Pas Jadi Jambatan Penghubung Umno Bersatu



(PN BBC) – PAS tidak akan meninggalkan Muafakat Nasional (MN) dan mahu pun Perikatan Nasional (PN), sebaliknya bersedia menjadi jambatan penghubung bagi mengukuhkan hubungan dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjelang pilihan raya umum (PRU-15).
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara berkenaan selari dengan penegasan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengukuhkan MN dan memperkasakan PN di peringkat pusat.
Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata kerjasama PAS parti yang membentuk gabungan MN dan PN perlu diperkukuhkan jika mereka mahu membentuk kerajaan Persekutuan yang kuat selepas PRU-15.
“Kalau kita nak menjadi kerajaan yang gagah, dalam pilihan raya akan datang ini perlu ada kerjasama yang mantap antara PAS, UMNO dan BERSATU… pengalaman yang lepas kita lihat kerajaan ini tidak stabil kerana jumlahnya (majoriti) kecil.
“Baru-baru ini dalam Belanjawan 2021, kita berjaya dengan undian 111 bagi kerajaan Perikatan Nasional dan 108 pembangkang, berbeza tiga undi… jadi dengan undian itu kerajaan jadi tidak stabil dan menjejaskan keyakinan pelabur,” katanya pemberita selepas Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, dalam PN tidak ada satu pun parti yang boleh bergerak sendiri bagi menghadapi PRU-15 yang akan diadakan pada bila-bila masa tahun depan.
“Saya pernah sebut sebelum ini, ketiga-tiga parti ini iaitu PAS, UMNO dan Bersatu secara asasnya tidak ada satu pun yang boleh berdiri sendiri. Jadi disebabkan itu kita mesti merapatkan persefahaman dan mengurangkan pertembungan.
“Setakat ini pertemuan antara sayap parti sedang berjalan dan kita dapat maklumat hubungan itu ada, cuma secara formal dan tidak formal… tapi di semua peringkat hubungan antara PAS dan UMNO secara asasnya memang berlaku dan berjalan dengan baik,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Amar berkata, PAS mengetahui UMNO dan Bersatu mempunyai masalah dan sewajarnya semua pihak berusaha mengetepikan pertembungan dan perselisihan, sekali gus mencari titik pertemuan untuk kepentingan bersama.
“Untuk pilihan raya akan datang… paling lewat pun pada pandangan saya secara peribadi adalah pada Jun hadapan.
“Kita nak pilihan raya akan datang ini dapat wujudkan kerajaan yang lebih gagah dan stabil, yang bukan hanya menjaga kepentingan orang Melayu, Islam tetapi seluruh rakyat,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Amar berkata, beliau difahamkan MN tidak boleh didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) disebabkan nama itu sudah digunakan pihak lain.
“Nama tu sudah ada didaftarkan di ROS dan kita tidak tahu macam mana… itu yang saya difahamkan… sebab itu kita tidak boleh nak daftar, kalau nak daftar kena buat perubahan nama.
“Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada lagi cadangan nama lain… untuk kita berjalan kita kekalkan dengan MN cuma tidak daftar,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/12/30/pas-jadi-jambatan-penghubung-umno-bersatu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tanpa Bersatu Dan Pas Mengapa Tidak

Umno Tanpa Bersatu Dan Pas Mengapa Tidak

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 314 hits
malaysiakini comJika Umno akhirnya terpaksa membawa haluan sendiri menjelang pilihan raya umum ke 15 nanti ia bukanlah masalah kata Pengerusi Lembaga Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah Mengapa tidak katanya ketika disoal berkenaan kemam...
Populariti Bersatu Merudum Pas Perlukan Umno

Populariti Bersatu Merudum Pas Perlukan Umno

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 243 hits
PAS dilihat mempunyai peluang lebih baik jika bersama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 yang dikatakan akan berlangsung tahun ini Ini kerana populariti Parti Pribumi Bersatu Malaysia didakwa semakin merudum Sekiranya Pas mahu bergan...
Gabungan Bersatu Dan Pas Tak Mampu Tewaskan Umno Penganalisis

Gabungan Bersatu Dan Pas Tak Mampu Tewaskan Umno Penganalisis

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 291 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 9 43 amGabungan PAS dan Bersatu tidak akan dapat menewaskan Umno sekiranya parti parti sekutu berkenaan bertembung pada pilihan raya umum akan datang kata bekas pensyarah kanan dari Universiti Malaysia S...
Pas To Terminate Officers Appointed In Kelantan Areas Won By Umno Bersatu

Pas To Terminate Officers Appointed In Kelantan Areas Won By Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 276 hits
The Kelantan PAS government will from next year terminate the services of all supervisory officers appointed in parliamentary and state constituencies which were won by Umno and Bersatu Kelantan Deputy Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah s...
Agak Agak Kes Lebai Ni Lepas Atau Tidak Perantara Jambatan Pas Umno Dizaman Najib

Agak Agak Kes Lebai Ni Lepas Atau Tidak Perantara Jambatan Pas Umno Dizaman Najib

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 229 hits
Bicara kes CBT RM3 65 juta bekas pemimpin PAS Nasharudin 1 April December 18 2020 Nasharudin Mat Isa berdepan perbicaraan 17 pertuduhan pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram SHAH ALAM Perbicaraan bekas timbalan presiden PAS Nasharu...
Perang Saraf Umno Pkr Vs Bersatu Pas

Perang Saraf Umno Pkr Vs Bersatu Pas

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 292 hits
Walaupun hayat Belanjawan 2021 selamat daripada digagalkan pembangkang dalam undian terakhirnya pada 15 Dis lalu suhu politik dalam negara dijangka akan terus menggelegak dengan pelbagai percaturan lanjut Bekas penasihat media perdana mente...
Umno Pas Bersatu Ibarat 3 Beradik Inginkan Gadis Sama

Umno Pas Bersatu Ibarat 3 Beradik Inginkan Gadis Sama

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 328 hits
Martin VengadesanApabila Bersatu dan sejumlah ahli Parlimen PKR keluar dari PH dan bersama sama Umno dan PAS untuk menubuhkan Perikatan Nasional ia seolah olah seperti fajar baru untuk sebuah perikatan politik Melayu yang sukar ditumbangkan...
Chin Huat Chat 2 Umno Pas Bersatu Like Three Brothers After Same Girl

Chin Huat Chat 2 Umno Pas Bersatu Like Three Brothers After Same Girl

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 299 hits
When Bersatu and PKR defectors pulled out of Pakatan Harapan and crossed the floor to join a coalition with Umno and PAS it seemed like the dawn of a new dominant Malay Muslim alliance that was in pole position for a lengthy rule However in...
Umno Perlis Mantapkan Kerjasama Pas Bersatu

Umno Perlis Mantapkan Kerjasama Pas Bersatu

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 309 hits
Shahidan Kassim ARAU UMNO negeri menyatakan pendirian teguh untuk memperkasakan hubungan dengan Pas di dalam Muafakat Nasional selain memantapkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia menerusi Perikatan Nasional Pendirian UMNO Per...
Pahang Sultan Wants End To Debate Over Royal Addendum On Najib

Ejen Pelancongan Tetak Rakan Gara Gara Pakej Murah

Tak Perlu Beli Tilam Baru Guna Toppers Tilam Letak Je Atas Tilam Lama Ter

Hiburan Bau Badan Boleh Jejaskan Mood Ini Solusinya

The Fish Farming Industry Of India Global Seafood Alliance

Semut Binatang Yang Bijak Bermasyarakat Dan Berpolitik

Strategies Needed To Counter Impending Geopolitical Challenges

Themakeover My Elak Beli Karpet Yang Terlalu Kecil Berbanding Saiz S


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Macc Must Act Impartially Says C4 After Reporter S Arrest

Give Fahmi The Boot For Failing Pas Member Urges Pm

Help Those In Need Say National Leaders In Ramadan Greetings

Buku Kecil Ramadan Panduan Ramadan Puasa Dan Tarawih

Aktiviti Sesi Rakaman Podcast Cakap Terus Ppim 01 03 2025

Daiyan Trisha Feat Alfie Zumi Jom Raya Chord