Ahli2 Politik Bukan Melompat Ala Katak Tapi Ala Kanggaroo Dan Ala Kuda Lumba
Bayangkan daging Burger yang kita makan, Sup Daging, Meatball yang popular di kalangan anak2 muda Urban sebenarnya dibuat dari daging Kanggaru dan mungkin juga daging kuda yang telah dicampurkan ke dalam daging2 halal lembu dan kerbau yang lain dan akhirnya sampai ke dalam mulut kita semua.
Tahukah anda selama lebih 40 tahun, sekiranya anda membeli daging import yg dilabelkan HALAL, sebenarnya daging itu adalah daging Kuda dan Kangaroo bukan Lembu atau Kerbau.
Inilah realiti sebenar apa yang telah berlaku di Malaysia, selama 40 tahun (1980-2020) setelah kegiatan kartel yang mendapat AP dari kerajaan Malaysia bagi mengimport daging telah memberi rasuah pada pegawai kerajaan dalam bentuk wang dan seks agar daging tidak berkualiti, berpenyakit dan TIDAK HALAL dilabelkan sebagai HALAL untuk dijual di Malaysia terbongkar baru-baru ini.
Realiti yang lebih mengerikan dan sangat meloyakan adalah daging haiwan (kuda dan kangaroo) yg dilabelkan sebagai halal itu, adalah sebenarnya dari daging yang berkualiti rendah dan haiwan yang berpenyakit. Ada juga Kanggaroo ini merupakan Kanggaroo liar yang ditembak di seluruh Australia dan kemudiannya dihantar dan dilabel sebagai daging lembu halal oleh pihak Kartel. Daging ini dipercayai dimport dari Hong Kong.
Ada lebih kurang 30 syarikat 100% milik Bumiputra yang mendapat lesen AP mengimport daging sejuk beku di negara ini. Kartel daging haram ini dipercayai membeli bekalan daging haram ini dari Kanada, Colombia, Ukraine, Uruguay, Sepanyol, Mexico, Bolivia, Paraguay, Hong Kong, China.
Malaysia pula hanya meluluskan 28 pusat sembelihan lembu dari Australia, New Zealand, Argentina, Brazil, Pakistan, Afrika Selatan dan 11 rumah sembelih kerbau dari India.
Ternyata bekalan kartel daging ini datang dari rumah sembelihan yang tidak diaudit dan telah menjalani pemeriksaan oleh Jabatan Veterinar, JAKIM dan KKM.
Ada beberapa agensi mengawal urusan masuk bekalan daging import ke Malaysia, iaitu pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Kastam, Polis pelabuhan.
Perkara yang menarik dalam isu kartel daging, rampasan sebanyak 30 tan daging dibuat pada awal bulan, kini beberapa hari lagi masuk tahun 2021. Nama kilang yang diserbu dan syarikat Kartel masih tidak diketahui masyarakat.
Menteri KPDNHEP dan Timbalan Ketua Pengarah JAKIM dalam kenyataan akhbar mereka menggesa orang ramai supaya tidak mengulas isu kartel daging kerana kononnya boleh menjejaskan siasatan mereka.
Sedangkan rakyat mendesak supaya perkara ini disiasat sehingga ke akar umbinya. Sekiranya daging yang dibawa masuk itu tidak halal maka secara tidak langsung mereka telah menzalimi dan mengkhianati serta memperdayakan umat Islam dalam negara kita ini.
Mereka wajar dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka. Mencari dan memilih produk makanan yang HALAL itu adalah kewajipan bagi setiap orang Islam. Jika dihidangkan sesuatu perkara yang MERAGUKAN maka solusinya adalah WAJIB ditinggalkan tanpa banyak soal.
Menjadi tanggungjawab kepada para peniaga untuk membekalkan produk yang telah disahkan HALAL dari segala aspek pengeluaran sesuatu produk itu.
Saya pernah terbaca satu cadangan dan saya terfikir juga ada benarnya cadangan logo HALAL ni dia buat dengan pelbagai warna mengikut status pemilik dan pengeluar sesuatu produk.
Contohnya tulisan logo HALAL itu warna hijau background putih tu pemilik dan pengeluar produk muslim bumiputra. Tulisan HALAL berwarna hitam pemilik dan pengeluar produk tu bukan muslim etc. Tulisan HALAL berwarna jingga pemilik dan pengeluar produk tu dari luar negara dll.
Mungkin dengan cara itu para pengguna boleh memilih berdasarkan warna tersebut
Bayangkan Malaysia yang selama ini berbangga menjadi Hub Halal di rantau Asia Pasifik sebenarnya dikhianati oleh Pegawai2 Kerajaan yang di rasuah dengan Wang dan Seks oleh Kartel2 daging ini!
Saya mohon hukuman berat keatas mereka yang terlibat dalam perkara ini dengan hukuman yang seberat2nya.
Ada yang ketawa sinis sambil melawak bekata sebab itulah politik Malaysia semakin lama semakin kalut. Ahli2 politik bukan melompat ala katak tapi ala Kanggaroo dan ala Kuda Lumba. Saya tersenyum tanpa berkata apa2.
SPRM pun sudah mulakan kertas siasatan ini untuk menyiasat penipuan paling lama dan mungkin paling besar dan paling bahaya dan melibatkan berbillion mungkin trillion ringgit yang dibuat oleh Pegawai2 Kerajaan dan Kartel ini. Kekayaan yang mereka perolehi? Cukup untuk bertahan selama beberapa generasi. Bila agaknya nak umumkan syarikat Kartel dan brand daging haram ini?
Wallahua'lam.
Abdullah Pak Lah MY
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mindarakyat.net/2020/12/ahli2-politik-bukan-melompat-ala-katak.html