Ais Cikong Sedap Mudahnya Nak Buat
Ais Cikong Sedap Mudahnya Nak Buat. Siapa suka minum ais cikong kita geng! Sejak bila entah saya suka minum ais cikong atau ada yang sebut lacikang. Bila cuaca panas, dapat secawan lega rasanya. Saya suka ais cikong yang banyak isi bahannya daripada yang lebih kan air daripada isinya. Baik tak payah minum kalau setakat ada air tapi isi berkira. Hehe.. nak isi banyak buatlah sendiri. Sekarang kan dah banyak orang jual yang segera punya, kan..
Ais cikong ni sebenarnya bagus untuk kesihatan. Selain boleh menyejukkan badan, ais cikong dengan bahan yang terpilih boleh memberikan manfaat kepada kita.
10 KHASIAT LAICIKANG @ AIS CIKONG
1. Kurma Merah - Meningkatkan ketahanan tubuh
2. Kismis - Memberi tenaga berpanjangan, meningkatkan memori
3. White Fungus - Memberi keanjalan kulit
4. Kembang Semangkuk - Melancarkan sistem pencernaan, Mengurangkan batuk kering
5. Biji Selasih - Membantu menahan kelaparan
6. Longan Kering - Memperbanyakkan susu ibu
7. Gula Melaka - Membantu tidur nyenyak
8. Gula Batu - Sumber tenaga bagi tubuh badan
9. Gula Kundur - Penawar penyakit kuning
10. Kacang - Kandungan protein yg tnggi
#sumber : Facebook
Ais Cikong Sedap Mudahnya Nak Buat
Inilah dia ais cikong yang sedap tu. Banyak dan meriah isi dia. Ada macam-macam. Semuanya hampir ada dan minuman yang menyihatkan. Jangan buat manis-manis, cukup sekadar manis buah. Baru lah kaww!!
Bahan-bahan nak buat ais cikong antaranya kembang semangkuk, red dates, cincau, barli, biji selasih, mata kucing kering, gula kabung, jelly puding dan banyak lagi. Suka korang nak tambah apa-apa yang sesuai ke dalam ais cikong korang.
Nak resepi cara buat ais cikong atau laicikang?? Nah.. klik kat SINI. Ada je cara nak buat, mudah ya sayang-sayang sekalian.. 😊😊
Yang ini kami beli dah siap dengan ais semua, cuma tinggal minum aje.
Untuk satu mangkuk ais cikong, dia orang jual pada harga RM4.00 paling murah. Tengok apa isi bahan kandungan yang ada la..
Lagi banyak bahan-bahannya, harga akan naik sikit.
Kalau nak puas makan, kena lah masak sendiri. Sediakan sendiri ais cikong yang korang suka tu..
Minum dengan ais sejuk-sejuk gitu, memang terangkat dan amat menyegarkan.
Selamat mencubanya ya. RESEPI DI SINI
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2020/06/ais-cikong-sedap-mudahnya-nak-buat.html