Agong Selesa Bersama Rakyat




Ahmad Shah Al Musta’in Billah.
Keperibadian Yang di-Pertuan Agong Ke-16 sebagai insan prihatin, merendah diri dan sentiasa mendampingi rakyat terutamanya semasa bencana sememangnya tidak asing lagi khususnya bagi rakyat Pahang kerana ia sudah menjadi kelaziman bagi keluarga Diraja Pahang sejak sekian lama

Video tular yang menunjukkan Sultan Abdullah turun mencemar duli dari kenderaan rasmi bagi membantu mangsa kemalangan semasa dalam perjalanan ke mesyuarat pra-Kabinet bersama-sama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Istana Melawati, Putrajaya baru-baru ini, adalah antara sifat peduli rakyat Seri Paduka

Begitu juga dengan laporan yang menunjukkan Al-Sultan Abdullah beratur sendiri ketika membeli makanan di sebuah restoran makanan segera di Pahang membuktikan Seri Paduka tidak menjadikan kedudukannya di singgahsana sebagai penghalang untuk mendekati rakyat

Bertitah mengulas dua laporan itu, Al-Sultan Abdullah menyifatkan kejadian yang ditularkan di media sosial itu bukanlah bagi mendapatkan publisiti sebaliknya merupakan sesuatu yang sudah sebati dan sering dilakukan semasa di Pahang

“Bukan saya nak pujian, tepukan, nak dapat kredit…saya kata dengan ikhlas, saya akan teruskan. Bukan sekadar daripada Almarhum ayahanda saya, bahkan daripada nenenda saya. Jadi, ini telah sebati dengan kita. Saya lebih selesa kalau saya dengan rakyat.
“Masa hari pertama saya datang sini saya jumpa dengan Perdana Menteri (Dr. Mahathir), saya kata ‘Tun, istana terlalu besar untuk saya, saya tidak biasa duduk istana besar’. Dia senyum sahaja… itu yang saya suarakan, saya akan terus cuba dekat dan bersama dengan rakyat walau di sini sekalipun,” titah Seri Paduka

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika wawancara khas bersama media di Istana Negara baru-baru ini sempena pertabalan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada 30 Julai ini

Menceritakan kembali kejadian semasa membantu mangsa kemalangan itu, sambil tersenyum Al-Sultan Abdullah bertitah selain ingin membantu sekiranya ada mangsa yang cedera, Seri Paduka juga mempunyai satu lagi sebab tersendiri

” …selalunya trafik sesak apabila ada kemalangan. Jadi, itu antara sebabnya. Kalau boleh saya nak cepat alihkan kenderaan ke tepi, panggil polis supaya ‘jem’ itu cepat selesai. Itu antara sebabnyalah selain membantu dengan ikhlas.
“Kalau ada kecederaan, kita bantu bawa pergi hospital dan kedua pasal trafik…and now you know (kini, anda tahulah kisahnya),” titah Seri Paduka

Gara-gara video tular itu, Al-Sultan Abdullah turut berkongsi cerita bahawa ada individu yang membuat panggilan kepada Seri Paduka bertanyakan bila mahu ke Melaka kerana mereka hendak menunggu di sana dan melakukan kemalangan ‘olok-olok’ supaya mereka mendapat peluang dibantu oleh Seri Paduka

Dekatkan institusi diraja dengan rakyat
Diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, sememangnya kehidupan Al-Sultan Abdullah tidak dapat lari daripada protokol. Namun, Seri Paduka tidak pernah menjadikannya sebagai kekangan untuk mendekati rakyat

Kata-kata yang sering dilafazkan oleh Almarhum Sultan Ahmad Shah iaitu ‘raja dan rakyat berpisah tiada’ menjadi pegangan Seri Paduka sehingga kini

“Saya selalu anggap bahawa saya adalah rakyat juga, saya tidak anggap saya sebagai raja… protokol itu ada, tetapi saya tak boleh kaku sangat. Kadang kala secara spontan, saya akan buat apa yang boleh mendekatkan saya dengan rakyat secara spontan.
“Saya nak kata saya tidak boleh buat begitu begini, susah juga…yang mana boleh turun padang, yang mana boleh dekat dengan rakyat, yang mana boleh bersalam dengan rakyat, yang mana boleh bercakap dengan rakyat, saya akan buat,” titah Seri Paduka

Al-Sultan Abdullah bertitah sebagai Ketua Islam di empat negeri yang diperintah oleh Yang di-Pertua Negeri, tiga Wilayah Persekutuan serta di Pahang, Seri Paduka cuba meluangkan masa untuk menunaikan solat Jumaat secara bergilir-gilir di sana selain menunaikan solat Jumaat di Masjid Istana Negara supaya dapat lebih dekat dengan rakyat

Pemilihan sebagai Yang di-Pertuan Agong
Mengulas pelantikan sebagai Sultan Pahang keenam dan pemilihan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah sama sekali tidak pernah menjangka kedua-dua perkara itu berlaku dalam tempoh yang singkat

Keadaan ‘di luar jangka’ itu menyebabkan Seri Paduka menerima pelantikan dan pemilihan untuk kedua-dua jawatan itu dengan perasaan yang bercampur baur

“Saya memang tidak jangka yang saya akan dianugerah menjadi Sultan Pahang dan seterusnya sebagai Agong kerana ketika itu pada Januari, Paduka Ayahanda masih lagi ada dan sihat.
“Namun kemudian, Majlis Raja-Raja telah menyatakan ada pertukaran atas sebab-sebab yang kita semua sudah maklum. Pada ketika itu, saya tidak memikir soal saya akan menjadi Yang di-Pertuan Agong dan saya tidak fikir saya akan menjadi Sultan kerana kalau mengikut perkiraan penggiliran, jawatan Yang di-Pertuan Agong yang dahulu akan tamat pada tiga tahun lagi.
“Jadi, sukar untuk saya menyatakan apa akan terjadi dalam masa dua tiga tahun kerana tiada siapa yang dapat meramalkan. Samalah dengan saya…saya tidak boleh buat ramalan. Apabila ini sudah terpanggil dan terjadi, saya terima hakikat dengan perasaan sedih ada, pilu pun ada,” titah Seri Paduka

Bagaimanapun, Al-Sultan Abdullah bersyukur serta reda dengan ketentuan Allah S.W.T serta bersedia dengan tanggungjawab yang diamanahkan itu dan memerlukan segala dorongan, sokongan selain pandangan yang boleh membawa kebaikan untuk Malaysia

Pertabalan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada Selasa ini juga mencatatkan sejarah tersendiri bagi Al-Sultan Abdullah kerana pada tarikh bersejarah itu, Seri Paduka akan genap berusia 60 tahun

“Hari itu adalah hari pertama saya menjadi 60 tahun. On my birthday (pada hari ulang tahun keputeraan saya)… secara kebetulan dan dan pertama kali saya ditabal sebagai seorang Raja. Sudah tentu ia satu hari yang cukup besar ertinya.
“Cukup signifikan. Selalu kalau kita (berusia) 60 (tahun), dah fikir tetang persaraan. Saya pula baru nak start (mula) kerja. Saya berharap hari itu akan menjadi hari yang cukup memorable (tidak dapat dilupakan) bermakna) bagi saya berdua. Saya mengharapkan doa daripada rakyat supaya kita semua berada dalam keadaan yang aman dan selesa,” titah Seri Paduka

Al-Sultan Abdullah mengakui pendedahan awal menjadi Putera Mahkota seawal usia 15 tahun dan Pemangku Raja Pahang semasa berusia berusia 20 tahun banyak membantu dirinya dalam menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong sejak Januari yang lalu

Almarhum Sultan Ahmad Shah yang sering mengamanahkan Seri Paduka untuk menyelesaikan permasalahan di peringkat negeri, mewakili pada Mesyuarat Raja-Raja mahupun persatuan bola sepak telah menjadikan Al-Sultan Abdullah lebih matang dalam melaksanakan tugas

“Ayahanda memang meletakkan expectation(harapan) yang begitu tinggi kepada saya, daripada muda sampai tua, baginda telah memberi banyak exposure (pendedahan) dan peluang untuk saya. Didedahkan dengan jawatan Tengku Mahkota dan Pemangku Raja Pahang.
“Itulah pengalaman yang amat membantu dan saya begitu terhutang budi (dengan Paduka Ayahanda) dan I hope I can deliver (saya berharap saya dapat melaksanakannya). Insya-Allah,” titah Seri Paduka

Tunku Azizah, Lionel Richie dan Istana Abdulaziz
Dalam kesibukan baginda menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah yang meminati alunan lagu penyanyi terkemuka Lionel Richie, menzahirkan rasa rindu kepada ‘rumah’ di Istana Abdulaziz di Kuantan menyebabkan Seri Paduka meluang masa untuk pulang ke sana

Di istana itulah Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membesarkan putera dan puteri Seri Paduka berdua

“Istana Abdulaziz is a home to us (adalah rumah kami). So obviously we treasure our best time there (Oleh itu, kami amat menghargai masa-masa indah kami di sana) dan memang, saya rindukan katil saya, saya rindukan gim saya. Namun, Alhamdulillah di Istana Negara pun semua staf, penghuni di sini begitu profesional,” titah Seri Paduka

Al-Sultan Abdullah, yang semakin membiasakan diri dengan kehidupan di Istana Negara, bertitah bahawa waktu paginya dimulakan dengan memeriksa telefon selain melihat jadual kerja sebelum ke gimnasium dan kemudian menerima menghadap para menteri dan pegawai kerajaan

Ditanya tentang Tunku Azizah, Al-Sultan Abdullah menganggap Raja Permaisuri Agong sebagai seorang yang teliti, romantik dan berpendirian teguh

“Kelebihan dia (Permaisuri), dia begitu hands on, very meticulous, particular…she is also romantic..she gives strong opinion and is very good at that. Alhamdulillah…” titah baginda


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join
https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://berita-saya.blogspot.com/2019/07/agong-selesa-bersama-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Berikrar Fahami Bantu Rakyat Malaysia

Agong Berikrar Fahami Bantu Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 354 hits
Agong berikrar fahami bantu rakyat Malaysia Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 30 Jul 2019 11 55PM
Agong Mahu Kerajaan Ph Lebih Tangkas Tangani Masalah Rakyat

Agong Mahu Kerajaan Ph Lebih Tangkas Tangani Masalah Rakyat

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 279 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah memohon kerajaan supaya bertindak lebih proaktif bagi menyelesaikan masalah rakyat Baginda berkata perkara itu bagi memastikan setiap masyarakat dapat...
Rakyat Bersemut Bila Melihat Agong Dan Permaisuri R0mantis Berpegangan Tangan

Rakyat Bersemut Bila Melihat Agong Dan Permaisuri R0mantis Berpegangan Tangan

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 497 hits
Sungguh r0mantis berpegangan tangan sambil menghayun tangan diikuti ketawa ceria Rakyat Bersemut Bila Melihat Agong Dan Permaisuri R0mantis Berpegangan Tangan
Penantian Rakyat Malaysia Berakhir Ainul Mardhiah Selamat Tiba Di Tanah Air

Penantian Rakyat Malaysia Berakhir Ainul Mardhiah Selamat Tiba Di Tanah Air

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 289 hits
Penantian Rakyat Malaysia Berakhir Ainul Mardhiah Selamat Tiba Di Tanah Air Penantian rakyat Malaysia terhadap kepulangan Ainul Mardhiah ke tanah air kini berakhir setelah dilaporkan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpu...
Pm Rohingya Perlu Dilayan Sebagai Rakyat Atau Diberi Wilayah Sendiri

Pm Rohingya Perlu Dilayan Sebagai Rakyat Atau Diberi Wilayah Sendiri

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 227 hits
KUALA LUMPUR Etnik Rohingya seharusnya dilayan sebagai rakyat Myanmar atau diberikan wilayah sendiri untuk membentuk negeri kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Beliau berkata meskipun Malaysia secara amnya tidak mahu campur tangan ...
Penurunan Had Umur Mengundi Tunjuk Keyakinan Rakyat Terhadap Belia

Penurunan Had Umur Mengundi Tunjuk Keyakinan Rakyat Terhadap Belia

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 216 hits
Kota Bahru Penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun adalah wajar kerana golongan belia pada usia itu telah matang untuk membuat pilihan kerana arus kemajuan teknologi telah mendedahkan mereka kepada senario politik seluruh dunia Mereka b...
Kejayaan Najibrazak Di Turkey Yang Ramai Rakyat Malaysia Tidak Tahu

Kejayaan Najibrazak Di Turkey Yang Ramai Rakyat Malaysia Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 684 hits
Semalam Tun Dr Mahathir dilaporkan telah melawat lapangan terbang kedua terbesar Turki iaitu Sabihah Gokcen International Airport ketika lawatan rasminya ke negara tersebut Mahathir pun kena troll dengan surat khabar tempatan Ramai yang tid...
Absolutely Halal Malaysia Adalah Ekspo Halal Bagi Seluruh Rakyat Malaysia

Absolutely Halal Malaysia Adalah Ekspo Halal Bagi Seluruh Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 622 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Siapa sini sepanjang cuti Sabtu dan Ahad lepas sempat pergi ker Absolutely Halal Malaysia di Mid Valley Exhibition Center Korang untung sebab dapat...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids