Anwar Dan Cita Cita


 
Zamri Kadir
Hampir 30 tahun lalu, beliau (YAB Dato Seri DiRaja Anwar Ibrahim) pernah mengadakan forum ilmuan seperti ini ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri. Sewaktu itu dinamakan Forum Ilmuan Malaysia (FIM) dalam bentuk diskusi dengan pelbagai kumpulan bagi mendapatkan ilmu, pandangan dan input terbaik untuk menguruskan negara. 












Mereka yang hadir terdiri dari kalangan pemikir, teknorat, birokrat, pengendali khazanah ekonomi negara, pembuat dasar dan kalangan pempengaruh.


Rentetan daripada itu, hari ini atas kapasiti sebagai Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mewujudkan kembali forum ini dan dijenamakan sebagai Forum Ilmuan Malaysia Madani (FIM). Masih mengekalkan konsep yang lebih kurang sama, beliau lebih suka perbincangan ini diadakan secara santai, bersahaja tetapi yang paling penting matlamat dan objektifnya tercapai. 


Malah paling menarik ialah beliau sendiri yang mengendalikan majlis ilmu ini. Beliau membuka ruang untuk berinteraksi secara terbuka. 


Ketika saya melontarkan idea mengembalikan FIM ini kepada beliau, lantas beliau terus mengarahkan saya untuk memulakannya kembali. 


Beliau adalah “man of ideas”. Harapannya adalah mahu memastikan supaya idea-idea baru dapat digarap, kritikan membina terhadap pembaikan dasar dapat dilakukan, dan wawasan beliau dapat difahami dan dihadam oleh khalayak.


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil inisiatif mengkoordinasi serta merencana program FIM ini bersama dengan beberapa syarikat-syarikat utama kerajaan.


Alhamdulillah, dalam tempoh tidak sampai tiga minggu, majlis malam ini mengumpulkan lebih kurang 200 peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kali ini Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertindak selaku tuan rumah bersama. 


Perdana Menteri sendiri bertindak selaku moderator dan saya bersama Pengerusi TNB, Tan Sri Abdul Razak bin Abdul Majid serta Tan Sri Noor Azlan Ghazali diberi peluang membentangkan sedikit tentang pendidikan tinggi, peralihan tenaga dan juga ekonomi. 


Selepas itu, para hadirin diberi peluang untuk berinteraksi dan bertanya apa saja soalan kepada Perdana Menteri dan jawapan segera diberikan oleh Perdana Menteri sendiri. 


Rata-rata yang hadir memberi reaksi positif dan Perdana Menteri sendiri telah menyatakan akan ada siri FIM seterusnya secara bulanan dan akan dikelolakan oleh GLC lain seperti Petronas, Khazanah dan lain-lain pula. Insya-Allah kita akan terus mengadakan program ilmiah seperti ini dengan hasrat berkongsi pandangan untuk terus memajukan negara dalam tradisi Madani iaitu tradisi ilmu.


Terima kasih kepada yang hadir termasuk rakan-rakan kabinet, YB Steven Sim Chee Keong 沈志强, YB Fadhlina Sidek, YB Dr Zaliha Mustafa, YB Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Mohamad dan YB Dato’ Mustapha Sakmud. 


#ForumIlmuanMalaysiaMadani
#FIM
#doczam








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/09/anwar-dan-cita-cita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Cabar Pembangkang Nak Turun Jawatan Pm Bawa Usul Undi Tak Percaya

Anwar Cabar Pembangkang Nak Turun Jawatan Pm Bawa Usul Undi Tak Percaya

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 101 hits
Mohamad FadliKUALA LUMPUR Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali lagi mencabar pembangkang membawa usul undi tidak percaya terhadapnya pada sidang Dewan Rakyat bulan depan Beliau berkata pembangkang perlu mengikut undang undang dan bukan sewe...
Pas Balas Cabaran Anwar Dengan Cabaran Baru

Pas Balas Cabaran Anwar Dengan Cabaran Baru

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 167 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 21 2024 Baru beberapa jam dicabar oleh Anwar Ibrahim PAS hari ini bingkas menjawab berhubung usul undi tidak percaya yang dilontarkan perdana menteri malam tadi Menurut PAS berdepan dengan usul undi tidak per...
Fahami Maksud Kata Anwar

Fahami Maksud Kata Anwar

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 100 hits
MSOYang tersirat dalam ucapan Anwar di Aziata Bukit Jalil malam tadi pertama beliau selain daripada singgung sang penyangkau tetapi turut singgung si Sakatua Maknanya disini beliau bagi mesej mengingatkan agar jangan percaya dan dekati siSa...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang