Agong Sudah Bertitah Segerakan Sidang Parlimen
Pelbagai pihak menyokong titah Yang di-Pertuan Agong semalam agar sidang Parlimen dilaksanakan sewaktu perintah darurat berlangsung.
Bagi Ahli Parlimen Merbok, Nurin Aina, sidangan Parlimen amat perlu di tengah-tengah simpang siur politik dan kelemahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang amat mengesankan rakyat.
Katanya, sidang boleh mebahaskan wabak Covid yang semakin parah dan langkah-langkah yang lebih baik untuk kerajaan mengawal pandemik tersebut.
“Menjunjung kasih ke atas Yang di-Pertuan Agong di atas penzahiran titah Baginda bahawasanya Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat.
“Patik yang mewakili rakyat jelata di kawasan Parlimen Merbok sedari awal merasakan Parlimen mestilah terus memainkan peranannya dalam apa jua keadaan demi memastikan berlakunya proses semak dan imbang dalam sebuah kerajaan demokrasi berpelembagaan, apatah lagi dalam mendepani realiti cabaran pandemik Covid-19 yang sangat rumit.
“Kehidupan rakyat yang semakin terbeban, ekonomi yang makin mencengkam, peningkatan perilaku keganasan serta kematian akibat tekanan perasaan, memerlukan langkah-langkah segera bagi mengatasinya.
“Akta-akta penting bagi menyelamatkan golongan rentan khususnya terkait wanita, kanak-kanak, warga emas dan OKU perlulah dimuktamadkan (dalam sidang Parlimen),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Persidangan juga, menurut Pembantu Jurucakap Parlimen KEADILAN bagi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu boleh membincangkan dan mencari kata sepakat mengenai sistem pendidikan yang semakin dipertikaikan atau digunakan untuk membentang Rancangan Malaysia ke 12 sekiranya kerajaan PN bersedia melakukannya.
“Sistem pendidikan yang makin tergugat dan tidak relevan hari ini wajar diubahsuai bagi mendepani tantangan zaman dan kalis masa depan.
“Perancangan terjadual kerajaan bagi Rancangan Malaysia Ke-12 tidak wajar dilengahkan, ianya mestilah dibentangkan dan dibahaskan.
“Ampun Tuanku. Kami amat menyokong hasrat Seri Paduka Baginda agar peranan Parlimen dikembalikan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://suarapakatandaily.com/archives/31594