Persiapan Rawatan Sudah Diatur Ainul Mardhiah Dijangka Ke London Khamis Ini


URUSAN persiapan keluarga Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, penghidap kanser mulut, ‘Germ Cell Tumor’, ke London hampir selesai apabila bapanya mengesahkan bakal bertolak ke sana, Khamis ini.
Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, berkata semua persiapan termasuk pasport, penginapan dan kos rawatan Ainul Mardhiah, selesai namun masih menunggu maklum balas daripada Malaysia Airlines (MAS) kerana tiket bergantung kepada kekosongan tempat duduk.
“Pihak MAS sudah bersedia untuk membawa kami sekeluarga malah dua doktor pengiring yang juga pakar bius hospital swasta, sudah bersedia mengikut kami ke sana.
“Sebaik sahaja kami tiba di sana nanti, Ainul Mardhiah akan terus di bawa ke hospital di sana dan menjalani imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI),” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Taman Ayer Molek, Melaka, hari ini.
Katanya, dua doktor pengiring itu adalah individu sukarela yang menggunakan perbelanjaan mereka sendiri, malah Dr Amalina Che Bakri juga mengesahkan kepadanya akan ada doktor yang menunggu di lapangan terbang di London.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan nama hospital yang yang bakal merawat Ainul Mardhiah, di sana nanti.

Katanya, walaupun dia dimaklumkan membawa Ainul Mardhiah ke London adalah berisiko, dia dan isteri, Nurul Erwani Zaidi, 24, tetap menaruh harapan untuk melihat anak sulung mereka pulih.
“Menaiki kapal terbang pun sudah cukup berisiko buat Ainul, jadi saya mengharapkan doa orang ramai minta pada Allah permudahkan urusan Ainul dan ada keajaiban untuk dia sembuh.
“Begitupun, nasib Ainul Mardhiah belum dapat dipastikan sama ada akan dapat menjalani pembedahan atau sebaliknya, kerana doktor minta dia menjalani MRI kerana ujian yang dilakukan di sini tidak jelas,” katanya.
Terdahulu, pasangan suami isteri terbabit sibuk menguruskan Ainul Mardhiah dan mengambil masa kira-kira satu jam untuk menukar alat ‘tracheotomy’ yang dipasang pada leher bayi itu, bagi tujuan pernafasan.
Sementara itu, dia dan isteri mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sudi menyumbang demi rawatan cahaya mata mereka yang kini berusia sembilan bulan.

“Alhamdulillah, Ainul hanya menangis dan merengek apabila laparkan susu setiap tiga jam dengan kadar sekurang-kurangnya empat auns selain mahu buang air. Kami juga tidak lagi perlu berjaga malam kerana Ainul sudah boleh tidur sekarang,” kata Nurul Erwani.
Katanya, sebagai ibu, dia hanya mampu berdoa meminta Allah mendorongkan jalan yang betul untuk anaknya selain menggerakkan hati doktor yang mengendalikan kes anaknya itu diberikan laluan mudah.
Dr Amalina ketika dihubungi berkata tidak dapat berkongsi maklumat berhubung status laporan akhir berkaitan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) Ainul Mardhiah.
“Saya mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi maklumat berkenaan bayi, Ainul Mardhiah buat masa ini sehingga keputusan akhir dibuat dan berikutan ia urusan peribadi pesakit. Terima kasih,” katanya.


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/persiapan-rawatan-sudah-diatur-ainul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ainul Mardhiah Ke London Malam Ini Mohon Doa Seluruh Rakyat Malaysia

Ainul Mardhiah Ke London Malam Ini Mohon Doa Seluruh Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 667 hits
KELUARGA bayi comel yang menderita kanser mulut Germ Cell Tumor Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin akan berlepas ke London United Kingdom malam ini untuk mendapatkan rawatan doktor pakar Malah menurut bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak 24 dia ...
Satu Persatu Allah Bukakan Jalan Ainul Mardhiah Dijangka Berlepas Ke Uk Minggu Depan

Satu Persatu Allah Bukakan Jalan Ainul Mardhiah Dijangka Berlepas Ke Uk Minggu Depan

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 443 hits
Kerajaan Melaka akan membantu kos penerbangan dan pengangkutan keluarga bayi berusia 8 bulan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menderita kanser Germ Cell Tumor di bahagian mulut ke United Kingdom Ketua Menterinya Adly Zahari berkata keraj...
Berkat Doa Seluruh Rakyat Malaysia Ainul Mardhiah Selamat Tiba Di London

Berkat Doa Seluruh Rakyat Malaysia Ainul Mardhiah Selamat Tiba Di London

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 478 hits
AINUL Mardhiah bayi yang menghidap kanser Germ Cell Tumor selamat tiba di London Perkara itu disahkan bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dalam satu posting di Facebooknya petang Sabtu Assalamualaikum Alhamdulillah syukur kepada Allah kami ...
Berlepas Ke London Malam Ini Ribuan Rakyat Malaysia Panjat Doa Buat Ainul Mardhiah

Berlepas Ke London Malam Ini Ribuan Rakyat Malaysia Panjat Doa Buat Ainul Mardhiah

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 469 hits
Malam ini adik Ainul Mardhiah akan berlepas ke London menaiki penerbangan MAS bagi menjalani rawatan Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh bapa bayi comel yang menderita kanser mulut iaitu Ahmad Safiuddin Ahmad Razak beberapa hari yang le...
Tunggu Ainul Je Sampai Di Uk Dr Amalina Team Sudah Sedia Beri Rawatan Terbaik

Tunggu Ainul Je Sampai Di Uk Dr Amalina Team Sudah Sedia Beri Rawatan Terbaik

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 706 hits
Pakar perubatan di United Kingdom sudah memberi maklum balas bagi melakukan rawatan terhadap Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidapi ketumbuhan di bahagian mulutnya Menerusi Facebook Ahmad Safiuddin dia berkata Dr Nur Amalina Che Bak...
Alhamdulillah Rezeki Adik Ainul Satu Persatu Allah Bukakan Jalan Untuk Adik Ainul Lebih Mudah Dapatkan Rawatan

Alhamdulillah Rezeki Adik Ainul Satu Persatu Allah Bukakan Jalan Untuk Adik Ainul Lebih Mudah Dapatkan Rawatan

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 691 hits
Alhamdulillah Rezeki Adik Ainul Satu Persatu Allah Bukakan Jalan Untuk Adik Ainul Lebih Mudah Dapatkan Rawatan Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat pemurah dan suka membantu Alhamdulillah baru baru ini urusan keluarga adik Ainul dip...
Mohon Doa Semua Kurang Sihat Keluarga Sahkan Bung Moktar Kini Dirawat Di Hospital

All Hotels At Grand Canyon To Shut Down For Pipeline Repairs

Inilah Bandar Yang Terletak Paling Selatan Di Dunia

Terengganu Perlu Selesaikan Isu Fgv Guna Kaedah Islam Tindakan Sita Tak Patut Berlaku Dr Khairuddin

Pas U Turn Isu Undang Undang Banteras Lgbt

Nasi Dagang Atas Tol Terengganu Apa Istimewanya

Drama Bahagia Yang Tertangguh

6 2025 Auto Top 70 By Adele Okc4


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengapa Pengembara Paling Bijak Berfikir Seperti Pelabur

Testing Toc

Smart Contact Lenses The Future Of Augmented Reality And Health Monitoring In 2025

Jalan Menuju Kebahagiaan Rumah Tangga

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Di Awangan

Venezuela Kehilangan Aset Berharga Citgo Dalam Ancaman Krisis Ekonomi