Agong Boleh Lantik K Jaan Sementara Lepas Umno Tinggalkan Bersatu


malaysiakini.com
Zikri Kamarulzaman
Diterbitkan Hari ini 10:23 am

Jika Umno akhirnya membuat ketetapan memutuskan hubungannya dengan Bersatu pada perhimpunan agung parti itu pada 31 Jan ini, ia tidak semestinya membawa kepada pembubaran parlimen pada 1 Feb, kata Nazri Aziz.

Bekas menteri undang-undang itu berkata dalam keadaan Umno tidak lagi memberikan sokongan kepada Bersatu, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik kerajaan sementara sehingga keadaan selamat untuk pilihan raya umum (PRU) diadakan.

"Apa yang dilakukan Umno sekarang adalah untuk mencetuskan situasi yang akhirnya akan membawa kepada pembubaran parlimen agar PRU diadakan.

"Tetapi ia masih bergantung kepada Agong untuk memutuskan bila parlimen boleh dibubarkan.

"Itu adalah hak Agong. Kalau agong rasa belum masa untuk bubar parlimen, baginda boleh melantik kerajaan sementara," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata situasi semasa Covid-19 di negara ini berada pada tahap genting dan mencadangkan agar perintah kawalan pergerakan lebih bersasar dilaksanakan.

Ia berlaku ketika hubungan Umno dengan Bersatu semakin tegang ekoran satu demi satu bahagian parti itu mengemukakan usul untuk menamatkan kerjasama terbabit.

Malam tadi Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk membawa usul berkenaan ke perhimpunan agung parti pada hujung bulan ini supaya diputuskan.

Kekal pendirian tolak DAP, Anwar

Umno sendiri sebelum ini mendesak agar PRU diadakan segera dengan alasan supaya kerajaan yang mendapat mandat rakyat dapat dibentuk.

Kata Nazri walaupun usul tersebut belum diputuskan secara rasmi dia berpendapat langkah menamatkan hubungan dengan Bersatu itu akan berlaku juga akhirnya.

Pun begitu ahli parlimen Padang Rengas itu berkata tanpa sokongan Umno kepada Bersatu dan Perikatan Nasional (PN), PRU ke-15 tidak semestinya diadakan serta-merta.

Nazri juga menegaskan, langkah Umno menolak Bersatu tidak semestinya bermakna mereka mahu membentuk kerajaan dengan kerjasama Presiden PKR Anwar Ibrahim.

"Kalau kita boleh adakan PRU, mengapa Umno mahu bentuk kerajaan dengan PKR?" katanya.

Semalam bekas setiausaha agung BN, Annuar Musa mendakwa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pernah menulis kepada Agong untuk menyatakan sokongan terhadap usaha Anwar menjatuhkan kerajaan PN.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub pula berkata Pakatan Harapan menyedari perkembangan itu sejak Sept tahun lalu dan terbuka untuk bekerjasama dengan Ahmad Zahid bagi menggantikan kerajaan sekarang.

Kata Nazri buat masa ini Umno kekal dengan pendirian mereka iaitu menolak DAP dan Anwar.

[Baca berita asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/agong-boleh-lantik-kjaan-sementara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kali Ini Dengarlah Nasihat Ku Li Umno Boleh Hidup Tanpa Bersatu Tapi Bersatu Akan Mati Tanpa Umno

Kali Ini Dengarlah Nasihat Ku Li Umno Boleh Hidup Tanpa Bersatu Tapi Bersatu Akan Mati Tanpa Umno

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 379 hits
Walaupun Tengku Razaleigh Hamzah merupakan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO tetapi tidak pernah pun selama ini nasihatnya diminta didengari atau dipedulikan oleh pucuk pimpinan parti itu Bahkan kerana kedudukannya yang tiada fungsi itu tiada...
Lantik Tpm Dari Umno Tanda Komitmen Bersatu Jaga Gabungan Pn

Lantik Tpm Dari Umno Tanda Komitmen Bersatu Jaga Gabungan Pn

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 322 hits
UMNO tidak boleh selama lamanya dijadikan arah menuding jari sebagai parti yang boleh menyebabkan kerajaan terus goyah dan hilang sokongan Justeru Parti Pribumi Bersatu Malaysia perlu terus menunjukkan komitmen sebagai parti yang mempunyai ...
Pas Akan Pilih Bersatu Dan Tinggalkan Umno Sebab Mudah Dapat Kerusi 18 Ketoi Hanyut Akan Ikut Asal Dapat Jawatan Kah

Pas Akan Pilih Bersatu Dan Tinggalkan Umno Sebab Mudah Dapat Kerusi 18 Ketoi Hanyut Akan Ikut Asal Dapat Jawatan Kah

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 279 hits
January 5 2021 PENGANALISIS meramalkan PAS akan meneruskan hubungannya dengan Bersatu dan meninggalkan Umno kerana dapat mengelak konflik besar rundingan kerusi dalam Perikatan Nasional berbanding rundingan dengan Umno Tidak seperti Umno PA...
Pas Jadi Jambatan Penghubung Umno Bersatu

Pas Jadi Jambatan Penghubung Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 318 hits
PAS tidak akan meninggalkan Muafakat Nasional dan mahu pun Perikatan Nasional sebaliknya bersedia menjadi jambatan penghubung bagi mengukuhkan hubungan dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia menjelang pilihan raya umum Naib Presiden...
Riuh Antara Umno Pas Bersatu Umpama Alih Perabot Dalam Rumah Hj Hadi

Riuh Antara Umno Pas Bersatu Umpama Alih Perabot Dalam Rumah Hj Hadi

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 351 hits
Abdul Hadi yakin ketidaktentuan politik negara dijangka membuatkan kerajaan Perikatan Nasional bertambah kukuh kerana tiada parti mempunyai majoriti bagi membentuk Kerajaan Pusat baharu ALOR SETAR Perbalahan yang dilihat berlaku membabitkan...
Lembaga Disiplin Umno Boleh Siasat Annuar Jika Ada Aduan Rasmi

Lembaga Disiplin Umno Boleh Siasat Annuar Jika Ada Aduan Rasmi

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 249 hits
Bekas setiausaha BN Annuar Musa akan disiasat oleh Lembaga Disiplin Umno sekiranya terdapat sebarang aduan rasmi oleh ahli ahli parti berikutan kenyataannya pada sidang media yang dianggap menyerang dan memalukan parti Namun Pengerusi Lemba...
Kerjasama Dengan Dap Anwar Punca Umno Masuk Bersatu Dakwa Zahid Md Arip

Kerjasama Dengan Dap Anwar Punca Umno Masuk Bersatu Dakwa Zahid Md Arip

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 381 hits
malaysiadateline com Pemimpin Parti Pribumi Bersatu menafikan sekeras kerasnya dakwaan parti itu mencuri ahli Umno dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai satu penghinaan kepada akar umbi Umno yang memilih untuk menyertai Bersatu Senator M...
Puad Zarkashi Ingatkan Annuar Musa Yang Rancang Nak Bubar Umno Adalah Bersatu Bukan Pkr Atau Dap

Puad Zarkashi Ingatkan Annuar Musa Yang Rancang Nak Bubar Umno Adalah Bersatu Bukan Pkr Atau Dap

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 317 hits
Akan ada yang komen kenapa perbezaan pendapat dibahas di luar Pada mereka musuh akan untung jika berlaku perbahasan terbuka UMNO adalah parti besar Ia kembali bangkit UMNO wajar lebih terbuka Jangan sapu sampah bawah carpet Jangan apologati...
Sebab Apa Umno Tidak Boleh Mengadap Ydp Tanyalokman Sambil Hentam Annuar

Sebab Apa Umno Tidak Boleh Mengadap Ydp Tanyalokman Sambil Hentam Annuar

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 233 hits
ZUS DINTahu pun tak cukup numbers bangang le kalau UMNO tak berpakat dengan PH nak bagi cukup numbers Sudahnya kekal macam sekarang Sape yang bangang
Prism Perkenalkan Prism Care Servis Penyaman Udara Mudah Mampu Milik Jaminan Sehingga 7 Tahun

Kad Kredit Terbaik Untuk Ganjaran Cashback Isi Minyak

Cara Masak Pad Kra Pao Daging Sedap Resipi Asli Selatan Thailand

Masak Ikan Kerapu Stim Hong Kong Daging Masak Halia

Stres Melampau Urus 6 Anak Isteri Ini Berpakat Dengan Doktor Sekolahkan Suami Trik Wanita Ini Raih Perhatian

Pengawal Keselamatan Maut Motosikalnya Langgar Lori Tangki

The Day Trippers Come For Trieste

Cara Buat Acar Limau Kasturi Paling Sedap Rasa Masam Manis Pedas Perfect


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Polis Tahan Lelaki Lepas Tembakan Di Kuil

Tak Perlu Tembakan Pejuang 18 Askar Israel Ambil Nyawa Sendiri

Apa Boleh Kita Pelajari Apa Berlaku Di Indonesia

Asyraf Wajdi Dedah Rekod Lampau Punca Kebanyakan Kes Buli Di Mrsm

Mahkamah Perintah Kda Fc Bayar Lebih Rm300 Ribu Kepada Sony Norde

Avolia Feat Maulana Ardiansyah Rindu Itu Berat Chord