Ahli Politik Mesti Bijak Membaca Minda Pengundi



Ahli Politik Mesti Bijak Membaca Minda Pengundi  
Bagi seseorang ahli politik, sokongan dari pengundi merupakan faktor yang sangat penting untuk kesinambungan karier politik mereka.
Sokongan yangb kemudian sekiranya dapat diterjemahkan di dalam kotak undi di hari pilihanraya bakal menentukan sama ada mereka masih diperlukan lagi atau pun tidak.
Sekiranya lawan mereka dalam pilihanraya berjaya mendapat undi melebihi mereka, maka itu bermakna permulaan kepada pengakhiran karier politik mereka.
Keluhan sering didengari dari ahli politik mengenai mood pengundi sekarang terlalu susah untuk mereka baca.
Mengapa ianya berlaku?
Ianya berlaku kerana sebenarnya mereka gagal untuk membaca minda pengundi dengan bijak.
Jangan Ambil Mudah Dengan Perubahan Pola Pemikiran Akar Umbi  
Selepas penubuhan Kerajaan Perpaduan pasca PRU 15, pola pemikiran pengundi mengalami perubahan yang tidak sedikit.
Interaksi pemimpin dengan masyarakat dan dalam hal ini khusus mengenai kancah politik, adalah kompleks, terjalin dalam kerumitan unsur intelek dan emosi.
Kerumitan ini memberi kesan besar ke atas corak membuat keputusan di bilik mengundi.
Jalinan kerjasama antara dua musuh politik yang berakar dan subur selama lebih 57 tahun itu, walaupun dalam keadaan terpaksa, tidak seharusnya diambil mudah.
Pertembungan itu berakar pada emosi dan rasional, subur dalam jiwa dan raga.
Kerjasama yang dijalin bukan mudah untuk melahirkan hasil undi 1 + 1 menjadi 2.
Itu adalah andaian naif.
Dalam kajian Bruter dan Harrison yang dimuatkan antaranya dalam buku mereka Inside the Mind of a Voter, menyentuh antaranya, pilihan raya memberi kesan emosi yang sangat tinggi kepada pengundi.
Kesannya, jika kita hampiri pengundi beremosi dengan bahasan rasional, kita akan payah memenangi undi.
Kerana yang membuat keputusan bagi mereka adalah hati dan bukan minda.
Psikologi dalam membuat keputusan adalah kompleks.
Hampir setiap orang berasa dia membuat keputusan dengan rasional, atau logik.
Namun, sedikit ujian boleh buktikan sama ada dia sebenarnya membuat keputusan mengguna rasional atau emosi.
Pada kebanyakan masa, emosi akan mengatasi rasional dalam membuat keputusan.
Jadikan Kegagalan Muafakat Nasional Sebagai Pengajaran  
Sewaktu penubuhan Muafakat Nasional pada tahun 2019, gabungan suara antara UMNO dan PAS adalah sesuatu yang dinantikan oleh hati-hati yang sudah lama memendam rindu untuk bersama tetapi dipisahkan oleh kemahuan-kemahuan yang bertingkah.
Justeru kita saksikan linangan air mata pada saat menandatangani persefahaman pada 14 September 2019.
Namun kemahuan yang bertingkah terbukti lebih kuat berbanding kesenduan jiwa yang ingin bertaut.
Muafakat Nasional gagal diteruskan apabila Perikatan Nasional ditubuhkan pada 7 Ogos 2020.
Tidak sampai setahun persefahaman Muafakat Nasional ditandatangani.
Keputusan PRU 15 yang menyaksikan BN berbaki 30 orang ahli parlimen.
Bilangan paling rendah dalam sejarah pilihanraya negara.
Ia membuka ruang kepada kerjasama dengan seteru utama BN iaitu PH.
Pemaktuban kerjasama terebut menimbulkan polemik baharu dalam arena politik negara, dibajai oleh mereka yang tidak puas hati dalam parti, serta disiram minyak oleh parti lawan.
Justeru, BN sedang melalui tempoh badai jenis baharu yang belum pernah dilalui sebelum ini.
Iaitu kerjasama dengan PH yang di dalamnya ada DAP, sebuah parti yang menjadi seteru utama BN sejak penubuhannya pada tahun 1965.
Pemimpin Akar Umbi Mempunyai Peranan & Tanggungjawab Yang Besar  
BN, khususnya UMNO kini berdepan dengan masalah keyakinan penyokongnya.
Lebih parah adalah keyakinan ahlinya sendiri yang tidak setuju dengan kerjasama bersama DAP.
Walaupun DAP jelas membantu BN dalam kemenangan di PRK Pelangai 2023, namun ia belum mampu mereda protes senyap penyokong UMNO/BN.
Situasi ini tidak seharusnya dipandang remeh oleh para pemimpin UMNO/BN.
Pemimpin di akar umbi tidak seharusnya mengelak untuk berdepan dengan pengundi dan membuat penjelasan.
Mengelak daripada memberi penjelasan, atas apa alasan sekalipun hanya akan membawa padah kepada UMNO.
Sekali gus membuka tirai malang kepada UMNO.
Mereka juga tidak seharusnya hanya mengharapkan penjelasan melalui media sosial.
Penjelasan sedemikian tidak memberi kepuasan, dan tampak ketidakberanian untuk berhadapan dengan para penyokong.
Cuaca politik sebegini perlu kepada pemimpin yang berani menghadapi penyokong dan beri penjelasan.
Pembedahan keputusan PRK Kemaman 2023 banyak menceritakan tentang keperluan keberanian pemimpin akar umbi untuk berhadapan dengan pengundi.
Khususnya para penyokong UMNO/BN, buat penjelasan, tanam kepercayaan dan bina keyakinan semula.
Yakinkan mereka bahawa UMNO ada wawasan masa depan.
UMNO masih bertapak pada perjuangan memartabat bangsa, dan UMNO tetap membela kepentingan bangsa.
Kekangan dana tempatan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak mengadakan interaksi dengan pengundi tempatan.
Pemimpin tempatan seharusnya kreatif mewujudkan interaksi tersebut dengan apa cara sekalipun.
Kerana tanpa penjelasan, sokongan menjadi semakin kurus, dan kekurusan berterusan boleh memustahilkan kemenangan pada masa depan.
 
Ahli Politik Mesti Bijak Membaca Minda Pengundi  
Di Syorkan Untuk Anda: Jangan Risau Ya Dr Mahathir, Kalau Gagal Semakan Kehakiman, Katil IJN Masih Banyak Kosong Ucapan Anwar Di Jadikan Afidavit Untuk Kukuhkan Semakan Kehakiman Titah Adendum Spin Syed Saddiq Untuk Tutup Penipuan Yang Di Dedahkan Fadilah  
Temui Kami: My TV Online Telegram Twitter Facebook Youtube Tiktok The post Ahli Politik Mesti Bijak Membaca Minda Pengundi appeared first on My TV ONLINE.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://my-tv.online/2024/06/10/ahli-politik-mesti-bijak-membaca-minda-pengundi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Politik Mainkan Isu Perkauman Tapi Dia

Ahli Politik Mainkan Isu Perkauman Tapi Dia

papar berkaitan - pada 31/5/2024 - jumlah : 161 hits
Zunar Di saat sesetengah AHLI POLITIK memainkan isu KAFIR MENGKAFIR dan kebencian kaum seorang rakyat biasa Michael Tong yang berbangsa Cina muncul menunjukkan contoh dengan mengambil dan membesarkan tiga anak angkat Melayu iaitu Rafie Rasy...
Lima Perkara Yang Anda Mesti Tahu Tentang Kenaikan Harga Diesel Kepada Rm 3 35 Liter Bermula 10 Jun 2024

Lima Perkara Yang Anda Mesti Tahu Tentang Kenaikan Harga Diesel Kepada Rm 3 35 Liter Bermula 10 Jun 2024

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 218 hits
Nazri Hamdan1 Mekanisma yang digunakan ialah Automatic Pricing Mechanism Ia bukan baru dan pernah diguna sebelum 2018 sebelum kerajaan PH 1 0 memansuhkannya APM akan membolehkan kita menjangkakan berapa harga diesel pada minggu depan dan se...
Bolehkah Bayi Minum Teh Chamomile Ini Info Mama Papa Mesti Tahu

Bolehkah Bayi Minum Teh Chamomile Ini Info Mama Papa Mesti Tahu

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 155 hits
Bolehkah minum teh chamomile ini info mama dan papa mesti tahu chamomile telah lama dikenali kerana khasiatnya yang menenangkan Secawan teh chamomile dapat membantu tidur lebih nyenyak dan tenang Bolehkah Bayi Minum Teh Chamomile Persoalann...
Program Keagamaan Di Tv Radio Mesti Ilmiah Agamawan

Program Keagamaan Di Tv Radio Mesti Ilmiah Agamawan

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 116 hits
Iqbal HarrazBeberapa tokoh berharap agar media massa khususnya milik kerajaan bertindak lebih cermat mendidik masyarakat dalam isu agama bagi menghidupkan nilai intelektualisme Gesaan itu dibuat apabila ada pandangan menganggap media teruta...
Sofyan Caleg Dprk Aceh Tamiang Diduga Pakai Hasil Jualan Narkoba Buat Biaya Politik

Sofyan Caleg Dprk Aceh Tamiang Diduga Pakai Hasil Jualan Narkoba Buat Biaya Politik

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 177 hits
Dari hasil penyidikan diduga kalau Sofyan telah menjalani bisnis haram ini sejak Maret 2024
Rutin Amalan Ibu Mengandung Menurut Islam Ibu Hamil Mesti Praktis Ni

Rutin Amalan Ibu Mengandung Menurut Islam Ibu Hamil Mesti Praktis Ni

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 172 hits
Tempoh sembilan bulan yang panjang adalah waktu terbaik untuk bakal ibu memanjakan diri Namun amalan rutin ini patut anda lakukan menurut pandangan Islam dan mengamalkan perkara perkara yang baik juga amat digalakkan Lebih baik buat anak di...
Politik Hanya Alat Bukan Matlamat

Politik Hanya Alat Bukan Matlamat

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 175 hits
Politik hanya alat bukan matlamat ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be kNMYuShsYkM src in org https www youtube com embed kNMYuShsYkM wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com embed kNMYu...
Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life