Penurunan Had Umur Mengundi Tunjuk Keyakinan Rakyat Terhadap Belia


Kota Bahru : Penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun adalah wajar kerana golongan belia pada usia itu telah matang untuk membuat pilihan kerana arus kemajuan teknologi telah mendedahkan mereka kepada senario politik seluruh dunia.
Mereka berpendapat bahawa langkah itu jelas memperlihatkan  keyakinan kerajaan terhadap golongan belia untuk sama-sama terlibat dalam pembangunan negara.
Pelajar Kolej Vokasional Bachok (KVB) Mohd Hilmie Harif,17, berkata golongan belia pada usia 18 kini  tidak lagi seperti dahulu kerana mereka banyak mempelajari serta membaca mengenai arus politik duinia menerusi ledakan teknologi maklumat.
“Lagipun sudah banyak negara di dunia yang mengamalkannya dan sudah sampai masanya Malaysia dalam pentadbiran kerajaan baharu mengambil pendekatan itu apatah lagi kita sudah menghampiri 2020,” katanya kepada sumber di sini, hari ini.
Beliau berkata bagaimanapun kerajaan melalui Kementerian Pendidikan perlu menambahbaik sukatan pelajaran kenegaraan sedia ada agar belia lebih memahami dan mendalami konsep bernegara dengan lebih baik.
Sementara itu, Presiden Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) Mohd Syahbudin Hashim berkata pendekatan yang diambil kerajaan itu tepat dan sesuai dengan perkembangan semasa.
“Perubahan ini memberi peluang kepada golongan belia untuk turut sama bertanggungjawab sebagai pemilih namun kita harap golongan ini mendapat lebih pendedahan untuk memahami konsep kenegaraan dan peranan mereka kepada negara,.
“Kita harap peluang ini juga dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan belia memandangkan kelompok ini antara jumlah pengundi paling ramai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti,” katanya.
Mohd Syahbudin berkata beliau yakin pada usia 18 tahun belia sudah cukup matang untuk membuat penilaian sewajarnya dalam menentukan hala tuju negara.
Dalam pada itu, Pengarah Pertubuhan Peradaban Melayu (Peradaban) Kelantan Datuk A Aziz Deraman berkata perubahan undang-undang baharu itu perlu disertai pengisian yang sewajarnya.
“Kerajaan perlu segera mengambil pelbagai pendekatan termasuk kempen memahami konsep bernegara dan kebertanggungjawaban kepada negara.
“Ini bagi memastikan pada usia 18 tahun belia sedar dan benar-benar faham bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan sumbangan besar kepada pembangunan negara kerana masa hadapan negara bergantung kepada mereka,” katanya.
Dewan Rakyat sebelum in meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun, pendaftaran pengundi automatik pada usia 18 tahun, dan menurunkan umur calon bertanding pilihan raya kepada 18 tahun lulus dengan sokongan dua pertiga  Dewan Rakyat pada 16 Julai lepas.
Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dilaporkan telah mengumumkan seramai 211 menyokong usul itu dan tiada ahli Parlimen yang menolaknya dalam undi belah bahagi yang diadakan selepas perbahasan oleh wakil-wakil rakyat pemerintah dan pembangkang.
Jemaah menteri sebelum ini bersetuju untuk menurunkan umur mengundi pada September tahun lepas dan kerajaan juga memasukkan cadangan pembangkang yang mahu warganegara mencecah usia 18 tahun didaftarkan sebagai pengundi secara automatik dan membolehkan warganegara yang berusia 18 tahun bertanding pilihan raya dalam RUU itu.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika membentangkan usul itu berkata, dengan penurunan had umur mengundi dan pendaftaran automatik itu, seramai 7.8 juta pengundi baharu akan dimasukkan dalam daftar pemilih setiap tahun sehingga 2023.
Sumber : Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/28/penurunan-had-umur-mengundi-tunjuk-keyakinan-rakyat-terhadap-belia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politik Had Umur Mengundi

Politik Had Umur Mengundi

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 203 hits
PADA minggu lalu Dewan Rakyat telah meluluskan RUU Perlembagaan 2019 bagi menurunkan had umur kelayakan mengundi daripada 21 tahun ke 18 tahun dan pendaftaran pengundi secara automatik apabila mencecah usia tersebut RUU itu sebenarnya akan ...
Dewan Negara Lulus Pindaan Akta Turunkan Had Umur Belia Kepada 30 Tahun

Dewan Negara Lulus Pindaan Akta Turunkan Had Umur Belia Kepada 30 Tahun

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 271 hits
KUALA LUMPUR Rang Undang Undang Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2019 bertujuan antara lain menurunkan had umur dalam takrif belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun diluluskan Dewan Negara hari ini Ia diluluskan pada sesi yang dipenge...
Had Umur Belia Johor Dianggap Selesai Kerajaan Negeri Akan Jumpa Persatuan

Had Umur Belia Johor Dianggap Selesai Kerajaan Negeri Akan Jumpa Persatuan

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 324 hits
Isu had umur belia di Johor dianggap selesai dan kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan pelbagai persatuan belia berhubung isu berkenaan Menteri Besar Johor Dr Sahruddin Jamal berkata kerajaan negeri juga tetap dengan pendirian un...
Had Umur Mengundi 18 Thn Ph Pasang Perangkap Sendiri

Had Umur Mengundi 18 Thn Ph Pasang Perangkap Sendiri

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 440 hits
PH memang saja cari penyakit Tanpa kajian dan penelitian PH tiba2 nk tunjuk baik Konon atas alasan negara lain bnyk yg dah buat kita pun kena ikut Tanpa melihat ke dalam diri kita kerajaan baru setahun jagung yg masih terumbang ambing penuh...
Persepsi Rakyat Terhadap Keseriusan Kerajaan Basmi Rasuah Meningkat 11

Persepsi Rakyat Terhadap Keseriusan Kerajaan Basmi Rasuah Meningkat 11

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 194 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Umur 18 Tahun Kini Boleh Mengundi Di Malaysia

Umur 18 Tahun Kini Boleh Mengundi Di Malaysia

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 554 hits
Usul pindaan Perlembagaan Persekutuan yang dibentangkan di Dewan Rakyat bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun kini telah diluluskan menjadikan Malaysia menyertai majoriti negara di dunia yang memberikan hak men...
Dr Dzulkefly Had Umur Peka B40 Di Turun Kepada 40 Tahun

Dr Dzulkefly Had Umur Peka B40 Di Turun Kepada 40 Tahun

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 228 hits
TEMERLOH Had umur bagi penerima manfaat Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 diturunkan daripada 50 tahun menjadi 40 tahun kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Beliau berkata keputusan itu dipersetujui pada mesyuarat pas...
Malaysia Cipta Sejarah Baharu Pindaan Umur Mengundi 18 Tahun Diluluskan

Malaysia Cipta Sejarah Baharu Pindaan Umur Mengundi 18 Tahun Diluluskan

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 344 hits
Berikutan cadangan kerajaan Malaysia untuk menurunkan had umur mengundi dan had umur calon pilihan raya seawal 18 tahun hari ini Malaysia berjaya melakar sejarah baru dengan lulusnya pindaan Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat petang t...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi