Agenda Baiki Negara Antara Tumpuan Perhimpunan Agung Bersatu Setiausaha Agung


Bernama Marzuki berkata pihaknya juga sedang menambah baik proses pendaftaran anggota baharu melalui sistem pendaftaran dalam talian dan borang (kertas) memandangkan jumlah anggota kini mencecah 200,000 orang. - Gambar fail  

KUALA LUMPUR: Situasi dalam negara pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan agenda untuk memperbaiki keadaan negara dijangka menjadi antara topik utama yang akan dibangkitkan pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Selepas Bersatu bersama rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan (PH) berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU14, perhimpunan agung kali kedua itu sudah pasti berbeza setelah Bersatu kini menjadi parti dalam kerajaan - bukan pembangkang seperti perhimpunan pertama tahun lepas.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya berkata selepas PH menakluk Putrajaya Mei lepas, agenda memperbaiki keadaan negara yang rosak akibat pentadbiran terdahulu penting untuk diperjelaskan  daripada peringkat akar umbi hingga ke peringkat kepimpinan tertinggi memandangkan ia masih kurang difahami sesetengah pihak.

"Sudah pasti banyak perkara akan dibangkitkan jurucakap (pembahas) negeri kerana ia masih dalam  suasana kekeliruan seperti perjalanan pentadbiran dan pemimpin parti di peringkat akar umbi selepas kemenangan pada PRU14.

"Apabila kita dapat feedback nanti, kita akan gunakannya sebagai agenda perjuangan. Ini penting bagi kita kerana ia titik permulaan tentang lakaran perjalanan parti (selepas menawan Putrajaya)," katanya dalam temu bual dengan beberapa organisasi media baru-baru ini.

Temu bual itu bersempena perhimpunan agung kali kedua parti itu yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
–– ADVERTISEMENT ––
Marzuki yang juga Timbalan Menteri Luar berkata pada perhimpunan agung tahun lepas mereka bersuara sebagai pembangkang tetapi kini sebagai parti kerajaan, platform tersebut perlu digunakan sebaik-baiknya.

"Agenda Melayu Bumputera dan Islam pastinya turut dibangkitkan nanti kerana ia memang dekat dalam Bersatu selain memberi keutamaan dan penekanan kepada isu sosial, ekonomi, pendidikan yang (Bumiputera) masih terbelakang.

"Jadi ini isu pokok untuk kita tangani dan pada masa sama, kita bangunkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," pesannya kepada bakal-bakal pembahas perhimpunan agung tersebut.

Mengulas lanjut mengenai kriteria pembahas dan topik yang akan dibahaskan, Marzuki berkata parti telah memutuskan bahawa pembahas yang dipilih bebas untuk menyentuh mana-mana isu yang bersesuaian namun akan dibimbing dan dipantau dari segi intipati perbahasan.

Katanya, dalam kerajaan baharu sekarang, pimpinan Bersatu perlu berfikiran terbuka dan menerima  sebarang keluhan dan pandangan, bukan sahaja untuk parti tetapi untuk negara.

"Kita pembangkang sebelum ini dan telah suarakan (pandangan) untuk rakyat dan negara. Sekarang sudah jadi government (dalam PH), jangan takut untuk mendengar suara akar umbi.

"Dulu kita bercakap pasal 1MDB, kita ambil tindakan, jadi sekarang kita kena cakap benar dan buat keputusan biar semua pihak bercakap pasal kebenaran," katanya.

Beliau turut menasihatkan pembahas yang mungkin baru pertama kali berada di pentas, supaya mengawal emosi dan jangan tersasar daripada topik sewaktu perbahasan tertutup selama tujuh minit itu.

"(Perbahasan tertutup kerana) banyak sensitiviti . Tidak mahu pembahas tersasar kerana emosi di atas pentas. Kita tidak mahu (jadi)  parti yang perjuang satu kaum tapi nafi (hak) kaum lain. Ini Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, Marzuki berkata pihaknya juga sedang menambah baik proses pendaftaran anggota-anggota baharu parti melalui sistem pendaftaran dalam talian dan juga menggunakan borang (kertas) memandangkan jumlah anggota kini mencecah 200,000 orang.

"Sebelum PRU14, kita telah deregistered (dibatalkan pendaftaran). Jadi, banyak dokumen ahli telah tercicir dan kita tidak dapat bagi angka pasti mengenai jumlah keahlian.

"Namun, kita dalam proses tambah baik proses keahlian. Ada juga yang jadi ahli baharu dan dakwa nama tiada dalam sistem, ada juga yang datang tuntut jawatan kononnya telah lama jadi ahli," katanya.

Kira-kira 3,000 perwakilan dijangka menghadiri perhimpunan agung tiga hari itu melibatkan 135 bahagian di seluruh negara, termasuk wakil daripada 98 sayap Srikandi dan 115 Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). -- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/agenda-baiki-negara-antara-tumpuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perhimpunan Agung Bersatu Perlu Buat Ketetapan Tolak Dahulu Kemasukan Ahli2 Parlimen Umno

Perhimpunan Agung Bersatu Perlu Buat Ketetapan Tolak Dahulu Kemasukan Ahli2 Parlimen Umno

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 367 hits
Salah satu isu yang menimbulkan kegelisahan di kalangan ahli ahli Bersatu malah mula menampakkan keretakan dalam Pakatan Harapan ialah berkenaan lompat parti yang melibatkan Ahli Parlimen dan bekas pemimpin pemimpin UMNO Kecenderungan itu y...
Gambar Gambar Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Srikandi Dan Armada Bersatu

Gambar Gambar Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Srikandi Dan Armada Bersatu

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 621 hits
Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Srikandi dan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Perasmian ini dilakukan oleh YB Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yasin
3 000 Perwakilan Hadir Perhimpunan Agung Tahunan Kedua Bersatu

3 000 Perwakilan Hadir Perhimpunan Agung Tahunan Kedua Bersatu

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 339 hits
KUALA LUMPUR Perhimpunan Agung Tahunan Kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya bermula esok hingga 30 Disember ini mencatat sejarah tersendiri kerana menjadi persidangan pertama selep...
Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 869 hits
Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi BERSATU Malaysia kali kedua di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Perhimpunan Agung Bersatu Perbahasan Tertutup Marzuki

Perhimpunan Agung Bersatu Perbahasan Tertutup Marzuki

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 716 hits
Diterbitkan 25 Dis 2018 9 19 pagiSesi perbahasan Perhimpunan Agung Bersatu akan berlangsung secara tertutup daripada liputan pihak media maklum Setiausaha Agung Bersatu Bila mereka berada di atas pentas itu sukar bagi kita untuk mengawal em...
Bersatu Akan Rangka Agenda Bumiputera Baru Presiden

Bersatu Akan Rangka Agenda Bumiputera Baru Presiden

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 410 hits
AGM BERSATU Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berikrar parti itu akan merangka satu dasar agenda Bumiputera baru yang benar benar akan menambah baik kedudukan golongan itu di negara ini Dalam ucapan sempena pelancaran Mesyuarat Agung Tahuna...
Setiausaha Agung Umno Berang Dengan Pas

Setiausaha Agung Umno Berang Dengan Pas

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 390 hits
PAS tak perlu beri komentar kosong nak gabung Umno Setiausaha Agung Umno Annuar Musa menyarankan mana mana pihak agar berhenti mengeluarkan kenyataan seolah olah parti itu pernah membuat keputusan untuk bergabung dengan PAS atau mana mana p...
Perwakilan Amanah Keliru Hutang 1 Trillion Negara Pkr Bersatu Dap Tak Keliru Pulak

Perwakilan Amanah Keliru Hutang 1 Trillion Negara Pkr Bersatu Dap Tak Keliru Pulak

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 378 hits
Seorang perwakilan Amanah Perak hari ini mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng tentang kedudukan hutang negara bertanyakan mengapa hutang RM1 trilion tidak dinyatakan dalam Laporan...
Presiden Bersatu Rasmi Perhimpunan Serentak Srikandi Dan Armada

Presiden Bersatu Rasmi Perhimpunan Serentak Srikandi Dan Armada

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 384 hits
Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Srikandi dan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Perasmian ini dilakukan oleh YB Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yasin
7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Jamal Harap Sri Pahang Fc Terus Kekal Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia Pada Musim Depan

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban

Pimpinku Ke Jannah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Panduan Memilih Kotak Air Freshener Yang Sesuai Untuk Produk Anda

Mangsa Banjir Terasa Berat Terima Tetamu

Holiday Stress

Bolehkah Gabungkan Puasa Qada Dengan Puasa Enam Syawal

Corat Coret 1 2 Syawal 1446h

Harvard Portraiture Project Elevating Overlooked Voices