Ahli Akademik Bebas Bicarakan Isu 3r Asalkan Tidak Melampau Anwar


malaysiakini.com
Haspaizi Zain
Diterbitkan: Sep 21, 2024 5:19 PM
Kerajaan tidak menyekat kebebasan mana-mana ahli akademik untuk bersuara termasuk menyentuh isu berkaitan 3R (agama, kaum dan raja) asalkan tidak melampaui batas atau berunsur hasutan, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, perkara itu telah diberikan penekanan kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abdul Kadir.

"Seorang sarjana dari universiti tidak disuruh menjadi pak turut, harus bebas bicara dan ini yang kita tekankan dalam negara ini.

"Ini yang saya tekankan kepada menteri pendidikan tinggi sekiranya ada sekali pun yang bicara tentang 3R, itu hanya sekatan apabila kenyataan-kenyataan itu sudah melampau, menghasut kaum, membenci satu sama lain, mengguna agama untuk mendajalkan orang, memunafikkan orang dengan mudah,” katanya.

Perdana menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis memperingati ahli akdemik yang juga tokoh politik, Syed Husin Ali di Universiti Malaya (UM) hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata ucapan berbaur hasutan boleh membawa mesej yang salah kepada rakyat.

"Dan kalau di kalangan rakyat itu, mungkin akan membawa malapetaka dan rusuhan.

"Sama juga bukan Islam, kalau kita harbikan bukan Islam apa maknanya.

"Kalau kita kata bukan Melayu atau DAP ini kafir harbi, itu apabila dijelaskan di peringkat bawah bermakna orang yang menentang perlembagaan menentang negara dan berperang dengan negara, maknanya memberi ruang untuk bangkit berperang, kerana mereka itu bukan Islam yang dianggap menyimpang dari semangat bernegara," katanya.

Mengimbau mengenai Allahyarham Syed Husin Anwar berkata dia cukup mengkagumi sahabat yang juga gurunya itu dalam dunia politik.

Menyifatkan Allahyarham sebagai seorang berprinsip, Anwar berkata Syed Husin tidak pernah bercakap tentang soal peribadi, sebaliknya mahukan agenda reformasi dilaksanakan segera sebaik saja dia mengambil alih tampuk pentadbiran negara.

"Sebaik saja ada ruang, (Syed Husin) tak pernah bincang pasal kepentingan beliau, (tapi) asyik bicara ini belum buat, itu belum, ini belum.

"Masa kita berkuasa di (dalam) kerajaan Selangor, ada peluang lantik senator, bagi peluang (pada) dia...dia tolak," kata Anwar.

Sebagai menghargai jasa dan sumbangan Syed Husin pada politik dan negara, Anwar meminta Universiti Malaya menubuhkan kursi Syed Husin.

Oleh itu Anwar meminta pihak Universiti Malaya agar berbincang segera dengan keluarga Allahyarham bagi penubuhan kursi berkenaan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/ahli-akademik-bebas-bicarakan-isu-3r.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mou Dan Ahli Parlimen Pembangkang Hanya Nak Politikan Isu Mou Bukannya Jujur Nak Dapat Dana Bantu Rakyat

Mou Dan Ahli Parlimen Pembangkang Hanya Nak Politikan Isu Mou Bukannya Jujur Nak Dapat Dana Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 252 hits
Muhyiddin Yassin Abdul Hadi Awang Hamzah Zainudin sememangnya teruk Mereka nak minta peruntukan Kerajaan Madani sedia nak bagi dan cadangkan perundingan dan MoU dibuat Bila Kerajaan dah sedia hulur tangan ajak berbincang belum apai kata put...
Isu Mb Perlis Ahli Dan Pemimpin Bawahan Mula Bersuara

Isu Mb Perlis Ahli Dan Pemimpin Bawahan Mula Bersuara

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 145 hits
Muhasabah bukan terus kata tak betul kata ahli PAS berkait penafian isu MB PerlisAnne MuhammadPETALING JAYA Ahli PAS Perlis Mohd Saifizi Saidon menegaskan kritikan terhadap pimpinan secara terbuka termasuk berkait Menteri Besar Shukri Ramli...
Jangan Terpengaruh Isu Akmal Teresa Ahli Parlimen Kluang Beritahu Pengundi Cina

Jangan Terpengaruh Isu Akmal Teresa Ahli Parlimen Kluang Beritahu Pengundi Cina

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 183 hits
Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi bersama petugas media pada majlis ramah mesra di The Kopi Factory Kluang KLUANG Seorang pemimpin DAP merayu pengundi Cina di Mahkota tidak terpengaruh dengan isu perbalahan antara Ketua Pemuda Umno Dr Akmal ...
Pmx Ds Anwar Arah Siasat Segera Pendedahan Panas Mufti Perlis Isu Gisb

Pmx Ds Anwar Arah Siasat Segera Pendedahan Panas Mufti Perlis Isu Gisb

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 225 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu siasatan membabitkan Global Ikhwan Service and Business Holding disegerakan Kata Anwar isu itu penting diselesaikan segera kerana melibatkan akidah serta membabitkan dakwaan serius termasuk penyalahgunaan ...
Two Thirds Majority But Anwar S Coalition Is A House Of Cards Says Mahathir

Two Thirds Majority But Anwar S Coalition Is A House Of Cards Says Mahathir

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 267 hits
Dr Mahathir Mohamad has backed Perikatan Nasional s decision to reject the terms of a deal drawn up by Prime Minister Anwar Ibrahim s federal coalition to stay in power saying it was meant to appease its biggest partner DAP by preventing is...
Anwar Dan Cita Cita

Anwar Dan Cita Cita

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 194 hits
Zamri KadirHampir 30 tahun lalu beliau pernah mengadakan forum ilmuan seperti ini ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Sewaktu itu dinamakan Forum Ilmuan Malaysia dalam bentuk diskusi dengan pelbagai kumpulan bagi mendapatkan il...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Perak Deputy Speaker Defends Nga Over Abuse Of Power Claims

Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others

Madani Govt Finally Eyes Empathetic Ptptn Fix

Startup Paling Menarik Yang Diperkenalkan Di Google Cloud Next

Ditching The Vinegar Burn With These Expertly Crafted Keto Gummies Full Of Apple Flavor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perubahan Haid Bila Masuk Umur 40an

Benedict Tandang Mansang Rerigang Pulai Lelingai Chord

Gaza Kini Ialah Neraka Dunia Diciptakan Zionis

Every Scratch On This 1955 Bsa Gold Star Tells A Story

3h2m Park Avenue Sungai Petani

Akibat Terlebih Makan Ubat