Zahid Sudah Tak Relevan Umno Perlukan Presiden Yang Bersih


agendadaily.com
Prof Madya Dr Salawati Mat Basir mengulas mengenai kedudukan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di dalam UMNO sekarang.

Pemerhati politik melihat sosok Datuk Seri Zahid Hamidi perlu berundur segera daripada jawatan Presiden UMNO bagi memulihkan kembali parti keramat Melayu itu, di sebalik kemelut perpecahan dalaman yang melanda ketika ini.

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Salawati Mat Basir berkata, UMNO memerlukan seorang presiden baharu yang lebih jelas hala tuju kepimpinannya, bagi memacu parti dan mengatasi perpecahan yang berlaku.

Menyifatkan Zahid sebagai sudah tidak relevan, Salawati menegaskan penganti Zahid nanti mestilah seorang yang bersih dan bukan daripada ‘kluster mahkamah’.

“Mereka ini sudah tidak mahu Zahid lagi memimpin. Jadi sekarang mereka hendak lihat UMNO boleh bekerja, boleh dipercayai, kerana sekarang mereka rasakan ada skandal di belakang.

“Jadi kenapa tak ambil pemimpin yang jelas boleh bawa UMNO kehadapan? Saya lihat mereka ini sudah tidak tahan dengan apa yang berlaku dalam parti. Jadi eloklah Zahid berundur dia pun sudah tidak relevan,” katanya kepada Agenda Daily.

Beliau diminta mengulas situasi dalaman UMNO ketika ini di mana beberapa pemimpin senior sudah mencium tingkah laku Zahid kebelakangan ini yang lebih condong kepada blok pembangkang, khususnya ‘cikgu’ beliau Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah salah seorang pemimpin senior UMNO yang masih menjadi Ahli Parlimen sejak 1995 lagi, Datuk Seri Nazri Aziz mendedahkan bahawa majoriti daripada 42 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah hilang kepercayaan terhadap Zahid.

Mengulas lanjut, Dr Salawati berkata desakan itu juga bertitik tolak daripada tindakan Zahid yang dilihat ‘ada sesuatu yang disembunyikan’ bagi memenuhi keperluan politiknya.

“Mereka rasa ada permainan di belakang, jadi kalau Zahid melakukan tindakan seperti memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, kena berundurlah… sudah sampai masanya… dia ada kes (mahkamah) lagi,” katanya sambil menjelaskan jika Zahid segera berundur, UMNO akan dapat disusun dalam keadaan yang lebih baik.

Sementara itu, Pensyarah Pengajian Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Mujibu Abd Muis berkata, Zahid kini berada di posisi yang lemah kerana UMNO kini tidak memiliki kuasa.

“Jelas kepimpinan presiden itu tidak kuat seperti dahulu sehingga tidak dapat mengatasi masalah yang dihadapi kini, tidak seperti dahulu ketika jadi pemerintah.

“Presiden sudah tiada kuasa penawaran untuk meredakan krisis dalaman, kalau dulu lain sebab ada kuasa,” katanya.

Sementara mengulas ‘kehilangan’ Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika ini, Mujibu berkata Mohamad sudah melakukan apa yang sepatutnya beliau lakukan bagi mengatasi krisis itu.

“Kita lihat Tok Mat ada kritikan dan input yang jelas, beliau sudah melihat apa yang perlu disuarakan beliau ambil tindakan kukuh parti dan tak mahu timbulkan kontroversi baharu,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/06/zahid-sudah-tak-relevan-umno-perlukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Akan Sokong Zahid Kekal Presiden Umno Untuk Melemahkan Umno

Bersatu Akan Sokong Zahid Kekal Presiden Umno Untuk Melemahkan Umno

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 243 hits
Malaysiakini Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agungnya Hamzah Zainuddin akan terus menyokong Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden Umno kata wartawan veteran Kadir Jasin Kadir berkata oleh sebab itu Muhyiddin dan Hamzah mencip...
Beza Zahid Dengan Presiden Umno Lain A Kadir Jasin

Beza Zahid Dengan Presiden Umno Lain A Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 247 hits
TOKOH wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin bersetuju dengan pandangan yang mengatakan tekanan atau kecaman dihadapi Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ini adalah berbeza daripada Presiden Umno terdahulu Orang lama yang su...
Terkini Zahid Kekal Sebagai Presiden Umno 18 Bulan Lagi

Terkini Zahid Kekal Sebagai Presiden Umno 18 Bulan Lagi

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 217 hits
June 25 2021 Zahid kekal sebagai Presiden Umno 18 bulan lagiUmno menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan atau sehingga situasi pulih kerana wabak Covid 19 Timbalan Presiden Mohamad Hasan berkata walaupun pemilihan boleh dijalankan seca...
Zahid Jadi Beban Pilih Pemimpin Baharu Jika Umno Mahu Berubah

Zahid Jadi Beban Pilih Pemimpin Baharu Jika Umno Mahu Berubah

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 235 hits
PUTRAJAYA Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disifatkan sudah menjadi beban dan tidak lagi relevan mengepalai sebuah parti besar seperti UMNO Pensyarah Kanan Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Jamaie Hamil berkata UMNO se...
Gempar Mp Umno Zahid Sokong Anwar Ibrahim Jadi Pm

Gempar Mp Umno Zahid Sokong Anwar Ibrahim Jadi Pm

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 223 hits
Plot drama politik Malaysia semakin menarik Pendedahan Shahidan Kasim kali ini pasti membuka ruang untuk Anwar Ibrahim merancangkan sekali lagi untuk misinya ke Putrajaya Apa pula perancangan atok
Zahid To Remain Umno President Until Dec 2022 At Least

Zahid To Remain Umno President Until Dec 2022 At Least

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 239 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi is set to maintain his position until the end of next year after the party s Supreme Council decided to postpone party elections until after December 2022 This throws a spanner in the works for those who wa...
Umno Tidak Perlukan Anwar

Umno Tidak Perlukan Anwar

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 257 hits
UMNO Tidak Perlukan Anwar Pada 2018 setiausaha agung BN ketika itu Nazri Aziz menyatakan sokongan Umno terhadap Anwar Ibrahim supaya parti itu tidak dibubarkan jika presiden PKR menjadi perdana menteri Nazri kini lantang menentang kerjasama...
Umno Vp Khaled Appeals For Umno Members To Support Zahid Who Is Fighting For His Political Life

Umno Vp Khaled Appeals For Umno Members To Support Zahid Who Is Fighting For His Political Life

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 198 hits
Umno vice president Datuk Seri Khaled Nordin has issued a call for unity in Umno urging everyone in the party especially its kabilah to stand behind its president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi and Supreme Council In a Facebook post this mor...
Zahid Anwar Saksi Ahli Parlimen Umno Tandatangan Dokumen Sokong Anwar Sebagai Pm Dakwa Shahidan

Zahid Anwar Saksi Ahli Parlimen Umno Tandatangan Dokumen Sokong Anwar Sebagai Pm Dakwa Shahidan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 284 hits
Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim hari ini mendedahkan seorang Ahli Parlimen daripada Umno mengaku beliau telah menandatangani dokumen sokongan untuk Anwar Ibrahim dilantik menjadi perdana menteri Shahidan berkata Ahli Parlimen itu memberi...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan

Kami Brunch Di Kolumpo Kopitiam

Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini