Nak Masak Sedap Tak Semestinya Kena Guna Ajinomoto


Anda suka makan kat kedai makan? Biasa makanan kat kedai memang sedap sampai kita return visit kat kedai yang sama je. Kalau masak sendiri memang sedap tapi kalau kat kedai dia sedap 'lain macam'. Dah memang kedai tu masak sedap, tapi ada faktor lain iaitu ada yang masak guna perisa tambahan antaranya ajinomoto

Kalau di rumah pun alhamdulillah setakat ni keluarga saya memang tak pernah pun masak guna ajinomoto. Boleh je sedap masakan tanpa ajinomoto

Kepada yang biasa masak guna ajinomoto tu kena take note, bahaya kalau selalu tambah ajinomoto dalam masakan. Artikel dari fb jom baca..

Selalu kita dengar ibu atau isteri mengarahkan kita supaya menambah sedikit ajinomoto untuk kasi lazat lagi itu masakan. Itupun kalau para bapa yang disuruh oleh isteri untuk masak

Jikalau isteri yang masak, pernahkah kita cakap "kasi tambah sikit tu ajinomoto supaya sedap sayang!"
Demikianlah pendahuluan kepentingan ajinomoto atau Mono Sodium Gulamate (MSG) dalam memujuk hati segenap surirumah supaya melazatkan lagi makanan mereka. Sebagaimana pentingnya bawang, lada dan garam, begitu jugalah peranan MSG yang dianggap nadi penyedap kepada masakan

Oleh itu tidak hairanlah jika hampir semua rumah di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya sebotol penambah perisa tersebut sebagai 'teman' setia di dapur

Tetapi adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak negatif kepada kesihatan manusia

Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara kelahirannya sendiri

Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yang diberi dua jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak

Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf

Fakta ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul sejenis penyakit yang digelar "Sindrom Restoran Cina" (Chinese Restaurant Syndrome)

Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap 15 hingga 20 minit

Semua symptom ini dialami selepas menjamah hidangan cina, dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi. Kajian ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik selama 12 jam sesudah menikmati masakan cina

Selain itu, kesan MSG turut terlihat pada kanak-kanak. Penggunaan secara berleluasa dalam makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan anak-anak turut terdedah kepada bahaya ini. Menurut Dr. Olney lagi, proses penyerangan secara halus MSG terhadap otak bayi yang normal mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap mendatangkan kesan buruk apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan

Keburukan ajinomoto. Boleh jadi asbab kepada penyakit kronik; diabetes, kanser, darah tinggi, kencing manis, jantung, buah pinggang dll

Tambahan pula, kesan ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran

Inisiatif terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan mengelakkan penggunaan MSG, dan menggantikannya dengan bahan perasa asli

Surirumah dan peniaga tidak perlu bimbang tentang kualiti rasa makanan, kerana kebanyakkan masakan tempatan sudah sememangnya kaya dengan 'rasa tersendiri' dari penggunaan pelbagai jenis herba dan rempah-ratus


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikguzim.blogspot.com/2020/06/nak-masak-sedap-tak-semestinya-kena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Masak Ayam Panggang Sedap Guna Air Fryer

Cara Masak Ayam Panggang Sedap Guna Air Fryer

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 626 hits
Makanan yang sihat pastinya menjadi pilihan ibu ibu yang prihatin terhadap pemakanan dan kesihatan ahli keluarga Salah satu yang boleh dicuba ialah resipi Ayam Panggang air fryer ini Resipinya cukup ringkas dan tidak guna minyak langsung Ha...
Keliru Nak Sediakan Makanan Pejal Untuk Anak Umur 6 Bulan Ibu Ni Kongsikan Tip Menu Sihat Sedap

Keliru Nak Sediakan Makanan Pejal Untuk Anak Umur 6 Bulan Ibu Ni Kongsikan Tip Menu Sihat Sedap

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 511 hits
Apabila anak menghampiri usia 6 bulan keterujaan pastinya untuk menyediakan makanan pejal buat bayi Namun dalam rasa teruja terselit rasa ragu ragu untuk menggabungkan makanan tertentu agar serasi dengan bayi kita Tip dan resipi yang dikong...
Baked Carbonara Cheese Meatball Paling Senang Nak Buat Sedap

Baked Carbonara Cheese Meatball Paling Senang Nak Buat Sedap

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 623 hits
Ada waktunya anak anak kita pun mula bosan untuk makan nasi Sesekali kita ubah selera dengan pilihan barat namun bukan aneka pasta tetapi sediakan menu simple Baked Carbonara Cheese Meatball untuk anak Anak pasti makan berebut rebut Resipi ...
Resipi Tepat Nak Buat Seekor Ayam Percik Yang Sedap

Resipi Tepat Nak Buat Seekor Ayam Percik Yang Sedap

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 383 hits
Kalau kat kampung boleh bakar pakai arang Lagi sedap rasanya Tapi sesiapa yang tinggal di bandar boleh je bakar atas dapur SuiSan Aliezsha kongsikan resipi ayam percik yang dia buat untuk meniaga Nampak sedap Boleh try resipinya ya Nah saya...
Nak Yakinkan Pelabur Guna Fakta Era Ph

Nak Yakinkan Pelabur Guna Fakta Era Ph

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 240 hits
Nak yakinkan pelabur guna fakta era PH Oleh June 12 2020St0ne BatuKELAKAR Sebab mereka bercakap soal FDI tahun lalu Cuba meyakinkan pelabur Malaysia menerima pelaburan langsung asing RM31 7 bilion pada 2019 peningkatan sebanyak 3 1 peratus ...
Nak Guna Sikit Je Tapi Terpaksa Buka Sekotak Simpan Lebihan Santan Cara Bijak Tak Basi

Nak Guna Sikit Je Tapi Terpaksa Buka Sekotak Simpan Lebihan Santan Cara Bijak Tak Basi

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 342 hits
Waktu memasak kadang kadang kita perlukan santan sebagai bahan masakan tapi mahu guna sedikit sahaja Bila dah dibuka santa kotak yang dibeli tak digunakan semua Bila simpan dalam peti sejuk ia menjadi rosak dan basi Santan yang sudah dibuka...
Ais Cikong Sedap Mudahnya Nak Buat

Ais Cikong Sedap Mudahnya Nak Buat

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 1041 hits
Ais Cikong Sedap Mudahnya Nak Buat Siapa suka minum ais cikong kita geng Sejak bila entah saya suka minum ais cikong atau ada yang sebut lacikang Bila cuaca panas dapat secawan lega rasanya Saya suka ais cikong yang banyak isi bahannya dari...
Kali Pertama Masak Rasam Telur Mudah Dan Sedap

Kali Pertama Masak Rasam Telur Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 536 hits
Kali Pertama Masak Rasam Telur Mudah Dan Sedap Assalamualaikum wbt hi korang Tengah masak ke tu CH belum masak lagi hari ni Belum ada mood nak masak Hahaha Sementara nak tunggu mood masak mai CH nak kongsi resepi Rasam Telur mudah tapi seda...
Tak Payah Masak Lama Lama Stok Bubur Nasi Guna Kaedah Pantas Superb

Tak Payah Masak Lama Lama Stok Bubur Nasi Guna Kaedah Pantas Superb

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 379 hits
Ibu yang kembali bekerja pastinya berdepan dengan pengurusan masa terutama dalam menyiapkan stok makanan anak di rumah pengasuh atau taska Tak perlulah masa yang lama untuk masak nasi langkah demi langkah yang dikongsikan oleh ini pastinya ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi