Ainul Mardhiah Ke London Malam Ini Mohon Doa Seluruh Rakyat Malaysia


KELUARGA bayi comel yang menderita kanser mulut Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin akan berlepas ke London, United Kingdom (UK) malam ini untuk mendapatkan rawatan doktor pakar.
Malah, menurut bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, dia sekeluarga mungkin terpaksa menyambut lebaran kerana bayi mereka dijangka menjalani pembedahan di sana.
“Saya masih tak tahu lagi macam mana perjalanan di sana nanti dan belum boleh tahu tempoh rawatan lagi. Sampai sana nanti baru tahu semuanya.
“Sepanjang rawatan di sana, insya-ALLAH dana yang ada mencukupi, soal tempat tinggal nanti akan diputuskan kemudian.
“Terima kasih rakyat Malaysia, kami sekeluarga sangat terhutang budi dan mendoakan ALLAH lipat gandakan rezeki buat anda semua,” katanya.

Menurut Ahmad Safiuddin, kos rawatan untuk anaknya sudah mencukupi dan setakat ini Ainul dilaporkan sihat walafiat.
“Jika tak cukup nanti di sana, saya akan cuba usahakan. Saya tak mahu susahkan sesiapa lagi. InsyaALLAH ada rezeki kami nanti.
“Yang penting sekarang ini, Ainul dapat dirawat sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, bapa saudara Ainul Mardhiah, Kharil Fadzly Rosli turut memaklumkan mereka sekeluarga akan bersama menghantar anak saudaranya ke KLIA.
“Penerbangan berlepas dijangka pada jam 11.30 malam dan kami semua berharap Ainul Mardhiah kuat dan cepat sembuh daripada rawatan di London nanti.
“Mungkin kami tak dapat beraya bersama kerana mereka berada di perantauan tapi yang penting, Ainul dapat dirawat dan sihat.
“Semoga semuanya dipermudahkan dan jika diizinkan ALLAH, Ainul dan sepupunya dapat beraya bersama tahun depan,” katanya.
Terdahulu, Ahmad Safiuddin berkata, usaha membawa Ainul Mardhiah untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di London merupakan satu risiko yang perlu ditanggung.

Namun mereka masih meletakkan harapan yang tinggi agar Ainul Madhiah dapat menjalani kehidupan normal seperti bayi lain.
Penderitaan Ainul Mardhiah yang menghidap penyakit kanser mulut turut menarik perhatian doktor pakar kelahiran Malaysia, Pakar Pelatih Surgikal yang juga bekas pelajar cemerlang SMK Ulu Tiram, Johor Bahru, Dr. Nur Amalina Che Bakri yang berusaha berbincang dengan sekumpulan doktor pakar di UK bagi melakukan pembedahan ke atas bayi perempuan itu.
Susulan laporan mengenai Ainul Mardiah, Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari turut menzahirkan komitmen kerajaan negeri untuk membiayai kos pengangkutan dan penerbangan keluarga itu bagi rawatan pembedahan di UK.


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/ainul-mardhiah-ke-london-malam-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berlepas Ke London Malam Ini Ribuan Rakyat Malaysia Panjat Doa Buat Ainul Mardhiah

Berlepas Ke London Malam Ini Ribuan Rakyat Malaysia Panjat Doa Buat Ainul Mardhiah

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 481 hits
Malam ini adik Ainul Mardhiah akan berlepas ke London menaiki penerbangan MAS bagi menjalani rawatan Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh bapa bayi comel yang menderita kanser mulut iaitu Ahmad Safiuddin Ahmad Razak beberapa hari yang le...
Berkat Doa Seluruh Rakyat Malaysia Ainul Mardhiah Selamat Tiba Di London

Berkat Doa Seluruh Rakyat Malaysia Ainul Mardhiah Selamat Tiba Di London

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 494 hits
AINUL Mardhiah bayi yang menghidap kanser Germ Cell Tumor selamat tiba di London Perkara itu disahkan bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dalam satu posting di Facebooknya petang Sabtu Assalamualaikum Alhamdulillah syukur kepada Allah kami ...
Persiapan Rawatan Sudah Diatur Ainul Mardhiah Dijangka Ke London Khamis Ini

Persiapan Rawatan Sudah Diatur Ainul Mardhiah Dijangka Ke London Khamis Ini

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 506 hits
URUSAN persiapan keluarga Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin penghidap kanser mulut Germ Cell Tumor ke London hampir selesai apabila bapanya mengesahkan bakal bertolak ke sana Khamis ini Ahmad Safiuddin Ahmad Razak 24 berkata semua persiapan te...
Terima Kasih Rakyat Malaysia Doakan Ainul Kembali Sihat

Terima Kasih Rakyat Malaysia Doakan Ainul Kembali Sihat

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 493 hits
Terima kasih rakyat Malaysia Sampai kita bertemu lagi Doakan kami selamat pergi dan balik ye demikian status Facebook yang dimuat naik Ahmad Safiuddin malam tadi Ahmad Safiuddin dan isterinya Nurul Erwani Zaidi bersama anak mereka Ainul Mar...
Kemenangan Dap Di Prk Sandakan Adalah Kemenangan Seluruh Rakyat Malaysia

Kemenangan Dap Di Prk Sandakan Adalah Kemenangan Seluruh Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 588 hits
Kemenangan besar Vivian Wong Shir Yee yang meraih 16 012 undi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan merupakan kemenangan rakyat kata Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik Lim Guan Eng Malah katanya kemenangan anak kepada mendiang D...
Speaker By Election Needed For Three Perlis State Seats

National Pride Does Not Pay The Bills For Malaysia S Medal Winners

Semangat Kasih Dan Keharmonian Menyambut Hari Krismas 2025

Anwar S Political Survival Flip Flop

Yuan Mencapai Paras Tertinggi 15 Bulan Meski Pboc Mengeluarkan Isyarat Mewah

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Lawatan Cuti Sekolah 2025

Perjuanganku Belum Berakhir Kuat Kerana Tiada Pilihan

Exco Pemuda Umno Malaysia Md Jamil Pauzi Tegaskan Titah Tuanku Bukanlah Bahan Politik Untuk Di Permainkan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Meditation Experience 5

Blogger Adam Dan Hawa Diberikah Hadiah Komentartor Teratas Anda Telah Terpilih

Ideas Recipes Healthy Desserts And Snacks

Keyboard Retro Led Unboxing Malaysia

Peranan Liga Persatuan Palang Merah Antarabangsa

Mak Tak Perlu Jerit Anak Pun Boleh Belajar Sendiri