Ahmad Zahid Kekal Presiden Hingga 2023


bebasnews.my
By Arrazaq Nazri
-27/06/2021

Tajuddin Abdul Rahman
SHAH ALAM -Presiden UMNO, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi akan kekal menyandang jawatan tersebut apabila pemilihan parti itu ditangguhkan selama 18 bulan sehingga awal 2023.

Penangguhan pemilihan parti tersebut itu disahkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Tajuddin berkata, penangguhan itu diluluskan minggu lalu selepas majoriti ahli MKT bersetuju dengan pandangan berkenaan.

Menurutnya, keputusan itu dicapai menerusi satu resolusi yang dibuat secara dalam talian.

“Penangguhan pemilihan ini sudah diluluskan apabila majoriti ahli MKT menandatangani ‘circular resolution’ yang dibuat secara dalam talian.

“Hanya dua orang ahli MKT yang tidak tandatanganinya,” katanya sebagaimana dilaporkan akhbar Sinar Ahad hari ini.

Tajuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO berkata, keputusan itu selaras dengan perlembagaan parti yang membenarkan pemilihan ditangguhkan maksimum selama 18 bulan selepas tempoh kepimpinan sedia ada tamat.

“Resolusi ini dibuat sebelum tempoh kepimpinan yang ada kini berakhir pada 30 Jun ini.

“Keputusan ini dicapai tanpa paksaan sebaliknya berdasarkan pertimbangan terhadap situasi semasa,” katanya.

Beliau menegaskan, UMNO ketika ini memberi tumpuan untuk membantu rakyat yang menderita ekoran pandemik Covid-19.

Justeru, katanya, UMNO mengambil pendirian untuk mengetepikan seketika soal politik demi melaksanakan tanggungjawab membantu rakyat.

“Saya juga sentiasa ingatkan kawan-kawan dalam MKT dan ketua-ketua bahagian agar sentiasa mengutamakan rakyat dalam apa juga tindakan yang dilakukan.

“Seperti saya sendiri, walaupun saya Pengarah Pilihan Raya UMNO, tetapi fokus diberikan untuk membantu rakyat di samping melakukan kerja-kerja persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya.

Tajuddin berkata, tempoh lanjutan pemilihan selama 18 bulan itu adalah tempoh maksimum dan ia mungkin menjadi lebih singkat bergantung kepada perkembangan semasa.

Ahmad Zahid dipilih sebagai Presiden UMNO pada Jun 2018 bagi tempoh tiga tahun iaitu sehingga Jun 2021. Beliau memperolehi 93 undi bahagian menewaskan empat calon yang lain termasuk Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

PRU15 perlu diadakan selewat-lewatnya pada 16 September 2023.

-BebasNews

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/06/ahmad-zahid-kekal-presiden-hingga-2023.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Zahid Kekal Sebagai Presiden Umno 18 Bulan Lagi

Terkini Zahid Kekal Sebagai Presiden Umno 18 Bulan Lagi

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 243 hits
June 25 2021 Zahid kekal sebagai Presiden Umno 18 bulan lagiUmno menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan atau sehingga situasi pulih kerana wabak Covid 19 Timbalan Presiden Mohamad Hasan berkata walaupun pemilihan boleh dijalankan seca...
Bersatu Akan Sokong Zahid Kekal Presiden Umno Untuk Melemahkan Umno

Bersatu Akan Sokong Zahid Kekal Presiden Umno Untuk Melemahkan Umno

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 263 hits
Malaysiakini Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agungnya Hamzah Zainuddin akan terus menyokong Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden Umno kata wartawan veteran Kadir Jasin Kadir berkata oleh sebab itu Muhyiddin dan Hamzah mencip...
Zahid Sudah Tak Relevan Umno Perlukan Presiden Yang Bersih

Zahid Sudah Tak Relevan Umno Perlukan Presiden Yang Bersih

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 200 hits
agendadaily comProf Madya Dr Salawati Mat Basir mengulas mengenai kedudukan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di dalam UMNO sekarang Pemerhati politik melihat sosok Datuk Seri Zahid Hamidi perlu berundur segera daripada jawatan Presiden UMNO ba...
Foreign Visa System Ahmad Zahid S Corruption Trial To Resume On July 5

Foreign Visa System Ahmad Zahid S Corruption Trial To Resume On July 5

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 246 hits
The trial of former deputy prime minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi on 40 corruption charges in connection with the Foreign Visa System which was postponed following the implementation of movement control order 3 0 will resume at the Hi...
Beza Zahid Dengan Presiden Umno Lain A Kadir Jasin

Beza Zahid Dengan Presiden Umno Lain A Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 273 hits
TOKOH wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin bersetuju dengan pandangan yang mengatakan tekanan atau kecaman dihadapi Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ini adalah berbeza daripada Presiden Umno terdahulu Orang lama yang su...
Ahmad Zahid Main Wayang

Ahmad Zahid Main Wayang

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 297 hits
Ahmad Zahid main wayang Bila nak settle kes macam ni ya VIDEO PENUH https bit ly 2SJZtYm Jangan lupa follow kami di Tiktok sinarharianonline BuletinTikTok TikTokSinar TikTokMalaysia PerkasakanSuaraMalaysia
Tajuddin Confirms Umno Poll Delayed To 2023 Zahid To Stay As President Until Then

Tajuddin Confirms Umno Poll Delayed To 2023 Zahid To Stay As President Until Then

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 258 hits
Umno has officially decided to postpone its internal election until 2023 and Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi will remain the party president until that time said supreme council member Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman According to Malay daily...
Ahmad Zahid Penentu Pembentukan Jajaran Baharu Dengan Ph Kata Abdullah Sani

Ahmad Zahid Penentu Pembentukan Jajaran Baharu Dengan Ph Kata Abdullah Sani

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 226 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dilihat sebagai kunci kepada pembentukan jajaran baharu antara parti itu dengan Pakatan Harapan dalam tempoh terdekat Menurut Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid Ahmad Zahid boleh mema...
Saya Tarik Sokongan Terhadap Pn Bukan Arahan Zahid Ahmad Jazlan Beritahu Nazri

Saya Tarik Sokongan Terhadap Pn Bukan Arahan Zahid Ahmad Jazlan Beritahu Nazri

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 282 hits
Ahmad Jazlan Yaakub berkata keputusannya menarik sokongan terhadap kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin pada 9 Jan lalu dibuat selepas berbincang dengan semua pemimpin Umno Kelantan PETALING JAYA Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakob m...
Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang

Di Balik Layar Dakwah Yufid

Education Ministry To Announce Form Six Admission Offers Tomorrow

Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm

Oath Of Office A Testament To Our Founding Fathers Genius

Finding Your Perfect Fit The Best Yoga Mats For Your Practice

Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Dari Derita Ke Kaya Raya Inilah Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Good Morning

Me In My Way

Saya Pernah Dilabel Pemberontak Lawan Ayah Dalam Pkr Nurul Izzah Bongkar Kisah Lama

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

Permohonan Tingkatan 6 Di Ukm Usm Kampus Universiti

Hiburan Ada Benda Baik Dia Buat Dekat Saya Siti Jamumall Terbuka Hati Untuk Rujuk Semula Dengan Aiman