Air Kotak Air Tin Perangkap Kencing Manis Anak Kecil Sedap Punya Pasal Memang Tak Sedar
Nak mudah, nak senang, anak mengamuk terus disua air kotak dan air tin pada anak-anak sampai kita terlupa kandungan gula dalam air kotak tersebut perangkap kepada punca masalah kesihatan anak-anak?
Kenapa air dalam kotak atau tin jadi perangkap kencing manis? Ikuti perkongsian daripada DrRizal Abu Bakar.
Pagi pagi ni nak pesan. Elak dari perangkap racun manis ni. Ada kajian dari UCLA pasal bahaya gula putih, high fructose corn syrup yang ada dalam minuman tin, kotak, botol dan makanan.
Kita tak perasan. Biasanya bila makan atau rasa sedap kita jadi lupa pasal bahaya ni. Dah sedapkan. Cap cap mulut.
Kita jadi tak perasan sebab kesan bahaya dia tak nampak dengan mata kasar. Bukan immediately. Kesan bahaya dia perlahan-lahan.
Yang rasa ialah organ dalaman. Yang kena penangan bahaya ialah organ dalaman. Yang menangis sakan ialah organ dalaman.
Contoh mudahnya ialah otak. Dalam kajian UCLA ni pengkaji dapati gula sebegini tukar fungsi 900 genes di dalam otak. Bayangkan berapa banyak fenes yang terganggu.
Bahagian yang terlibat ialah hippocampus pusat memori dan hypothalamus – pusat yang uruskan metabolisme tubuh.
Lebih dahsyat lagi mereka dapati gula tingkatkan risiko penyakit mental seperti bipolar disorder dan penyakit alzheimer.
Tambah menakutkan lagi gula putih dan high fructose corn syrup ini ganggu komunikasi antara sel otak, tingkatkan toxin dan turunkan prestasi berfikir manusia.
Poinnya mudah. Jauhi minuman dan makanan yang diletakkan gula putih dan high fructose corn syrup. Sebelum beli, semak senarai ingredients dahulu.
Boleh boleh?
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Air Kotak, Air Tin Perangkap Kencing Manis Anak Kecil! Sedap Punya Pasal Memang Tak Sedar appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/air-kotak-air-tin-perangkap-kencing-manis-anak-kecil-sedap-punya-pasal-memang-tak-sedar/