Bantuan Kewangan Kerajaan Kepada Syarikat Penerbangan Pilihan Terakhir Kata Mavcom


Bernama Suruhanjaya Penerbangan Malaysia berkata, kerajaan boleh mengecualikan sementara caj yang dikenakan seperti caj kawalan trafik udara, levi pelepasan lapangan terbang dan levi pembangunan industri. (Gambar fail)
KUALA LUMPUR: Bantuan kewangan kerajaan kepada syarikat penerbangan dalam menghadapi pandemik Covid-19 perlu disusun dengan teliti dan menjadi pilihan terakhir, menurut badan kawal selia penerbangan tempatan, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

Dalam kenyataan hari ini, Mavcom berkata, berdasarkan tekanan kepada sumber fiskal kerajaan, pengendali industri perlu menggunakan pilihan lain dahulu, termasuk bantuan daripada pemegang saham masing-masing.

Katanya, kerajaan hanya akan bertindak sebagai pemberi pinjaman terakhir untuk industri.

“Kerajaan juga perlu ingat bahawa matlamat dasar utamanya ialah mengekalkan hubungan udara yang penting (terutamanya laluan Obligasi Perkhidmatan Awam) dan melindungi pihak yang memerlukan sokongan seperti 50,000 pekerja dalam sektor penerbangan dan pengguna Malaysia, daripada meningkatkan prestasi komersial syarikat penerbangan,” katanya.

Mavcom berkata, daripada menyelamat sepenuhnya, terdapat lebih banyak pilihan sasaran yang mengurangkan risiko bahaya moral dan menyalurkan wang kepada penggunaan yang dicadangkan.

Ini termasuk langkah pembiayaan yang diambil oleh syarikat penerbangan untuk memerangi penularan Covid-19 seperti menjalankan proses nyah cemar penerbangan, serta subsidi dan insentif kepada syarikat penerbangan untuk mengekalkan pekerja.

Kerajaan juga boleh mengecualikan sementara caj yang dikenakan seperti caj kawalan trafik udara, levi pelepasan lapangan terbang dan levi pembangunan industri.

Mengenai dasar bukan fiskal dan respons kawal selia, Mavcom berkata, menjelaskan dan memberi kelonggaran kepada keperluan dasar berkaitan penerbangan yang tertentu, seperti dasar mengenai pemilikan, juga dapat memberi kelegaan kepada syarikat penerbangan tanpa kos fiskal kerana ia akan membolehkan penggiat industri untuk mengakses pelbagai sumber pembiayaan daripada pasaran modal tempatan dan antarabangsa.

Bagaimanapun, ia menekankan kepentingan liberalisasi pemilikan untuk disertai dengan pengawasan kawal selia yang berkesan untuk memastikan peserta tidak menyalahgunakan hak liberalisasi mereka.

Mavcom berkata, ia menyedari bahawa pemegang saham sedang menilai pilihan mereka, mungkin mempertimbangkan pengukuhan industri melalui penggabungan, terutamanya semasa krisis seperti pandemik ini.

Katanya, Malaysia Airlines dan AirAsia dilaporkan sedang berbincang mengenai potensi penggabungan sebelum pandemic berlaku, sambil menambah bahawa wabak itu dijangka memberi dorongan kepada penggabungan.

Bagaimanapun, ia mengingatkan peserta industri bahawa urus niaga penggabungan tertakluk kepada undang-undang kawalan penggabungan di bawah Akta 771 dan perlu mengemukakan cadangan penggabungan mereka kepada Mavcom untuk kelulusan.

“Penggabungan antara 2 syarikat penerbangan tempatan dijangka menyebabkan tumpuan yang tinggi kepada pasaran penerbangan domestik Malaysia. Entiti penggabungan dijangka memegang status monopoli dalam kebanyakan laluan domestik.

“Mavcom bimbang penggabungan sedemikian akan memberi kesan kepada pasaran dalam jangka masa panjang dan ini boleh memberi impak negatif kepada pengguna Malaysia berikutan mereka mungkin menerima kadar tambang yang lebih tinggi, kekerapan dan pilihan yang berkurangan serta kualiti perkhidmatan yang merosot disebabkan tahap persaingan yang rendah,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/bantuan-kewangan-kerajaan-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makcik Kiah Akan Terus Dapat Bantuan Selepas Mei Kata Menteri Kewangan

Makcik Kiah Akan Terus Dapat Bantuan Selepas Mei Kata Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 210 hits
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bantuan kewangan kepada kumpulan B40 seperti Makcik Kiah tidak akan berakhir pada Mei kerana kerajaan akan terus membantu dalam bentuk bantuan isi rumah pada bulan berikutnya Di bawah...
Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 Penjawat Awam Pesara Kerajaan Dibayar 23 April 2020 Prihatin

Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 Penjawat Awam Pesara Kerajaan Dibayar 23 April 2020 Prihatin

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 815 hits
Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 Penjawat Awam Pesara Kerajaan Dibayar 23 April 2020 Prihatin Sebut sahaja penjawat awam dan pesara kerajaan semestinya amat beruntung kerana kamu terpilih menjadi sebahagian daripada mereka Segala imbuhan da...
Ekonomi Gawat Bantuan Kerajaan Golongan T20 Dan Artis

Ekonomi Gawat Bantuan Kerajaan Golongan T20 Dan Artis

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 297 hits
1 Sejak pandemik COVID 19 menular dan juga Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan ekonomi individu keluarga dan negara terjejas Bahkan ekonomi semua negara di dunia ini terjejas teruk 2 Walau bagaimanapun tak semua sektor terjejas malah...
Kerajaan Pn Tidak Boleh Pecat Wanita Berkebolehan Ini Kata Kor Ming

Kerajaan Pn Tidak Boleh Pecat Wanita Berkebolehan Ini Kata Kor Ming

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 182 hits
KERAJAAN Perikatan Nasional tidak wajar menamatkan perkhidmatan wanita wanita berkebolehan yang memimpin beberapa agensi dan syarikat berkaitan kerajaan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Nga Kor Meng berkata wanita terbabit yang mengetuai...
Air Asia Adalah Satu Daripada Syarikat Penerbangan Dunia Yang Tidak Memberhentikan Kakitangan

Air Asia Adalah Satu Daripada Syarikat Penerbangan Dunia Yang Tidak Memberhentikan Kakitangan

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 340 hits
Air Asia adalah satu daripada syarikat penerbangan dunia yang tidak memberhentikan kakitanganTony Fernandes menyarankan anda untuk menerima kredit akaun sebagai alternatif terbaik Saya mohon maaf Tony Fernandes KAMI tidak memperoleh pendapa...
Lebih 22 000 Orang Asli Bakal Terima Bantuan Kerajaan Selangor

Lebih 22 000 Orang Asli Bakal Terima Bantuan Kerajaan Selangor

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 269 hits
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bersetuju meluluskan cadangan pemberian bantuan kepada masyarakat Orang Asli di negeri itu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Ahli Majlisnya Hee Loy Sian berkata bantuan tersebut bertujuan...
Hidup Ikut Kemampuan Zarina Anjoulie Hentam Artis Minta Bantuan Kerajaan

Hidup Ikut Kemampuan Zarina Anjoulie Hentam Artis Minta Bantuan Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 460 hits
Pagi tadi pelakon Zarina Anjoulie ada memuat naik sebuah video di instagram mengenai sikap artis Malaysia yang boros dalam berbelanja dan terpaksa meminat bantuan dari pihak kerajaan di saat negara dilanda Covid 19 Foto IG Zarina AnjoulieVi...
Ambil Peluang Tarik Syarikat Jepun Keluar Dari China Kata Pakar

Ambil Peluang Tarik Syarikat Jepun Keluar Dari China Kata Pakar

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 177 hits
Jepun mengarahkan syarikatnya yang berpangkalan di China supaya memulakan semula perniagaan mereka ke negara lain susulan pandemik Covid 19 PETALING JAYA Seorang pakar ekonomi menggesa Putrajaya mengambil peluang menarik pelaburan langsung ...
Dana Bantuan Nafkah Kerajaan Selangor

Dana Bantuan Nafkah Kerajaan Selangor

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 570 hits
DANA BANTUAN NAFKAH KERAJAAN SELANGOR Kerajaan negeri Selangor menediakan Bantuan Nafkah Khas untuk ibu tunggal yang terjejas akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ekoran penularan Covid 19 di negeri Selangor Bantuan ini s...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Beyond The Buzz Exploring The Science Behind Mushroom Gummie

Senandung Buruh Kasar

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Pertahan Keharmonian Bagi Mengukuhkan Ekonomi Negara Mohamad Sabu

Jangan Nanti Plot Twist Didakwa Ambil Barang Terlarang Sarah Yasmine Tak Takut Buat Ujian Air Kencing

Cina Pun Main Sihir David Teo Hampir Mat Disantau Keluarga Terdekat Jumpa Ustaz Untuk Berubat