Ahmad Maslan Buat U Turn Jelaskan Umno Tak Pecat Mp Sokong Pn Pm
AGENDA DAILY	 								 								 											

						Surat yang sedang tular dalam media sosial.
									 							 					 						Selepas bertegas tindakan disiplin akan dikenakan kepada Ahli  Parlimen (MP) UMNO yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN)  termasuk dipecat, Datuk Seri Ahmad Maslan membuat ‘u-turn’ apabila  menjelaskan tiada tindakan bakal diambil terhadap mereka.
Setiausaha Agung UMNO itu berkata MP UMNO yang menyokong Perdana  Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan dikenakan tindakan dan  menafikan parti mengeluarkan surat “ugutan” kepada kumpulan MP tersebut  yang bersama dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri  Yaakob.
“Ada kata surat itu ugutan. Itu bukan ugutan, ia ingatan mengenai tata etika ahli untuk ikut keputusan parti.
“Umno tidak berhasrat memecat. Kita berhasrat untuk mengingatkan  (mereka) kepada Perlembagaan parti. Itu hasrat surat saya yang sudah  diberikan kepada mereka, kawan-kawan saya juga,” katanya dipetik berkata  program Umno Online semalam.
Penjelasan tersebut berbeza dengan laporan Agenda Daily sebelum ini  mendakwa surat diutus kepada semua MP UMNO meminta untuk menyatakan  pendirian mereka sama ada terus menyokong PN atau sebaliknya.
Surat tersebut tersebut yang dilihat Agenda Daily menegaskan MP UMNO  perlu mengikut ketetapan parti jika tidak mahu tindakan disiplin  diambil.
Bagaimanapun, beberapa MP UMNO enggan membalas surat tersebut dan  menegaskan ia terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan sama ada  hendak menyokong atau pun tidak.
14 MP UMNO diketuai Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi  sedang merancang bersama blok pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar  Ibrahim, serta parti kecil lain yang cuba menumbangkan kerajaan PN  pimpinan Muhyiddin ketika ini.
Setelah beberapa kali gagal untuk menumbangkan kerajaan PN, kumpulan  Zahid dan Anwar dilaporkan mengutus surat terbaharu kepada Yang  di-Pertuan Agong mendakwa Muhyiddin tidak mempunyai majoriti.
Sebelum ini Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan rancangan  Muhyiddin untuk mengemukakan usul percaya terhadap kepimpinan beliau  bagi membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri yang memiliki  majoriti Parlimen.
Usul itu dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang bakal bermula 6 September ini.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/ahmad-maslan-buat-u-turn-jelaskan-umno.html