
Penulis Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)
Wanita akhir zaman
Baca Artikel Menarik :
Cubaan Bunuh Isteri Selepas Wanita Itu Menang Loteri RM31.6 juta Pensyarah ditahan SPRM, beri kontrak kepada kakak, abang ipar MoU Kerajaan-PH gagal halang mangkuk “berterbangan” dalam Parlimen ‘Membiarkan’ UEC kesilapan pemimpin tak boleh dimaafkan Imam Besar Masjid Putra Mohon Maaf Secara Terbuka Insiden Layanan Dua Darjat [VIDEO] Terima Kasih Kerajaan, Pertimbang Moratorium Pinjaman Tanpa Faedah Terakru – Ahmad Maslan MoU bukan jaminan PH sokong Bajet 2022 – Anwar Bawa balik pelacur ke rumah, lelaki pukul isteri selepas ditegur Staf wanita Pejabat Pos mengamuk gara-gara warga Bangladesh tak ikut SOP [VIDEO] Ahmad Maslan mangsa politiking – Puad Resepi Baby Kailan Masak Bawang Putih & Udang Layari Laman Facebook MYKMU
TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu

The post Wanita akhir zaman appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/09/17/wanita-akhir-zaman/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akhir Zaman Saatnya Semakin Hampir Jangan Kamu Pergi Ambil Emas Itu

Akhir Zaman Saatnya Semakin Hampir Jangan Kamu Pergi Ambil Emas Itu

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 253 hits
Sungai yang ada di Iraq menjadi surut airnya Surut ni kiasa ke hakikat Semua ulama sebut hakikat Adalah pendapat terpencil kata gunung emas itu petrol Memang Iraq merupakan pengeluar terbesar dunia Lima dikalangan terbesar dunia dululah zam...
Diabetes Kehamilan Antara 8 Punca Wanita Hamil Kena Induce Jadi Ibu Sila Buat Persediaan Ini

Diabetes Kehamilan Antara 8 Punca Wanita Hamil Kena Induce Jadi Ibu Sila Buat Persediaan Ini

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 342 hits
Bersalin induce atau proses bersalin secara paksa adalah untuk membolehkan kontraksi rahim terjadi sebelum kelahiran semula jadi berlaku Proses bersalin secara induce ini mungkin akan disarankan oleh doktor atau pengamal perubatan disebabka...
Wanita Ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir Ditahan Polis

Wanita Ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 271 hits
KUALA LUMPUR 4 Sept Polis menahan seorang wanita yang merupakan ketua ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir di kediamannya di Shah Alam awal pagi tadi Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Basri Sagoni berkata wanita berusia 39 tahun...
Wanita Perang Dunia Ke 3 Di Sabah Yang Didakwa Ketua Ajaran Sesat Ditahan

Wanita Perang Dunia Ke 3 Di Sabah Yang Didakwa Ketua Ajaran Sesat Ditahan

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 382 hits
Malam tadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan mengesahkan pihaknya menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook Masitah Ab Jalar atau dikenali dengan nama Sittah Annur yang dipercayai mempunyai kaitan deng...
Wanita Amerika Culture Sh0ck Tengok Rakyat Australia Berkaki Ayam Di Tempat Awam

Wanita Amerika Culture Sh0ck Tengok Rakyat Australia Berkaki Ayam Di Tempat Awam

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 450 hits
Kejvtan budaya selalu terjadi kepada rakyat Malaysia yang baru tiba di luar negara Walaupun budaya sesebuah negara tu pelik dan bertent4ngan dengan budaya kita namun sebagai pelancong kita haruslah h0rmat dengan cara hidup di negara tu Seor...
4 Syarat Amalan Seorang Wanita Mudah Masuk Syurga

4 Syarat Amalan Seorang Wanita Mudah Masuk Syurga

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 457 hits
Dari Aban bin Utsman ia berkata saya mendengar Utsman bin Affan RA berkata Rasulullah SAW bersabda
Vide0 Muka Datuk Macam Muka Abah Saya Terpisah Hampir 20 Tahun Wanita Seb4k Bersemuka Dengan Rosyam Noor

Vide0 Muka Datuk Macam Muka Abah Saya Terpisah Hampir 20 Tahun Wanita Seb4k Bersemuka Dengan Rosyam Noor

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 337 hits
Kehilangan individu yang kita sayang memang menyedihkan lagi lagi ia melibatkan kedua ibu bapa sendiri Lebih menyedihkan apabila mereka pergi begitu sahaja tanpa meninggalkan sebarang khabar Namun sebagai hambaNya kehidupan perlu diteruskan...
Hiburan Guna Namanya Untuk Dapatkan Foto B Gel Wanita Akmal Ahmad Bakal Buat Laporan Polis

Hiburan Guna Namanya Untuk Dapatkan Foto B Gel Wanita Akmal Ahmad Bakal Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 331 hits
Pelakon Akmal Ahmad tampil meluahkan rasa kesal apabila namanya telah dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memperdaya pengguna media sosial terutamanya wanita dengan alasan untuk ujibakat lakonan ARTIKEL BERKAITAN Advertisem...
Wanita Rawat Pesakit Diganggu Jin Secara Online

Wanita Rawat Pesakit Diganggu Jin Secara Online

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 184 hits
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai mustakim ismail dia telah memuat naik semula satu video seorang peramal perubatan alternatif sedang melakukan ritual secara atas talian Menerusi video yang diko...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Kkm Larang Jualan Produk Yang Dikesan Mengandungi Racun

Lirik Lagu Rayuan Nurani Saffone

Sindrom Turner Punca Simptom Komplikasi Cara Merawatnya

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Intraday Matawang Kripto Polkadot Jumaat 24 Januari 2025

Selamat Jalan Ke Negeri Abadi Kak Salina

Ke Bazaar Masjid Negara Lagi Makan Nasi Kukus