Agensi Pelancongan Alih Haluan Perniagaan Ketika Negara Terus Diserang Covid 19



FMT ReportersJika sebelum wabak Covid-19 melanda Andalusia mempunyai 600 orang kakitangan di seluruh negara, kini hanya ada 20 untuk mengurus syarikat.PETALING JAYA: Syarikat pelancongan dan ibadah umrah terus bergelut untuk meneruskan perniagaan ketika Putrajaya mengekalkan keputusan tidak membenarkan rakyat keluar negara kecuali atas urusan tertentu dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.
Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bdh (Andalusia) Md Daud Che Ngah berkata, sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) sudah banyak syarikat pelancongan gulung tikar, manakala syarikatnya pula terus mengalami penyusutan kewangan yang teruk.
Menurutnya, jika dahulu sewaktu negara dan dunia masih belum diserang wabak Covid-19, syarikatnya mempunyai 600 orang kakitangan di seluruh negara, namun ketika ini, hanya 20 kakitangan masih kekal untuk mengurus syarikat.
“Syarikat pelancongan memang bergantung sangat kepada rakyat keluar negeri atau melancong ke luar negara.
“Ertinya syarikat kita ini tidak bermaya dan langsung tidak berjalan sebab kita sebelum ini dapat rezeki daripada pelanggan yang ingin melancong.
“Walaupun pada suatu ketika dulu kita berada dalam keadaan PKPB, tetapi ia juga tidak memberi makna kerana setiap individu masih akan dikawal.
Md Daud Che Ngah.“Jadi, orang tidak akan menggunakan syarikat untuk saluran beriadah dan berehat,” katanya kepada FMT.
PKP 2.0 dijangka berakhir 4 Feb ini. Pada masa sama, Putrajaya masih mengekalkan polisi sedia ada, untuk tidak membenarkan rakyat keluar negara, kecuali atas urusan dan kebenaran tertentu.
Md Daud berkata, syarikat yang diusahakannya tetap beroperasi seperti biasa, walaupun kehadiran pelanggan tidak seperti dahulu.
Bahkan katanya, ia turut memberi pilihan buat pekerjanya untuk mencari rezeki yang lebih baik dalam tempoh ini.
“Duit simpanan syarikat juga perlu digunakan untuk biayai gaji pekerja, selenggara pejabat dan sebagainya.
“Ertinya, wang yang ada juga perlu dibelanjakan, bukan disimpan sahaja . Kalau tidak ada perancangan daripada dahulu untuk hal-hal berkaitan kecemasan, memang kita parah.
“Tetapi sekarang ini, kita sudah terima akibatnya, dalam tempoh setahun ini, pendapatan langsung tidak masuk dan duit rezab syarikat juga sebenarnya sudah habis. Sudah tidak ada duit,” katanya.
Daripada enam lot kedai yang dimiliki syarikat, ketika ini tidak sampai separuh lot bangunan digunakan untuk urusan harian.
Bahkan Md Daud berkata, beliau dan ahli lembaga pengarah kini terpaksa mencari alternatif perniagaan lain, untuk bertahan dalam saat getir yang menurutnya suatu “ujian” daripada Tuhan.
“Kita ada sedikit perniagaan lain yang tidak berapa rancak, seperti kita buka insurans, orang yang nak perbaharui cukai kenderaan dan satu lagi kita ada “money changer”, tetapi sekarang ini mana ada yang hendak tukar mata wang.
“Baru ini, kita cuba lakukan perniagaan lain, iaitu perniagaan kurma. Kita terus import dari Arab Saudi, tetapi masih belum mula beroperasi . Kita buat ini bukannya untuk untung, tetapi untuk bertahan sahaja,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/agensi-pelancongan-alih-haluan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketika Zahid Terus Diserang Tumpuan Kini Terarah Ke Surat Rahsia Kepada Agong

Ketika Zahid Terus Diserang Tumpuan Kini Terarah Ke Surat Rahsia Kepada Agong

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 310 hits
On Jan 24 2021 Akar umbi Umno kini mendesak parti itu menyiasat surat yang dihantar Ahmad Zahid Hamidi kepada Istana Negara tahun lepas bagi menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim MalaysiaNow yang pertama mendedahkan isi kand...
Thailand Terus Catat Tiga Angka Kes Harian Covid 19

Thailand Terus Catat Tiga Angka Kes Harian Covid 19

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 187 hits
Thailand terus catat tiga angka kes harian Covid 19 Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 31 Jan 2021 11 45PM
New Zealand Vietnam Negara Terbaik Urus Covid 19 Malaysia Tangga Ke 16

New Zealand Vietnam Negara Terbaik Urus Covid 19 Malaysia Tangga Ke 16

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 243 hits
New Zealand Vietnam dan Taiwan tersenarai sebagai negara negara terbaik mengurus pandemik COVID 19 dengan meraih tiga tangga tertinggi dalam ranking Indeks Prestasi COVID oleh Lowy Institute Malaysia menduduki tangga ke 16 dengan skor purat...
Rakyat Palestin Maut Diserang Israel Ketika Ke Tempat Kerja

Rakyat Palestin Maut Diserang Israel Ketika Ke Tempat Kerja

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 369 hits
unable to retrieve full text content 160 RAMALLAH Seorang pekerja Palestin maut akibat lemas terkena gas pemedih mata dalam serangan tentera pengganas Israel berhampiran bandar Tulkarem di Tebing Barat semalam Fouad Joudeh 50 bersama bebera...
Pm Umum Pakej Permai Rm15 Bilion Lindungi Ekonomi Dan Rakyat Ketika Musim Covid 19

Pm Umum Pakej Permai Rm15 Bilion Lindungi Ekonomi Dan Rakyat Ketika Musim Covid 19

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 304 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia bagi mengurangkan beban dihadapi rakyat dan ketahanan ekonomi ketika negara sedang berdepan penularan pandemik COVID 19...
Tutup Ekonomi Secara Menyeluruh Selepas 4 Februari Kalau Kes Covid 19 Terus Melonjak

Tutup Ekonomi Secara Menyeluruh Selepas 4 Februari Kalau Kes Covid 19 Terus Melonjak

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 266 hits
FAZLI RADZIKerajaan berhasrat mengumumkan penutupan ekonomi secara menyeluruh selepas 4 Februari sekiranya kes jangkitan Covid 19 terus melonjak Kemungkinan itu terkandung dalam surat oleh CEO Dewan Perniagaan Eropah Malaysia Sven Schneider...
Senarai 50 Kerja Yang Boleh Dilakukan Ketika Pandemik Covid 19 Dan Perintah Kawalan Pergerakkan

Senarai 50 Kerja Yang Boleh Dilakukan Ketika Pandemik Covid 19 Dan Perintah Kawalan Pergerakkan

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 520 hits
Semenjak pandemik Covid 19 melanda negara dan seluruh dunia ramai diantara kita yang telah kehilangan sumber pendapatan Sama ada hilang sepenuhnya akibat diberhentikan kerja tidak dapat menjalankan bisnes seperti biasa ataupun hilang sebaha...
Kuat Sebab Anak Anak Genap Setahun Covid Balu Mangsa Pertama Di Johor Terus Bangkit

Kuat Sebab Anak Anak Genap Setahun Covid Balu Mangsa Pertama Di Johor Terus Bangkit

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 230 hits
Saya sentiasa berdoa wabak COVID 19 segera berakhir agar kita semua dapat menjalani kehidupan seperti dahulu kata seorang balu yang kematian suami akibat COVID 19 Noradilah Rani 33 berkata selepas kematian suaminya Mohammad Yusof Haron 34 p...
Menteri Yakin Program Vaksin Covid 19 Pulih Ekonomi Negara

Menteri Yakin Program Vaksin Covid 19 Pulih Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 343 hits
BERITA SEMASA 29 JANUARI 2021 Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz melahirkan keyakinan bahawa program vaksinasi negara Covid 19 yang dijangka selesai pada suku pertama 2020 akan membantu memacu pemulihan ekonomi Mal...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital

Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa