Air Asia Adalah Satu Daripada Syarikat Penerbangan Dunia Yang Tidak Memberhentikan Kakitangan



Air Asia adalah satu daripada syarikat penerbangan dunia yang tidak memberhentikan kakitanganTony Fernandes menyarankan anda untuk menerima kredit akaun sebagai alternatif terbaik.”'Saya mohon maaf' - Tony Fernandes

“KAMI tidak memperoleh pendapatan, (kerana) 96 peratus penerbangan terjejas tetapi kami masih mempunyai komitmen kewangan berterusan seperti pembekal bahan api dan ejen pajakan.“Saya tahu ramai antara anda (pelanggan) kecewa kerana tidak menerima bayaran balik untuk penerbangan, tetapi saya menyarankan anda untuk menerima kredit akaun sebagai alternatif terbaik.”


Demikian e-mel dihantar Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes kepada pelanggan syarikat penerbangan tambang murah itu yang terjejas selepas penerbangan ke destinasi yang ditempah terpaksa dibatalkan akibat penularan wabak COVID-19.


Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menggariskan semua warga Malaysia dilarang keluar dari negara sehingga memaksa syarikat penerbangan itu terpaksa membatalkan banyak penerbangan.


Tony dalam e-mel itu turut mengakui pihaknya terjejas teruk dengan keadaan sekarang dan kini berdepan cabaran terbesar.

“20 tahun lalu, ketika Kamarudin (Pengerusi AirAsia Datuk Kamarudin Meranun) dan saya memulakan AirAsia untuk membuka peluang kepada semua orang untuk terbang, malang tidak berbau apabila peluang itu kini tertutup.

“Ini adalah masa yang mencabar untuk semua, sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran saya. Jadi, saya ingin bersikap terbuka dan berterus-terang dalam situasi terkini,” katanya.

Menurutnya, bukan saja syarikat penerbangan itu tidak dapat beroperasi sepenuhnya berikutan 96 peratus pesawat tidak dapat terbang, malah komitmen kewangan berterusan turut dihadapi mereka.

“Berikutan cabaran ini, kami berusaha untuk mengurangkan kos supaya boleh beroperasi secepat mungkin dan menjadi syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia yang membuka peluang kepada semua untuk terbang.

“Kami adalah satu daripada syarikat penerbangan dunia yang tidak memberhentikan kakitangan kami. AirAsia adalah sebuah keluarga dan beribu-ribu kakitangan bergantung kepada syarikat ini untuk meneruskan kehidupan dan kesejahteraan keluarga mereka.

“Datuk Kamarudin dan saya bersetuju untuk tidak menerima sebarang gaji sepanjang tempoh ini. Selain itu, kakitangan juga menerima potongan gaji sementara daripada 15 peratus hingga 75 peratus bergantung kepada jawatan supaya syarikat dapat diteruskan,” katanya.

Menurutnya, AirAsia akan dijamin terus kukuh dan menumpukan sepenuh perhatian kepada operasi pada masa hadapan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Saya menyusun 10 jari memohon kemaafan kerana menjejaskan rancangan perjalanan anda. Seperti syarikat penerbangan lain, AirAsia tiada pilihan selain membatalkan sejumlah besar penerbangan berikutan sekatan perjalanan oleh kerajaan untuk membendung wabak Covid-19,” katanya.

Katanya, ramai pelanggan menyuarakan kekecewaan kerana tidak mendapat bayaran balik untuk penerbangan mereka, tetapi pihaknya menggalakkan semua pelanggan menerima kredit sebagai alternatif terbaik.


“Lebih 80 peratus daripada anda menerima tawaran kredit dan kami amat menghargainya.

“Kami mahu memastikan syarikat mematuhi semua peraturan dan keperluan kerajaan masing-masing dan kami percaya ini adalah penyelesaian terbaik. Anda adalah antara 600 juta pelanggan yang terbang bersama AirAsia dan kami tidak sabar untuk bersama anda sekali lagi selepas semua ini, tamat,” katanya.

Menurutnya, walaupun pihaknya menggalakkan pelanggan menerima kredit yang bukan saja dapat dinikmati dengan kadar segera dengan tempoh sah selama 365 hari serta membenarkan pelanggan membuat pertukaran tarikh penerbangan tanpa had.


“Bagaimanapun, kami tetap menerima permintaan untuk bayaran balik berdasarkan kes, tetapi berikutan jumlah permintaan amat tinggi, ia mungkin mengambil masa antara 12 hingga 16 minggu,” katanya.


rePublish Update Berita MalaysiaAir Asia adalah satu daripada syarikat penerbangan dunia yang tidak memberhentikan kakitangan Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://malaysiaismalaysia.blogspot.com/2020/04/air-asia-adalah-satu-daripada-syarikat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Air Asia Menawarkan Credit Account Untuk Cancel Penerbangan Anda

Air Asia Menawarkan Credit Account Untuk Cancel Penerbangan Anda

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 216 hits
Tempoh hari Tony Fernandes ada memberitahu bahawa Air Asia tiada kemampuan untuk membatar semula mana mana penerbangan yang dibatalkan Tetapi ia telah mengumumkan method lain iaitu Credit Account dimana pembayaran semula akan dimasukkan di ...
Mas Air Asia Dan Malindo Membatalkan Semua Penerbangan Mereka Ke Sarawak

Mas Air Asia Dan Malindo Membatalkan Semua Penerbangan Mereka Ke Sarawak

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 362 hits
Sumber Sidang Media JPBNS jam 4 30 petang 13 April 2020 COVID 19 TIADA PENERBANGAN KE DAN DARI SARAWAK MULAI 15 APRIL 2020 ADALAH difahamkan berkuatkuasa dari 15 April hingga 30 April ini tiga syarikat penerbangan yang menjadi nadi perhubun...
Covid 19 Kakitangan Pembersihan Dan Pegawai Keselamatan Adalah Barisan Hadapan

Covid 19 Kakitangan Pembersihan Dan Pegawai Keselamatan Adalah Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 522 hits
Oleh Rohayati RipinKUALA TERENGGANU 5 April Kakitangan dan petugas kebersihan serta pengawal keselamatan juga merupakan barisan hadapan yang terpaksa keluar setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Yang Dipertua Dewan Undang...
Covid 19 Bank Dunia Ramal 11 Juta Penduduk Di Asia Timur Pasifik Jatuh Miskin

Covid 19 Bank Dunia Ramal 11 Juta Penduduk Di Asia Timur Pasifik Jatuh Miskin

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 303 hits
Bank Dunia meramalkan seramai 11 juta penduduk di Asia Timur dan Pasifik bakal menjadi miskin berikutan krisis ekonomi akibat penularan wabak COVID 19 jika tiada langkah pantas diambil Dalam ramalan terburuk badan tersebut negara terjejas a...
Ilkay Gundogan Robert Lewandowski Adalah Penyerang Terbaik Di Dunia

Ilkay Gundogan Robert Lewandowski Adalah Penyerang Terbaik Di Dunia

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 203 hits
Pemain tengah Manchester City Ilkay Gundogan mengakui bahawa bekas rakan sepasukannya ketika di Borussia Dortmund Robert Lewandowski adalah penyerang terbaik di dunia pada ketika ini Gundogan dan Lewandowski yang kini merupakan peledak berb...
Amerika Syarikat Akui Malaysia Penyelamat Dunia Memerangi Covid 19

Amerika Syarikat Akui Malaysia Penyelamat Dunia Memerangi Covid 19

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 438 hits
Amerika Syarikat Mengakui Malaysia Penyelamat Dunia Memerangi COVID 19 Industri getah dan kelapa sawit di Malaysia kini menjadi tumpuan ekoran penularan wabak COVID 19 yang melanda hampir seluruh dunia dengan rekod jangkitan virus itu meleb...
Syarikat Penerbangan Digesa Pulang Semula Wang Batal Penerbangan Akibat Covid 19

Syarikat Penerbangan Digesa Pulang Semula Wang Batal Penerbangan Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 214 hits
Matta bimbang penumpang dan ejen pelancongan tidak mendapat bayaran balik selepas penerbangan mereka dibatalkan berikutan pandemik Covid 19 PETALING JAYA Persatuan Ejen Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia hari ini menggesa syarikat p...
Bantuan Kewangan Kerajaan Kepada Syarikat Penerbangan Pilihan Terakhir Kata Mavcom

Bantuan Kewangan Kerajaan Kepada Syarikat Penerbangan Pilihan Terakhir Kata Mavcom

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 217 hits
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia berkata kerajaan boleh mengecualikan sementara caj yang dikenakan seperti caj kawalan trafik udara levi pelepasan lapangan terbang dan levi pembangunan industri KUALA LUMPUR Bantuan kewangan kerajaan kepada ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini