Ajal Bersama Doktor Anak Berusia 8 Bulan Maut Selepas Van Hospital Terbabas


Ajal bersama..Dua beranak termasuk bayi lelaki berusia lapan bulan maut manakala tujuh yang lain cedera apabila van dinaiki terbabas di Kilometer 11 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Renok Baru, Gua Musang.
Dalam kejadian 10.35 pagi, mangsa yang maut dikenali sebagai Dr Nooranisah Mohd Razali, 31, bertugas di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai dan bayinya Mohammad Fitri Yusof Muhammad Hafiz Zulhilmi.

Mangsa lain yang cedera ialah pemandu van, Mohd Lazim Abdullah, 56, Dr Siti Salwa Mohamad Shokri, 38, Syahirah Muhamad Razali, 20, Dr Norazma Mohamad, 34, Dr Linda Laili Ibrahim Shukri, 29, Dr Suzuanhafizan Omar, 32, dan Dr Hazirah Sazali, 33.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kemalangan berlaku ketika mereka menaiki van Toyota Hiace dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Gua Musang.
Menurutnya, van dari Hospital Kuala Krai itu dipercayai dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang (HGM) bagi menjalankan tugas rawatan berikutan penularan wabak Covid-19.
Katanya, sebaik sampai ke lokasi, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum seorang mangsa tercampak keluar dari van berkenaan.

“Dr Nooranisah meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala dan badan, manakala bayinya meninggal dunia pada 11.02 pagi di HGM akibat kecederaan dalaman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, tujuh mangsa lain yang cedera bertugas di Hospital Sultan Ismail Petra menerima rawatan di HGM dan keadaan mereka dilaporkan stabil.
Katanya, mayat dua beranak itu dihantar ke Bilik Forensik HGM untuk bedah siasat.
“Saya bagi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan rasa sedih di atas kejadian itu kerana mangsa pergi ke HGM untuk menjalankan tugasnya,” katanya.
Sementara itu, menerusi kenyataan di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah beliau turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Dr Nooranisah Mohd Razali atas pemergian allahyarhamah dan bayinya.

Dukacita dimaklumkan bahawa sebuah kenderaan Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai telah terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan urusan rasmi menghantar pasukan lawatan pakar pembedahan ke Hospital Gua Musang pada pagi tadi.
Selain daripada pemandu kenderaan, penumpang adalah terdiri daripada seorang Pakar Pembedahan, 3 orang Pegawai Perubatan Jabatan Pembedahan, dan 2 orang Pegawai Perubatan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi serta anak kepada salah seorang Pegawai Perubatan tersebut yang berusia lapan bulan.
Salah seorang Pegawai Perubatan iaitu Dr Nooranisah Mohd Razali telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak beliau meninggal dunia di Hospital Gua Musang. Pemandu dan penumpang-penumpang yang lain adalah selamat.
Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak polis.
Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan takziah kepada suami dan keluarga Allahyarhamah Dr Nooranisah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah.
Difahamkan arwah membawa anaknya bersama kerana perlu bertugas di Gua Musang selama seminggu. Semoga Syurga buat arwah dan anak.
Sumber: Metro & FB Datuk Dr Noor Hisham
The post Ajal Bersama.. Doktor & Anak Berusia 8 Bulan Maut Selepas Van Hospital Terbabas appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ajal-bersama-doktor-anak-berusia-8-bulan-maut-selepas-van-hospital-terbabas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Van Hospital Dipercayai Terbabas Doktor Amp Anak Berusia 7 Bulan Maut

Van Hospital Dipercayai Terbabas Doktor Amp Anak Berusia 7 Bulan Maut

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 361 hits
Doktor wanita termasuk seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan maut selepas van hospital dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Renuk Gua Musang Kuala Krai Kelantan pagi tadi Berita duka itu dikongsi di laman Facebook ...
Doktor Dalam Perjalanan Ke Tugasan Rasmi Maut Selepas Van Terbabas

Doktor Dalam Perjalanan Ke Tugasan Rasmi Maut Selepas Van Terbabas

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 274 hits
GUA MUSANG Seorang doktor perubatan dan bayi lelakinya yang berusia 9 bulan maut manakala 7 lagi cedera apabila van kesihatan yang mereka naiki terbabas di KM11 Jalan Gua Musang Kuala Krai dekat Kampung Renok Baru di sini hari ini Ketua Pol...
Doktor Bayi Maut Selepas Van Jabatan Kesihatan Dinaikinya Terbabas

Doktor Bayi Maut Selepas Van Jabatan Kesihatan Dinaikinya Terbabas

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 298 hits
GUA MUSANG Seorang doktor dan bayinya berusia sembilan bulan maut selepas van Jabatan Kesihatan dinaiki terbabas di Kilometer 11 Jalan Gua Musang Kuala Krai dekat Kampung Renok Baru di sini pagi tadi Mangsa dikenali sebagai Dr Nooranisah Mo...
Van Bawa Petugas Kesihatan Kemalangan Doktor Dan Bayi 9 Bulan Meninggal Dunia

Van Bawa Petugas Kesihatan Kemalangan Doktor Dan Bayi 9 Bulan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 326 hits
GUA MUSANG 29 Mac Seorang doktor perubatan dan bayi lelakinya yang berusia sembilan bulan maut manakala tujuh lagi cedera apabila van kesihatan yang mereka naiki terbabas di Kilometer 11 Jalan Gua Musang Kuala Krai dekat Kampung Renok Baru ...
Doktor Bersama Bayi 9 Bulan Maut Kemalangan

Doktor Bersama Bayi 9 Bulan Maut Kemalangan

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 524 hits
Seorang doktor yang berkhidmat di Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai dan bayinya berusia sembilan bulan maut selepas van kesihatan yang mereka naiki terbabas di Kilometer 11 Jalan Gua Musang Kuala Kampung Renok Baru di Gua Musang hari ...
Bilal Dibakar Meninggal Dunia Selepas 22 Hari Di Hospital

Bilal Dibakar Meninggal Dunia Selepas 22 Hari Di Hospital

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 303 hits
Bilal Masjid Al Hasanah di Taman Rakyat Mergong yang disimbah petrol sebelum dibakar bulan lalu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar petang tadi selepas 22 hari menerima rawatan Anak sulung Allahyarham Shahrizal Amri berk...
Bbc Dad Kembali Diganggu Anak Anak Selepas 4 Tahun Tarik Perhatian Ramai

Bbc Dad Kembali Diganggu Anak Anak Selepas 4 Tahun Tarik Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 258 hits
Ohmedia yakin korang mesti ingat dengan keluarga ni yang dahulunya pernah viral dan digelar sebagai BBC Dad pada tahun 2017 Professor Kelly yang menetap di Busan Korea Selatan itu pernah viral selepas temubualnya bersama pihak BBC yang berb...
Kerja 35 Hari Stay Hospital Lawan Covid 19 Doktor Muda Meninggal Dunia Ini Puncanya

Kerja 35 Hari Stay Hospital Lawan Covid 19 Doktor Muda Meninggal Dunia Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 356 hits
Seorang doktor muda di China kerja 35 hari stay hospital lawan Covid 19 telah meninggal dunia hari ni Ingatkan sebab kena jangkit Covid 19 tetapi rupanya Allahu baca selanjutnya TAKZIAH Kerja 35 Hari Stay Hospital Lawan Covid 19 Doktor Muda...
Doktor Tak Bagitahu Pun Boleh Mati Wanita Kongsi Pengalaman Lahirkan Anak

Doktor Tak Bagitahu Pun Boleh Mati Wanita Kongsi Pengalaman Lahirkan Anak

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 352 hits
Setiap daripada insan yang bergelar ibu pastinya sudah berpengalaman dalam melalui detik detik sukar dalam melahirkan seorang cahaya mata Umum telah mengetahui bahawa melahirkan anak sememangnya sesuatu yang sukar dan pelbagai risiko kesiha...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini