3 000 Perwakilan Hadir Perhimpunan Agung Tahunan Kedua Bersatu


KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Tahunan Kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula esok hingga 30 Disember ini mencatat sejarah tersendiri kerana menjadi persidangan pertama selepas menjadi kerajaan.
Sempena Perhimpunan Agung Tahunan itu juga buat pertama kalinya, persidangan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) dan Srikandi turut diadakan.
Perhimpunan bermula esok dengan perasmian perhimpunan Srikandi dan ARMADA pada sebelah malam disempurnakan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
Persidangan dan perbahasan Srikandi dan ARMADA diteruskan pada Sabtu dan pada sebelah malamnya berlangsung majlis perasmian Perhimpunan Agung Tahunan yang disempurnakan Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pada Ahad, persidangan dimulakan dengan acara perbarisan dan menaikkan bendera parti yang akan dihadiri Dr Mahathir dan barisan kepemimpinan parti.
Persidangan diteruskan dengan perbahasan sehingga tengah hari, manakala ucapan penangguhan oleh Ketua Srikandi, Ketua ARMADA, Naib Presiden, Timbalan Presiden dan Presiden bermula jam 3.30 petang.
Selepas itu, majlis penutupan perhimpunan dan ucapan penggulungan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BERSATU.
Seramai 3,000 perwakilan daripada 135 bahagian di seluruh negara, termasuk wakil daripada 98 sayap Srikandi dan 115 ARMADA akan bersidang sepanjang tiga hari berkenaan.
Perhimpunan terbesar BERSATU itu juga turut membabitkan penyertaan wakil pelajar dan Kelab Bunga Raya dari luar negara.
Sesi perbahasan diadakan secara tertutup, namun perhimpunan kali kedua itu masih memberi kebebasan kepada perwakilan menyampaikan pandangan dan isi hati terutama isu kekeliruan mengenai soal perjalanan dan pentadbiran parti.
Dijangka mendapat liputan luas media, agenda utama persidangan tertumpu kepada usaha parti memperbaiki kerajaan yang rosak akibat kecuaian pemerintah sebelum ini.
Dalam masa yang sama, perhimpunan kali ini pastinya menjadi medan untuk membangkitkan soal kedudukan parti dalam Pakatan Harapan serta pentadbiran kerajaan baharu.
Isu semasa dan topik yang bakal menjadi tumpuan termasuk mengenai pembangunan ekonomi, pendidikan dan agama berikutan kedudukan parti antara parti komponen kerajaan.
The post 3,000 Perwakilan Hadir Perhimpunan Agung Tahunan Kedua BERSATU appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/3000-perwakilan-hadir-perhimpunan-agung-tahunan-kedua-bersatu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gambar Gambar Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Srikandi Dan Armada Bersatu

Gambar Gambar Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Srikandi Dan Armada Bersatu

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 632 hits
Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Srikandi dan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Perasmian ini dilakukan oleh YB Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yasin
Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 884 hits
Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi BERSATU Malaysia kali kedua di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Perhimpunan Agung Bersatu Perlu Buat Ketetapan Tolak Dahulu Kemasukan Ahli2 Parlimen Umno

Perhimpunan Agung Bersatu Perlu Buat Ketetapan Tolak Dahulu Kemasukan Ahli2 Parlimen Umno

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 383 hits
Salah satu isu yang menimbulkan kegelisahan di kalangan ahli ahli Bersatu malah mula menampakkan keretakan dalam Pakatan Harapan ialah berkenaan lompat parti yang melibatkan Ahli Parlimen dan bekas pemimpin pemimpin UMNO Kecenderungan itu y...
Perhimpunan Agung Tahunan Armada Yang Pertama

Perhimpunan Agung Tahunan Armada Yang Pertama

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 304 hits
Perhimpunan Agung Tahunan ARMADA Yang Pertama Sesi Penggulungan Ketua ARMADA BERSATU YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Sesi Ucapan Khas Pengerusi BERSATU YAB Tun Dr Mahathir Mohamad
Agenda Baiki Negara Antara Tumpuan Perhimpunan Agung Bersatu Setiausaha Agung

Agenda Baiki Negara Antara Tumpuan Perhimpunan Agung Bersatu Setiausaha Agung

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 386 hits
Bernama Marzuki berkata pihaknya juga sedang menambah baik proses pendaftaran anggota baharu melalui sistem pendaftaran dalam talian dan borang memandangkan jumlah anggota kini mencecah 200 000 orang Gambar fail KUALA LUMPUR Situasi dalam n...
Perhimpunan Agung Bersatu Perbahasan Tertutup Marzuki

Perhimpunan Agung Bersatu Perbahasan Tertutup Marzuki

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 749 hits
Diterbitkan 25 Dis 2018 9 19 pagiSesi perbahasan Perhimpunan Agung Bersatu akan berlangsung secara tertutup daripada liputan pihak media maklum Setiausaha Agung Bersatu Bila mereka berada di atas pentas itu sukar bagi kita untuk mengawal em...
Perwakilan Melaram Beg Herschel Di Perhimpunan Bersatu

Perwakilan Melaram Beg Herschel Di Perhimpunan Bersatu

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 394 hits
Diterbitkan Hari ini 1 50 tengahariAGM BERSATU Perwakilan yang menyertai perhimpunan agung tahunan kedua Bersatu di Putrajaya hari ini dilihat menggayakan beg Herschel iaitu sebuah beg berjenama dari Kanada Difahamkan seramai lapan orang da...
Segera Hadir Krl Premium Dengan Fasilitas Wifi Tarif Sekitar Rp 20 000

Segera Hadir Krl Premium Dengan Fasilitas Wifi Tarif Sekitar Rp 20 000

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 219 hits
Subakir mengatakan pihaknya akan mengoperasikan KRL premium terlebih dulu untuk daerah Bekasi dan Tangerang Selain itu pengoperasian KRL premium ini juga tidak akan mengganggu jadwal berangkat KRL biasa KRL premium ini nantinya akan menggun...
Tun M Tersasul Panggil Perwakilan Bersatu Sebagai Ahli Umno

Tun M Tersasul Panggil Perwakilan Bersatu Sebagai Ahli Umno

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 367 hits
Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya hari ini gamat apabila Tun Dr Mahathir Mohamad tersasul memanggil perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu sebagai ahli Umno Insiden mencuit hati itu berlaku ketika Peng...
Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Saya Tercampak Keluar Mayat Menimpa Saya Mangsa

Hiburan Penyanyi Lagu Basstamam Dedah Kini Bergelar Duda Setelah Setahun Bernikah

Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu

Investor Partnering Benefits Risks

Family Insurance In Malaysia How To Protect What Matters Most

Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nutrisi Wajib Dalam Makanan Setelah Sakit Agar Tubuh Cepat Pulih

Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Buah Ceri Dan Tembikai Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo Mardi

Kurung 3 Lelaki Dalam Pangsapuri Empat Penjaga Ditahan

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Hells Bells The Mysterious Bell Shaped Speleothems In Cenotes